Pembelajaran Kooperatif : Gallery Walk

Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran Kooperatif

Pembelajaran Kooperatif : Gallery Walk merupakan antara satu strategi pengajaran yang sangat sesuai untuk dipraktikkan bagi Pendidikan Abad Ke-21

Perbincangan secara berkumpulan, dan juga student- centred ini membolehkan pelajar untuk terhubung secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berkolaborasi dalam kumpulan kecil untuk berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui soalan, dokumen, gambar, situasi dan juga teks.

Pembelajaran Kooperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).

Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

1. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
2. saling berinteraksi secara bersemuka,
3. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
4. kemahiran koperatif, dan
5. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.

Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Gallery Walk

Strategi pembelajaran Gallery Walk adalah strategi pembelajaran melalui kaedah perbincangan yang memberi ruang kepada murid untuk lebih memahami tenatang sesuatu perkara atau topik pembelajaran.

Bagi guru pula, kaedah ini boleh digunakan sebagai wadah untuk menilai pemahaman murid. Strategi pembelajaran ini membuka ruang kepada murid berkongsi maklumat, pandangan dan idea antara satu sama lain.

kk
Carta Gallery Walk

Kaedah Pelaksanaan

  1. Pelajar dibahagi kepada kumpulan kecil. Jumlah ahli kumpulan mengikut jumlah murid di dalam kelas. Guru boleh campur murid mengikut tahap kebolehan murid.

a

2. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama atau berbeza mengikut keperluan guru

3. Murid diminta untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing dan menulis jawapan di atas kertas mahjung. Guru boleh gantikan kertas mahjung dengan menggunakan kertas manila atau ABM yang sesuai.  a3

4. Semua kumpulan perlu menampal hasil mereka pada tempat yang sesuai atau yang telah ditentukan oleh guru.

a4

5. Setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk menjadi pembentang kepada hasil kerja kumpulan.

cc

 

6. Setiap kumpulan kemudiannya bergerak dan melihat hasil kumpulan lain. Guru harus pastikan wujudnya perkongsian dan sesi soal jawab antara wakil kumpulan dan kumpulan yang datang melawat.

bb

Faedah Kaedah Gallery Walk

  1. Melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan melalui proses soal jawab.
  2. Melatih kemahiran mendengar
  3. Membantu pelajar untuk mengaplikasi kemahiran aras tinggi seperti menganalisis, menilai dan membuat sintesis.
  4. Memupuk semangat kerjasama dan pembinaan sepasukan.

Terdapat banyak lagi kaedah pengajaran kooperatif yang boleh digunakan oleh guru.

Antaranya ialah Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

SGO akan cuba untuk membuat kaedah pelaksanaan bagi kaedah pengajaran kooperatif yang lain.

Diharapkan bahan ini dapat membantu guru untuk menjalankan kaedah galerry walk di dalam kelas. Pengajaran abad ke 21 perlu diwujudkan di dalam kelas.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyokong SGO.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum