Peribahasa Bergambar dalam Bentuk ‘Smart Note’.

Peribahasa Bergambar
Peribahasa Bergambar

Koleksi Peribahasa Bergambar dalam Bentuk ‘Smart Note’. Sistem Guru Online kali ini akan berkongsikan senarai Peribahasa berserta maksudnya dalam kaedah bergambar.

Maksud Peribahasa Bergambar

Peribahasa ialah rangkaian dua ataupun lebih perkataan bermakna yang memberi bahasa kiasan dalam makna yang mantap.

Ini bermaksud, peribahasa adalah bidalan atau ayat yang tetap susunannya dengan membawa maksud maksud yang tertentu.

Tujuan peribahasa adalah memberi nasihat, pengajaran, sindiran, teguran dan sebagainya.

Peribahasa menurut Dewan Bahasa dan Pustaka 

Peribahasa : ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ biar mati anak jangan mati adat, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka.

Peribahasa Bergambar

Sistem Guru Online dengan ini mengambil kesempatan untuk membuat rekabentuk bergambar bagi peribahasa peribahasa Melayu sejumlah 156 peribahasa.

Rekabentuk Peribahasa ini boleh dilihat pada ruangan di bawah. Nota Nota ini bolehlah digunakan oleh para guru dan sahabat sebagai nota ‘Smart Note’ untuk pelajar pelajar kita.

Nota ini amat sesuai digunakan oleh semua lapis pelajar dari peringkat sekolah kebangsaan hingga Tingkatan 5. Ini kerana penguasaan penggunaan peribahasa dalam penulisan dan karangan pasti memberi markah tambahan dalam penilaian karangan pelajar.

Jadi setiap nota nota bergambar yang disediakan ini bolehlah dicetak ataupun di ‘save’ kan dalam gajet bagi tujuan rujukan mudah ataupun hiasan di kawasan kelas/ sekolah.

Dapatkan Peribahasa Bergambar dalam bentuk ‘Smart Note’ disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Peribahasa Bergambar

 

Kepentingan Peribahasa

Peringkat Umur

Seperti mana yang telah kita ketahui, tiada limit ataupun had bagi penggunaan peribahasa. Penggunaannya yang sesuai bahkan memberi nilai tambah dalam pemarkahan penulisan kita.

Ianya juga bukan setakat penggunaan pada pelajar, malah boleh digunakan oleh guru guru ataupun sesiapa sahaja dalam penulisan rasmi masing masing.

Rekabentuk Peribahasa Bergambar

Berikut adalah rekabentuk peribahasa bergambar yang telah dihasilkan. Sebanyak 35 halaman rekabentuk telah dihasilkan dan semuanya boleh didapatkan dari link download di atas.

Peribahasa Bergambar 1 Peribahasa Bergambar 2 Peribahasa Bergambar 3 Peribahasa Bergambar 4 Peribahasa Bergambar 5 Peribahasa Bergambar 6 Peribahasa Bergambar 7 Peribahasa Bergambar 8 Peribahasa Bergambar 9 Peribahasa Bergambar 10 Peribahasa Bergambar 11 Peribahasa Bergambar 12

Peribahasa Bergambar 13 Peribahasa Bergambar 14 Peribahasa Bergambar 15 Peribahasa Bergambar 16 Peribahasa Bergambar 17 Peribahasa Bergambar 18 Peribahasa Bergambar 19 Peribahasa Bergambar 20 Peribahasa Bergambar 21 Peribahasa Bergambar 22 Peribahasa Bergambar 23 Peribahasa Bergambar 24

Peribahasa Bergambar 25 Peribahasa Bergambar 26 Peribahasa Bergambar 27 Peribahasa Bergambar 28 Peribahasa Bergambar 29 Peribahasa Bergambar 30 Peribahasa Bergambar 31 Peribahasa Bergambar 32 Peribahasa Bergambar 33 Peribahasa Bergambar 34 Peribahasa Bergambar 35Senarai Peribahasa  Bergambar Yang Didapati pada Gambarajah

  1. Katak di bawah tempurung
    Maksud: Orang yang kurang pengetahuan
  2. Katak ditimpa kemarau
    Maksud: Mengeluh tanpa arah tuju
  3. Katak hendak jadi lembu
    Maksud: Ingin melakukan perbuatan yang diluar kemampuan diri ataupun batasan diri seperti kaya, pangkat dan sebagainya.
  4. Alim bagai katak tepi air
    Maksud: Orang yang berilmu namun tidak mendapat memanfaatkannya.
  5. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
    Maksud: Telah memperolehi segala-galanya
  6. Yang lama dikelek, yang baharu didukung
    Maksud: Mengamalkan adat yang lama disamping adat budaya yang baharu.
  7. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Maksud: Susah senang dilalui bersama sama
  8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
    Maksud: Melakukan sesuatu dengan bersungguh sunggu sehingga berjaya.
  9. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
    Maksud: Walaupun negara orang lain banyak kelebihannya, namun negeri sendiri tetap lebih baik.
  10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
    Maksud: Memberi didikan kepada anak anak hendaklah dari kecil lagi.
  11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
    Maksud: Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
  12. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
    Maksud : Bergotong royong dalam melakukan sesuatu kerja.
  13. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
    Maksud: Jika takut akan kesukaran, lebih baik tidak mengambil risiko untuk melakukannya.
  14. Indah khabar daripada rupa
    Maksud : Cerita yang digembar gemburkan tidaklah seperti kenyataan sebenar.
  15. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
    Maksud : Adil dalam pengagihan.
  16. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
    Maksud : Persahabatan ataupun perhubungan yang sangat rapat dan bersama sama.
  17. Kacang lupakan kulit
    Maksud : Manusia yang melupakan jasa ataupu asal usul diwaktu kesenangannya.
  18. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
    Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
  19. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
    Maksud : Sesuaikan diri mengikut masa dan tempat.
  20. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
    Maksud : Kesilapan dari orang lain dan orang yang lain menanggung akibatnya.
  21. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
    Maksud : Kalau tidak berusaha tidak akan tercapai matlamat atau cita citanya.
  22. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
    Maksud : Setiap kesenangan di kemudian hari mestilah disertai dengan susah payah dahulu.
  23. Biar mati anak, jangan mati adat
    Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
  24. Sediakan payung sebelum hujan
    Maksud : Bersiap sedia sebelum mendapat bencana.
  25. Kaut laba dengan siku
    Maksud: Konsisten dalam beroleh untung yang banyak.
  26. Umpama burung tumpang beramai dengan kawan banyak
    Maksud: Pedagang yang tidak bersungguh sungguh di negeri orang dan hatinya juga tidak tetap.
  27. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang
    Maksud: Penuh tipu muslihat untuk keuntungan diri sendiri.
  28. Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai
    Maksud peribahasa: Hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani.
  29. Kalau ibu kaya, anak jadi puteri, kalau anak kaya, ibu jadi budak
    Maksud: Perbandingan di antara kasih sayang ibu dan kasih sayang anak.
  30. Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi
    Maksud: perbuatan yang tidak berfaedah adalah sia sia.
  31. Cari jalan
    Maksud : Berikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian.
  32. Perah otak
    Maksud: Berfikir dengan sedaya upaya.
  33. Berbesar hati
    Maksud : Sangat gembira.
  34. Anak buah
    Maksud : Anak saudara ataupun pekerja kita.
  35. Tuan rumah
    Maksud : Hos ataupun tempat langsung sesuatu acara.
  36. Batu penghalang
    Maksud : Halangan kepada tujuan kita.
  37. Darah daging
    Anak, adik beradik, ibu ayah dan saudara mara keturunan sendiri
  38. Meninggi diri
    Maksud : Angkuh dan Sombong
  39. Bermuka dua
    Maksud : Tiada Kejujuran.
  40. Baik hati
    Maksud : Hati yang baik.
  41. Tulang Belakang
    Maksud : Harapan bagi orang lain.
  42. Terang Hati
    Maksud : Mudah fahami sesuatu
  43. Ikut hakim memiat daging:sakit di awak sakitlah orang.
    Maksud : Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.
  44. Intan dikalungkan di leher anjing.
    Maksud : Memberi barang dan nasihat kepada orang yang tidak mahu menilai ataupun tidak pada tempatnya.
  45. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.
    Maksud : Beringat dengan segala bahaya dan cubaan dalam melakukan pekerjaan.
  46. Alah sabung, menang sorak.
    Maksud: Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.
  47. Satu dijentik, sepuluh rebah.
    Maksud: Seseorang yang kata kata sekalian mendengarnya.
  48. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
    Maksud: Orang yang baik sekiranya dikeji dan dicela orang yang jahat, tidak akan terkesan dengan perbuatan itu.
  49. Sigai dua segeragai.
    Maksud: Perkara yang salin bersangkut paut antara satu sama lain.
  50. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
    Maksud: Perkataan yang baik mestilah diulang-ulang.
  51. Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.
    Maksud:Memikirkan balik apa apa yang telah dikatakan
  52. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
    Maksud : Lama lama sedikit seidikit usaha akan menjadi hasil besar juga.
  53. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
    Maksud : Sesuatu perkara yang terlalu cepat berkembang atau tumbuh.
  54. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
    Maksud : Perkara yang ingin didapatkan terlepas dan perkara yang sedia dimiliki telah hilang kerana tamak.
  55. Ada seperti tampaknya apung-apung.
    Maksud: Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.
  56. Dalam menunduk dia menyonggeng.
    Maksud: Secara zahir menerima baik namun hatinya tidak sukakannya secara sembunyi.
  57. Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.
    Maksud: Setiap kebenaran kata kata boleh diuji dengan tanda dan buktinya.
  58. Air mata jatuh ke dalam.
    Maksud: Berdukacita dengan diam-diam.
  59. Bagai haruan di dalam tuar.
    Maksud: Tidak duduk diam kerana sukar dan sakit.
  60. Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.
    Maksud: Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.
  61. Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan menjadi sekam.
    Maksud: Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
  62. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
    Maksud: Satu yang buat kesalahan semuanya terkena dengan kesan kesalahan itu.
  63. Berlurah di balik pendakian.
    Maksud: Terdapat makna tersembunyi disebalik tindakan ataupun ucapan
  64. Seperti kain kasa di atas duri.
    Maksud: Harus berhati hati dalam menyelesaikan sesuatu perkara yang sangat sukar.
  65. Bibir saya bukan diretak panas.
    Maksud: Kata kata yang tidak menipu ataupun sia sia.
  66. Buat di alang tahun, belayar di luar musim.
    Maksud: Perbuatan yang tidak tepat pada masa.
  67. Jangan tercicir di periuk
    Maksud: Jangan membuat angkara di mana kita menumpang.
  68. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang.
    Maksud: Selesaikan urusan sendiri sebelum selesaikan hal orang lain.
  69. Manusia tahan kias, binatang tahan palu.
    Maksud: Mengajar manusia dengan sindiran manakala haiwan dengan pukulan.
  70. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.
    Maksud: Sangat senang bahagian menyuruh, tetapi mengerjakannya sangat sukar.
  71. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.
    Maksud: Perkataan ataupun pengakuan yang terbukti kesahihannya.
  72. Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.
    Maksud: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
  73. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.
    Maksud: Bersikap positif dengan melupakan perkara yang tidak baik dan jadikan kebaikan sebagai amalan menuju hidup yang baru.
  74. Seperti raja dengan menteri.
    Maksud: Sepakat dalam semua perkara.
  75. Apa sakit berbini janda, anak setiap perkara tiri boleh disuruh.
    Maksud: Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.
  76. Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.
    Maksud: Sifat yang mulia tidak akan membuahkan perkara yang kotor.
  77. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
    Maksud: Orang yang cantik rupanya namun sangat biadap tiada budi bahasa.
  78. Elok basa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati.
    Maksud: Orang yang menjaga lisannya disayangi diwaktu usianya dan dikenang kenang setelah dia pergi.
  79. Seperti kaca terhempas ke batu.
    Maksud: Hati yang hancur kerana kesedihan yang dialami.
  80. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.
    Maksud: Bertanyakan sesuatu yang sudah diketahui.
  81. Kerana mulut badan binasa.
    Maksud: Kerana percakapannya seluruh dirinya mendapat kecelakaan.
  82. Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.
    Maksud: Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.
  83. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
    Maksud : Setiap benda haruslah disertai dengan usaha untuk mendapatkannya.
  84. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
    Maksud : bakal isteri yang dirisik oleh orang lelaki
  85. Bagai ikan pulang ke lubuk
    Maksud : a. Pulang ke tempat asal. b. Kehidupan senang lenang.
  86. Berhampar lapik, berlicin daun.
    Maksud: Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk
  87. Batu pun empuk, jangankan hati manusia.
    Maksud: Perkataan yang manis manis untuk mencairkan hati orang lain.
  88. Seperti anjing dengan kucing
    Maksud: Dua orang yang mudah bergaduh apabila sahaja bertemu.
  89. Rendah Hati
    Maksud : Menghormati orang lain.
  90. Murah Hati
    Maksud : Pemurah.
  91. Tangan Kosong
    Maksud : Tiada apa apa yang diperolehi.
  92. Lintah darat
    Maksud : Peniaga yang mengaut untung berkali kali ganda.
  93. Anak dagang
    Maksud : Orang berasal dari luar tempat dan menetap sementara di kawasan itu.
  94. Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.
    Maksud : Orang yang selalu berpindah randah.
  95. Ikan di hulu tuba di hilir.
    Maksud : Perbuatan yang tidak bermakna.
  96. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
    Maksud : Sudah bersedia untuk menikmati hasil yang belum lagi didapati.
  97. Seperti ayam dengan itik
    Maksud: Dua pihak yang mempunyai masalah berkomunikasi.
  98. Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.
    Maksud: Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih
  99. Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.
    Maksud: Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang.
  100. Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.
    Maksud: Hadiah yang tidak bermakna
  101. Ada beras, taruh dalam padi
    Maksud: Simpan rahsia dengan baik.
  102. Ada bukit, ada paya
    Maksud: ada kaya ada juga miskin, ada yang susah ada juga yang senang.
  103. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
    Maksud: Mengikut adat dan budaya lokasi kita berada.
  104. Kemana angin deras, kesitu condongnya
    Maksud: Pendirian yang berubah ubah
  105. Asal ada, kecil pun pada
    Maksud: Kalau tak dapat banyak, sedikit pun boleh.
  106. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
    Maksud: Perasaan kasihan pada orang yang susah, namun tuan empunya badan lebih memahami kesukaran tersebut.
  107. Serkap jarang
    Maksud: Menuduh tanpa usul periksa.
  108. Jaga mulut
    Maksud: Pelihara lisan.
  109. Periuk mengumpat belanga.
    Maksud: Cakap orang lain buruk buruk, namun diri sendiri lebih teruk.
  110. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang.
    Maksud: Berhati hati jika hendak mengatakan hal orang lain.
  111. Rantai besi dimakan bubuk.
    Maksud: Cerita yang tidak logik.
  112. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.
    Maksud: Gambaran sukar untuk mengawal setiap manusia dalam mendapat kata sepakat.
  113. Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.
    Maksud: Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.
  114. Salah cotok melantingkan.
    Maksud: Pekerjaan haruslah dilakukan dengan betul, perkara yang salah pula kena dibetulkan.
  115. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
    Maksud: Orang yang baik pasti membawa manfaat dimana saja dia berada.
  116. Matahari tengah gerhana.
    Maksud: Bermuka masam.
  117. Rasa termengkelan di hati.
    Maksud: Ragu ragu.
  118. Seperti memekik di tengah padang luas.
    Maksud: Suara teriak yang tidak dipedulikan orang lain.
  119. Seperti bunyi gung tertangkup.
    Maksud: Kata kata ucapan yang samar samar dan tak jelas.
  120. Sebagai ayam diasak malam.
    Maksud: Tidak berupaya lagi.
  121. Biar, biar naik ke mata.
    Maksud: Kecewa.
  122. Seperti di atas titian.
    Maksud: Risau dan bimbang
  123. Api padam puntung berasap.
    Maksud: Perkara yang telah berlalu, tetapi di mulakan kembali.
  124. Agak-agak bertutur malam hari.
    Maksud: Berhati hati sebelum melafazkan satu satu perkataan.
  125. Orang itu empat gasal, lima genap.
    Maksud: Orang yang suka membantah bantah dan tidak setuju dengan orang lain.
  126. Buruk muka cermin dibelah.
    Maksud: Orang lain disalahkan sedangkan ilmu sendiri yang cetek.
  127. Melentur biarlah waktu rebung.
    Maksud: Mendidik anak haruslah dari kecil lagi kerana apabila besar amat keras hatinya.
  128. Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan.
    Maksud: Orang yang merasakan dirinya kuat dan sempurna hingga tidak mahukan bantuan orang lain.
  129. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.
    Maksud: Hidup Manusia kadangnya susah dan kadangnya senang.
  130. Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
    Maksud: Jangan melakukan sesuatu yang tidak dilakukan kebiasaan ramai.
  131. Segigi tajam bertimbal, nak hujung pangkal menjelma.
    Maksud: Orang yang tidak tetap pendirian.
  132. Longgar sendat lapang bertukul.
    Maksud: Berpura pura bersetuju sahaja.
  133. Seperti kecek ular.
    Maksud: Cakap lebih lebih dari kenyataan
  134. Silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja.
    Maksud: Untuk berkongsikan rahsia atau sebagainya, kenalah berhati hati agar tidak termakan diri.
  135. Cencang dua segeragai
    Maksud: Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
  136. Dikati sama berat, diuji sama merah
    Maksud: Pangkat atau kedudukan yang sama.
  137. Sampai bersalam, pulang berterajang
    Maksud: Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.
  138. Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan aku
    Maksud: Isteri yang curang
  139. Dikulum menjadi manikam, Dimuntahkan menjadi sekam
    Maksud: Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
  140. Ada angin ada pohonnya.
    Maksud: Setiap yang berlaku ada penyebabnya
  141. Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa tahu.
    Maksud: Hanya tuan empunya yang memahami betapa peritnya penderitaan dihadapinya
  142. Syarak yang mengata, adat yang memaksa.
    Maksud: Adat dan syarak tidak boleh diasingkan.
  143. Di mana tumbuh, di situ disiang.
    Maksud: Jika berlaku perselisihan faham, mestilah diselesaikan disitu jua.
  144. Mudah luka payah sembuhnya.
    Maksud: Perselisihan sangat mudah dilakukan tetapi kedamaian sukar diperolehi
  145. Bagaimana hari tak hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.
    Maksud: Orang yang suka pergi ke tempat seseorang selalu dan punyai niat tersembunyi
  146. Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.
    Maksud: Perkara yang kecil tetapi suka dibesar besarkan
  147. Tak akan ada katak beranak ular
    Maksud: Memperkatakan mengenai hal yang mustahil berlaku kepada seseorang; ataupun untuk menggambarkan orang yang pengecut (bodoh) yang tidak akan menjadi berani (pandai).
  148. Terkilap-kilap bagai katak disemburi.
    Maksud: Orang yang tidak bercakap dalam sesi perbincangan
  149. Tiada akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan sekalipun
    Maksud: Orang yang hodoh tidak akan cantik walaupun perhiasan penuh di badan.
  150. Sekati sama berat, diuji sama merah.
    Maksud peribahasa: Sama pangkat atau kedudukan
  151. Hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah.
    Maksud: Nyawa dan mati dalam kuasa tuhan
  152. Seperti lembu dicucuk hidung
    Maksud: Mengikut kemahuan orang lain
  153. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
    Maksud: Sesuatu yang kukuh dan tak berubah.
  154. Bagai kaca terhempas ke batu
    Maksud: Terasa sangat sedih dan pilu.
  155. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    Maksud: Keputusan sepakat melalui mesyuarat
  156. Bagai aur dengan tebing
    Maksud: Hubungan yang erat antara satu sama lain

Perkongsian ini merupakan sebahagian dari nota bergambar ataupun bahan yang boleh diedit yang telah dikongsikan oleh kami di SGO.

Oleh itu, ambillah kesempatan untuk melawati posting posting kami yang sebelum ini bagi berkongsikan bahan yang punyai tema yang agak mirip seperti dibawah.

Semoga bahan bahan yang kami kongsikan ini membantu anda untuk menyediakan bahan mengajar dan memanfaatkan semua pengguna pengguna di luar sana.

Link Post : Koleksi Simpulan Bahasa Bergambar

Link Post : Contoh Carta Organisasi Sekolah yang Boleh Diedit

Link Post : Contoh Minit Mesyuarat BOLEH DIEDIT

Sekian Terima Kasih dan Teruskan Menyokong kami di SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum