Panduan Menulis Ulasan Slip Peperiksaan Murid Dalam SAPS

SAPS

Panduan Menulis Ulasan Slip Peperiksaan Murid Dalam SAPS. Guru boleh mengikuti panduan login SAPS dengan membuka pautan ini SAPS. Setiap kali guru mengisi markah dalam sistem SAPS, guru kelas perlu memberi ulasan kepada murid. Sebelum ini perkara sama yang dilakukan oleh guru bezanya hanya sekarang tulis dalam sistem SAPS.

Ulasan ini sebenarnya penting bagi meningkatkan motivasi murid. Guru-guru perlu memberi kata-kata semangat kepada mereka. Guru perlu memuji dan memberi cadangan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi pada masa akan datang.

Ulasan ini terpulang kepada guru untuk menulis ayat, asalkan ayat itu memberi dorongan dan semangat kepada murid. Guru jangan sesekali menulis ayat yang tidak merangsang murid untuk terus berusaha. Guru juga tidak boleh mengejek murid atau mengatakan kata-kata negatif kepada mereka.

Setelah semua guru mata pelajaran mengisi markah, guru kelas boleh mula menulis ulasan mengikut pencapaian murid. Sistem secara automatik akan mengira keputusan murid. Kerja guru hanya menulis ulasan dan cetak untuk diberikan kepada murid dan ibu bapa. Ibu bapa juga boleh melihat keputusan mereka di SAPS. Klik pautan ini untuk panduan ibu bapa membuka SAPS.

SAPS Sekolah Rendah

SAPS Sekolah Menengah

Contoh Ulasan

  • Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang. Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.
  • Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
  • Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
  • Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.
  • Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.
  • Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
  • Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini
  • Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.
  • Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.
  • Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.
  • Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.
  • Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.
  • Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu
  • Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.
  • Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.
  • Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda
  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
  • Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Ulasan Kehadiran

Guru-guru juga perlu menulis kehadiran murid di dalam SAPS. Kehadiran murid sangat penting kerana sekiranya murid tidak hadir ke sekolah pasti banyak ilmu yang akan tertinggal. Oleh yang demikian, sebagai guru kita perlu merangsang murid untuk hadir ke sekolah.

Guru perlu mewujudkan kelas yang seronok dan menarik. Kaedah abad ke21 sangat sesuai untuk memastikan murid tidak bosan untuk belajar. Guru boleh cari akedah pengajaran ke21 yang boleh dipraktikan.

Contoh Ulasan Kehadiran:

  • Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang penuh dapat membantu ke arah kemerlangan dalam pelajaran
  • Pelajar ini telah menunjukkan kehadiran 100%.
  • Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran .
  • Anda pasti berjaya jika mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelajaran. Tingkatkan usaha bagi mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
  • Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran. Kehadiran anda ke sekolah agak baik. Anda mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu guru dalam menulis ulasan. Namun yang demikian, guru boleh menulis ayat sendiri yang mungkin memberi kesan yang lebih mendalam kepada murid.

Akhir, kata SGO mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang telah mengisi markah ke dalam SAPS dan telah membuat ulasan. Jangan tinggalkan kosong dibahagian ulasan. Murid-murid menunggu kata-kata semangat daripada guru mereka.

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum