Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau dikenali sebagai PBPPP telah diluluskan untuk menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula Januari 2016.
Pelaksanaan PBPPP adalah diwajibkan kerana PBPPP memberi impak dan implikasi terhadap perkhidmatan setiap PPP dalam kenaikan pangkat, kemajuan kerjaya dan lain-lain.
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
Penilaian ini juga akan mengambilkira pada penilaian kompetensi dan penilaian keberhasilan. Penilaian kompetensi adalah seperti nilai profesional, pengurusan aktiviti, sumbangan dan juga kemahiran profesional pdp. Manakala penilaian keberhasilan adalah seperti keberhasilan pdp, keberhasilan kaunseling dan keberhasilan kejurulatihan. Namun semuanya berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing.

Objektif PBPPP
- Menilai kompetensi dan potensi PPP secara individu.
- Menilai keberhasilan (aspek peningkatan dan pencapaian) yang merupakan hasil kerja PPP
- Mengenalpasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan.
- Mengenalpasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP.
Untuk penjelasan yang lebih lanjut boleh download bahan PBPPP yang disediakan oleh SGO:
Dapatkan Bahan PBPPP
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Semoga bahan-bahan ini dapat membantu guru.
Download :Â
Bahan-bahan di atas boleh di muat turun terus. Guru-guru boleh jadikan sebagai panduan kepada guru untuk memahami dengan lebih terperinci mengenai PBPPP. Di setiap sekolah telah didedahkan dengan PBPPP, namun masih terdapat guru yang masih belum memahami secara terperinci.
Cara Semak Keputusan PBPPP
- Log masuk ke HRMIS Online

2. Klik pada Laporan Penilaian Prestasi diruang PENGURUSAN PRESTASI

3. Klik FUNGSI > PENILAIAN PRESTASI > PEGAWAI YANG DINILAI

4. Klik pada SLIP KEPUTUSAN PBPPP

5. SLIP KEPUTUSAN dipaparkan untuk dicetak

Langkah-langkah di atas boleh digunakan untuk menyemak markah PPP. Setiap PPP perlu mengetaui markah yang diberikan oleh penilai. Guru-guru boleh semak atau bertanya kepada pentadbir. Jika markah diberikan tidak sesuai dengan kerja yang telah dilaksanakan, guru-guru boleh bertanya kepada pentadbir alaan memberi markah rendah.
Akhir kata, terima kasih SGO ucapkan kepada semua kerana sentiasa menyokong kami. Jika ada bahan atau sebarang pandangan boleh kongsikan kepada SGO.