
Pendaftaran Prasekolah sesi 2018 ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia akan dilakukan secara atas talian (online) dan manual. Hal ini telah disampaikan melalui surat bertarikh 15 Februari 2017.
Surat itu menyatakan bahawa Kertas Cadangan Penambahbaikan Pengoperasian dalam Garis Panduan Pengurusan Prasekolah KPM telah dibentangkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan telah mendapat kelulusan Mesyuarat Profesional KPM Bil. 37/2016 pada 15 Disember 2016.
Salah satu aspek penambahbaikan pengoperasian tersebut adalah berkaitan permohonan kemasukan ke prasekolah KPM secara dalam talian. Mulai tahun 2017 pendaftaran prasekolah KPM boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian atau secara manual (sedia ada).
Syarat Permohonan Pendaftaran Prasekolah Sesi 2018
Syarat Kelayakan Memohon ke prasekolah di bawah Kementerian Pendaftaran Malaysia adalah:
- Kanak-Kanak Warga Malaysia Sahaja
- Kanak-Kanak Yang Lahir Pada 2 Januari 2012 – 15 Januari 2014
Tempoh Permohonan Prasekolah 2018
1. Secara Atas Talian
Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017
2. Secara Manual Melalui Prasekolah Yang Dimohon
Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017
Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Online
Berikut adalah cara membuat permohonan online (atas talian) melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
1. Isi Borang Online
Buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dan isi borang permohonan prasekolah. Lengkapkan semua butiran yang diminta.
2. Cetak Borang Permohonan
Permohonan yang telah lengkap perlu disemak dan dicetak.
Borang ini perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan. Penyerahan perlu dilakukan dalam tempoh pendaftaran.
3. Semak Status Permohonan
Setelah mengisi borang, status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA.
Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.
Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak.
Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Manual
1. Ambil Borang
Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.
2. Lengkapkan Borang
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan seperti yang diminta oleh prasekolah.
3. Hantar Semula Borang Bersama Dokumen Berkaitan
Kesemua borang beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum