Penanda Wacana Dalam Bentuk Smart Note

Penanda Wacana
Penanda Wacana

Penanda Wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang bertujuan untuk menghubungi sesuatu idea, pandangan dan alibi seseorang semasa menulis ataupun berucap.

Sekiranya penanda wacana itu tidak digunakan secara tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan perenggan tersebut cacat dan kesatuan ayat yang tidak lengkap.

Penanda Wacana merupakan instrumen penting dalam penulisan di mana digunakan agensi Kerajaan ataupun swasta dalam menyampaikan pekeliling umpamanya ataupun utusan rasmi agensi berkenaan.

Penanda Wacana Dalam Bentuk Smart Note

Sistem Guru Online kali ini menyediakan Nota Pendidikan Penanda Wacana bersama sama Smart Note.

Sebagai memudahkan kaedah pengajaran Penanda Wacana, pelajar pelajar bukan sahaja perlu memahami tujuan Penanda Wacana tetapi juga mengingati Penanda Wacana tersebut.

Bagi tujuan ini, ‘Smart Note’ Penanda Wacana telah dihasilkan bagi memudahkan penggunaannya sama ada ingin dicetak kecil dan jadi nota poket ataupun boleh dijadikan hiasan dalam kelas.

Dapatkan Smart Note Penanda Wacana disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Penanda Wacana

Pembahagian Dalam Penanda Wacana.

Senarai Nota

Terdapat begitu banyak sekali Penanda Wacana yang boleh digunakan. SGO kali ini telah menyediakan nota ini dalam 9 aspek iaitu seperti di bawah.

  1. Contoh Dalam Karangan

a. Misalnya,
b. Contohnya
c. Sebagai contoh
d. Tamsilnya
e. Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f. Antaranya adalah seperti

2. Permulaan Isi Baharu

a. Selain itu,
b. Di samping itu,
c. Sementara itu,
d. Lebih-lebih lagi,
e. Dalam pada itu,
f. Lain daripada itu,
g. Pada waktu yang sama,
h. Seterusnya,

3. Penutup Isi

a. Kesannya,
b. Natijahnya,
c. Akibatnya,
d. Akhirnya,
e. Dengan itu,
f. Dengan berbuat demikian,
g. Dengan keadaan sedemikian,
h. Bahkan
i. Malah
j. Malahan
k. tambahan pula
l. Sementelahan
m. sekali gus
n. di samping
o. begitu juga
p. di samping
q. begitu juga

4. Perenggan Pendahuluan

a. Dewasa ini…
b. Belakangan…
c. Kebelakangan ini…
d. Baru-baru ini…
e. Mutakhir ini…
f. Akhir-akhir ini…
g. Dalam era globalisasi…

5. Pendapat Yang Berbeza

a. Walau bagaimanapun
b. Namun demikian
c. Dari perspektif/ sudut yang berbeza
d. Jika dilihat dari sudut lain
e. Dengan lain kata
f. Dari sudut lain
g. Di sebalik itu
h. Dalam pada itu
i. Sebaliknya
j. Walaupun
k. Walaupun demikian
l. Sungguhpun
m. Walau bagaimana sekalipun

6. Peribahasa

a. Bak kata peribahasa
b. Bak kata peribahasa Melayu
c. Bak kata orang tua-tua
d. Bak kata mutiara
e. Bak peribahasa
f. Bak kata cendekiawan
g. Persis kata peribahasa
h. Persis kata peribahasa Melayu
i. Persis kata orang tua-tua
j. Persis kata mutiara
k. Persis peribahasa
l. Persis kata cendekiawan
m. Hal ini sama dengan peribahasa
n. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
o. Fenomena ini dikatakan
p. Masalah ini sama dengan peribahasa
q. Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa

7. Menghuraikan Contoh

a. Hal ini mengakibatkan
b. Hal ini menyebabkan
c. Oleh itu
d. Oleh hal yang demikian
e. Oleh sebab itu
f. Jelaslah bahawa
g. Oleh yang demikian
h. Dengan demikian

8. Lain-Lain

a. Sesungguhnya
b. Sebenarnya, / Pada hakikatnya
c. Dengan kata lain /Dengan erti kata yang lain
d. Maksudnya di sini
e. Hal ini bermakna
f. Walhal/Oleh hal yang demikian
g. Sedangkan / Pada hal
h. Walaupun / sekalipun
i. Ekoran daripada / Akibatnya… Rentetan daripada itu
j. Dalam konteks ini/Dalam hubungan ini
k. Hal ini bertepatan
l. Hal ini memang sejajar dengan
m. Situasi ini seolah-olah mengambarkan
n. Tidak syak lagi
o. Namun begitu
p. Lebih-lebih lagi
q. Tambahan pula
r. Justeru
s. Sungguhpun demikian

Rekabentuk Nota ‘Smart Note’

Sekiranya para sahabat guru ingin mendapatkan nota ini dalam bentuk pdf, sila klik pada ruangan kotak download yang telah disediakan di bawah.

PW1 PW9 PW8 PW7 PW6 PW5 PW4 PW3 PW2

Untuk Panduan Format Surat Rasmi Sila rujuk di Sini.

Pada perkongsian yang lepas, SGO juga telah berkongsikan bagaimana cara cara membina Surat Rasmi mengikut Format yang perlu dipatuhi.

Sila rujuk pada posting ini : Format Surat Rasmi yang tepat adalah sebenarnya sangat mudah. Jom kita belajar.

Cara cara yang dikongsikan di sini kerap kali boleh dijumpai di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) umpamanya dalam pekeliling pekeliling yang telah diutuskan.

Sesungguhnya, pemahaman penggunaan Penanda Wacana dan pengetahuan membina Surat Rasmi adalah pengetahuan yang amat bernilai bagi anak anak murid kita.

Guru-guru boleh kongsikan bahan ini kepada semua guru. Semoga bahan ini dapat membantu guru dalam mendidik anak anak secara penuh minat dan menarik.

Akhir kata, terima kasih kerana terus menyokong kami dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum