Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia Akibat Dirotan

pelajar-tahfiz-meninggal
pelajar-tahfiz-meninggal dunia akibat dirotan

Kes Dirotan Ustaz: Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia. Berita ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada semua rakyat Malaysia yang simpati dengan pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11 tahun ini. Pelajar yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kepada seorang pembantu warden yang memukul bahagian kaki kerana membuat bising di surau.

Selepas dipikul pelajar, Thaqif pada mulanya tidak mengalami kecederaan sehingga beliau mengadu mengalami sakit dan bengkak di bahagian kaki pada 17 April seterusnya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail pada 19 April lalu.

Bimbang jangkitan kuman merebak, kedua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong setelah didakwa sering dirotan pembantu warden asrama pusat tahfiz swasta di Kota Tinggi, Johor.Keadaannya semakin membimbangkan sehingga tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman.

Namun, pembedahan yang dijadual dilakukan pagi Rabu ini tetapi telah ditangguhkan susulan keadaan jantungnya berada dalam keadaan tidak stabil. Ajal maut ditangan Tuhan, Adik Thaqif telah disahkan meninggal dunia pada 26 April 2017 jam 2.05 petang.

d
Usaha dilakukan bagi menyelamatkan Thaqif

Pembantu Warden Ditahan Reman

Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap seorang pembantu warden asrama madrasah tahfiz swasta bagi membantu siasatan kes menyebat seorang pelajar sebuah madrasah di sini.

Majistret  Mazana Sinin, membenarkan warden yang berusia 29 tahun itu direman bermula hari ini hingga Rabu.Warden terbabit tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi tadi dengan memakai baju lokap berwarna jingga sebelum diiringi polis keluar meninggalkan perkarangan mahkamah pada 10.20 pagi.

Dia ditahan polis di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi pukul empat petang semalam, bagi membantu siasatan terhadap satu laporan yang dibuat pada Selasa lalu.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman mengesahkan kertas siasatan sudah dibuka terhadap suspek.

Hasil siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mendapati warden itu telah memukul mangsa serta 15 pelajar lain pada bahagian kaki kerana membuat bising di surau pada tiga minggu lepas.

Sumber: Astro Awani

jh
Pembantu warden ditahan polis

Kepada semua guru atau warden sila ambil kes ini sebagai ikhtibar. Jangan sesekali bertindak mengikut perasaan dan kawal stress anda. Murid bukan tempat untuk kita melepaskan geram atau stress. Belajar kawal stress dengan baik agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

SGO mengucapkan takziah kepada ahli keluarga adik Thaqif. Qada dan Qadar adalah ketentuan Ilahi. Terimalah hakikat yang Allah lebih sayangkan adik Thaqif. Berdoalah semoga adik Thaqif berada di dalam golongan orang-orang yang beriman.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum