Nota Rujukan Diftong

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Table of Contents

Nota Rujukan Diftong
Nota Rujukan Diftong

Diftong ialah apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. Ianya dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih lantang (kuat) berbanding bunyi yang kedua.

Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu;
ai
au
oi

Sebelum ini, SGO ada menulis mengenai Nota Vokal dan Konsonan Digraf Diftong. Pada kali ini SGO akan lebih fokuskan kepada Diftong sahaja. Guru boleh jadikan ini sebagai nota bantuan kepada guru untuk mengajar terutamanya guru Bahasa Melayu.

 

Definisi

Secara lebih terperinci:

  • Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.
  • Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain.
  • Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.
  • Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.
  • Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi.

Contoh Perkataan

  1. ai – gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai
  2. au- aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau
  3. oi-boikot, sekoi, koboi, kaloi, amboi,

contoh lain:

 

Banyak lagi perkataan yang berkaitan. Guru boleh rujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mencari perkataan lain. Guru juga boleh mengajar murid untuk membuat ayat menggunakan perkataan-perkataan ini.

Guru boleh menggunakan aktiviti Kelas Abad ke21 untuk mengajar. Sebagi contoh think pair share. Murid akan lebih memahami sekiranya aktiviti yang dirancang itu menarik.

Diharapkan nota ini dapat membantu guru dalam mengajar diftong kepada murid-murid. Sekiranya guru ada nota yang lebih baik boleh kongsikan kepada kami. Kami akan kongsikan kepada semua guru di dalam SGO. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum