Menteri Pendidikan bercadang Membolehkan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah.

Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah.
Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah.

Menteri Pendidikan bercadang Membolehkan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah. Kenyataan ini merupakan cadangan terkini Menteri Pendidikan di laman Twitternya

Posting Twitter oleh Bernama.

penggunaan telefon bimbit

Menurut Menteri Pendidikan Tan Sri Mahadzir Khalid, beliau mencadangkan agar penggunaan telefon bimbit, laptop, dan tablet dibenarkan di sekolah.

Pada posting yang lalu, SGO telah menjelaskan undang undang ataupun panduan terkini tentang penggunaan telefon bimbit di sekolah.

Sila rujuk posting ini : Panduan Membawa Telefon Bimbit ke sekolah

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan telefon bimbit jelas dilarang oleh kementerian pendidikan berasaskan pekeliling ikhtisas bilangan 2/2009.

 

Impak Dibenarkan Penggunaan Bahan Elektronik di Sekolah?

Sistem Guru Online seterusnya ingin memberi pendapat tentang cadangan yang dikatakan ini meliputi dari beberapa aspek.

Selain itu, bagaimana pula dengan pendapat guru guru di luar sana? Pertama sekali, bukankah kita merasakan ianya agak pening?

Disebabkan isu ini kerap disebut dan diutarakan larangan dan kebenarannya oleh kementerian pendidikan.

Memang benar setiap tindakan itu ada baik dan buruknya. Namun, yang lebih penting kami merasakan bagaimana konsistensi pelaksanaan sesebuah undang undang tersebut lebih utama.

Ini bagi mengelakkan kacau bilau dan salah faham yang bakal berlaku apabila pelaksanaan kerap kali berubah ubah.

Kelebihan penggunaan gajet gajet eletronik di sekolah.

Seiring dengan pelaksanaan sistem pembelajaran abad ke-21, sudah pasti kita tidak boleh ketinggalan dari revolusi teknologi.

Namun, apa yang lebih penting memanfaatkan gajet tersebut pada cara yang sebenar adalah jauh lebih utama.

Jika kita melihat dari jenis gajet berikut adalah pandangan atau komen dari kami SGO.

  1. Laptop boleh dikatakan sesuai akan penggunaannya dan kelihatan relevan bagi kemudahan menyediakan tugas ataupun pelaksanaan kerja murid yang pelbagai.
  2. Penggunaan tablet dan laptop juga boleh meminimumkan berat beg sekolah dan kegunaan kertas kertas di institusi pendidikan.
  3. Penggunaan telefon bimbit boleh membantu tambahan ciri ciri keselamatan murid terutama jika mereka ada yang pulang lewat petang.
  4. Selain itu, telefon bimbit juga boleh memudahkan PnP sekiranya digunakan secara betul.

Keburukan penggunaan gajet gajet eletronik di sekolah.

Setiap yang baik biasanya disusuli dengan risiko keburukan. Dikesempatan ini, SGO juga akan mengulas keburukan yang bakal dihadapi jika penggunaan bahan ini dibenarkan disekolah.

  1. Penggunaan sebarang gajet ini melekakan murid sekiranya mereka menggunakannya untuk aplikasi ‘game’, menonton video, mendengar lagu, dan hiburan hiburan yang lain.
  2. Penggunaan gajet melekakan murid dari fokus pelajaran.
  3. Mengikut kajian, efektif hasil penggunaan pensil dan kertas tidak boleh dibandingkan dengan pembelajaran melalui menaip di laptop atau apa apa gajet eletronik.
  4. Sekiranya berlaku kecurian, ianya agak mengundang pada terutama nama baik institusi pendidikan tersebut. Ianya juga bakal mengundang sikap tuding jari terutama dari golongan ibu bapa yang tidak mahu memahami pekerjaan guru.
  5. Akan juga berlaku sikap rendah diri dan sikap angkuh antara status status pelajar yang taraf tinggi dan sederhana.

Bagaimana dengan para guru diluar sana? Adakah tepat ulasan SGO seperti yang dibincangkan di atas?

Adakah cadangan ini juga relevan bagi penggunaannya di sekolah?

Semoga cetusan ini membawa manfaat kepada para pembaca sekalian. Sekian terima kasih dan teruskan menyokong kami di SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

Sila rujuk post tambahan kami : Gred JUSA dan TURUS, Gred Gaji Tertinggi Perkhidmatan Awam