
Nombor Perdana (NP) adalah nombor bulat yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1 (the number itself and number 1). Oleh itu, NP mempunyai hanya dua pembahagi (nombor itu sendiri dan nombor 1). NP terkecil ialah nombor 2, satu-satunya nombor genap.
Nombor perdana yang kurang daripada 50 adalah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43 dan 47. Nombor 1 adalah BUKAN NPÂ (NOT a prime number).
Pendidikan Abad ke-21
Selaras dengan Pendidikan Abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat beberapa perubahan besar lagi di dalam silibus pembelajaran murid di sekolah rendah.
Sukatan Matematik bagi tahun 6 yang terbaru telah memasukkan tajuk nombor perdana. Oleh yeng demikian, guru perlu memperkenalkan NPÂ dari 1 hingga 100. Di bawah merupakan NP dalam lingkungan 100:

Cara Menentukan Nombor Perdana
Contoh 1:
Tentukan samada setiap nombor berikut adalah nombor perdana.
13
Jwb:
13 ÷ 1 = 13
13 ÷ 13 = 1
13 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 13 → (2 pembahagi/divisors)
Oleh itu, 13 adalah nombor perdana.
Contoh 2: Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â 51
Jwb:
51 ÷ 1 = 51
51 ÷ 3 = 17
51 ÷ 17 = 3
51 ÷ 51 = 51
51 boleh dibahagi dengan 1, 3, 17 dan 51 → (4 pembahagi/divisors)
Oleh itu, 51 bukan nombor perdana.
Contoh 3:
37
Jwb:
37 ÷ 1 = 37
37 ÷ 13 = 1
37 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 37 → (2 pembahagi/divisors)
Oleh itu, 37 adalah nombor perdana.
Contoh 4: Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â 24
Jwb:
24 ÷ 1 = 24
24 ÷ 12 = 2
24 ÷ 2  = 2
24 ÷ 3 = 8
24 boleh dibahagi dengan 1, 12, 2 dan 3 → (4 pembahagi/divisors)
Oleh itu, 24 bukan nombor perdana.
Daripada contoh di atas dapat dibuktikan bahawa nombor bulat yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1 (the number itself and number 1 Daripada senarai nombor perdana, anda akan dapati : 99% nombor perdana adalah nombor GANJIL kecuali 1 manakala 1% lagi adalah nombor GENAP iaitu 2. Tapi kena tengok betul2, TAK SEMUA nombor GANJIL adalah nombor perdana.).
Video Berkaitan Nombor Perdana
Dibawah merupakan video untuk menerangkan mengenai nombor perdana. Video ini boleh dijadikan sebagai alat batu mengajar. Video ini boleh dijadikan bahan bagi menjalankan kelas abad ke 21. Terdapat banayk video yang guru boleh dapatkan di laman youtube.
04-Matematik T1 nombor perdana B2D2E3Â (Klik untuk Download Video)

Guru tayangkan video ini kepada murid dan diakhir tayangan video guru  meminta murid untuk membuat kesimpulan. Guru boleh gunakan teknik think pair share bagi murid membuat komen mengenai video yang dipersembahkan. Penggunan strategi Think Pair Share (TPS) adalah untuk membandingkan tanya jawab kelompok keseluruhan. Langkah-langkah dalam strategi Think Pair Share (TPS) adalah sebagi berikut:
Kaedah Think Pair Share (TPS)
Lagkah 1 : Berfikir (Thinking)
Guru mengajukan suatu pertanyaan atau permasalahan yang berkait dengan video dan meminta murid menggunakan waktu beberapa minit untuk berfikir sendiri jawapan atau masalah.
Langkah 2 : Berpasangan (Pairing)
Seterusnya, guru meminta murid untuk berpasangan dan membincangkan apa yang telah mereka perolehi. Perbincangan ini dapat menambahkan lagi idea mengenai topik yang dibincangkan. Kebiasaanya guru memberi waktu tidak lebih dari 4 atau 5 minit untuk perbincangan berpasangan.
Langkah 3 : Berbagi (Shairing)
Pada langkah akhir, guru meminta pasangan-pasangan untuk berkongsi dengan keseluruhan kelas hasil perbincangan mereka. Lebih efektif sekiranya setiap pasangan berkongsi dengan pasangan lain secara bergilir.
Pelbagai cara lagi guru boleh gunakan untuk mengajar murid. Terpulang kepada guru untuk memilih strategi yang hendak digunakan. Selain itu, strategi gallery walk juga boleh digunakan dalam berkongsi idea antara murid. Guru perlu kreatif dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran abad ke21.
Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sentiasa menyokong kami dalam bersama-sama meningkatkan mutu pendidikan negara. Sekiranya guru ada bahan yang lebih menarik boleh kongsikan kepada kami.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum