Mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

LPPSA
LPPSA

Mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). LPPSA Merupakan institusi untuk staf kerajaan membuat pinjaman rumah melalui pembiayaan istimewa yang dicetuskan oleh kerajaan.

Apakah Keistimewaan LPPSA? Penjelasan A – Z.

Sistem Guru Online kali ini , akan berkongsikan panduan dalam LPPSA. Panduan ini amat berguna bagi staf awam ataupun sektor kerajaan terutama para sahabat guru sekalian.

rujukan : http://www.mohdelam.com/mortgage-3/panduan/pinjaman-kerajaan-vs-pinjaman-bank/

rujukan : http://gilahartanah.com/loan-rumah-terbaik-yang-staf-kerajaan/

Keistimewaan LPPSA berbanding Pinjaman Lain.

  1. Pinjaman Perumahan sehingga 100% Pembiayaan.
    • Contoh Loan LPPSA : Harga rumah RM 300,000. Jumlah pembiayaan perumahan juga sehingga RM 300,000.
    • Contoh Loan Bank : Harga rumah RM300,000. Jumlah pembiayaan maksimum sehingga 90% iaitu RM 270,000. Selebihnya harus dibayar dengan bayaran deposit.
      • Kesimpulan : Kita perlu menyediakan bayaran 10% untuk rumah berharga RM 300,000 iaitu RM 30,000.
  2. Kadar Faedah atau Interest 4% yang tetap
    • Loan LPPSA : 4% Interest ataupun Kadar Faedah Setahun.
    • Loan Bank : 4 hingga 7%. Kadar peratusan bank bergantung pada harga rumah. Makin tinggi harga rumah yang dibeli, makin rendah kadar faedah bank dikenakan.
    • Kadar Bank bergantung pada sistem BLR (Base Lending Rate iaitu Base Rate + p.a)
      • Kesimpulan : Kadar Faedah Loan LPPSA sangat rendah dan tetap. Ianya merupakan tawaran yang sukar didapati dari mana mana bank di Malaysia.
  3. Tempoh pinjaman (loan tenure)
    • Loan LPPSA : Pinjaman selama 30 tahun (bagi rumah LPPSA pertama), 25 tahun (bagi rumah LPPSA kedua) dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun
      • Contoh pengiraan 1 : Abu mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
        • Loan : 30 tahun
        • Tamat Loan Abu berumur 60 tahun.
      • Contoh pengiraan 2 : Abu mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
        • Loan : 30 tahun
        • Tamat Loan Abu berumur 90 tahun
    • Loan Bank : Pinjaman selama 35 tahun dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam 75 tahun.
      • Contoh pengiraan 1 : Aziz mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
        • Loan : 35 tahun
        • Tamat Loan Aziz berumur 65 tahun
      • Contoh pengiraan 2 : Aziz mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
        • Loan : 15 tahun sahaja
        • Tamat Loan Aziz berumur 75 tahun
      • Kesimpulan apabila tempoh loan makin singkat, maka pembiayaan bulanan akan lebih tinggi. Di sini pembiayaan LPPSA boleh menawarkan pembiayaan lebih rendah walaupun umur anda sudah lebih 40 tahun.

Bagaimana Cara Memohon LPPSA

Terlebih dahulu, beberapa perkara penting dibuat sebelum memohon LPPSA ataupun SPPB. Perkara tersebut sudah pastilah anda perlu kenalpasti rumah yang ingin dibeli.

Senarai perkara yang perlu dikenalpasti sebelum memohon pembiayaan LPPSA

  1. Rumah yang ingin dibeli
  2. Jumlah kelayakan pinjaman
  3. Adakah rumah yang ingin dibeli panel kepada pinjaman LPPSA
  4. Panel Insurans yang ingin dipilih

Perkara perkara ini akan dikongsikan oleh kami di bahagian bawah posting ini.

Untuk membuat permohonan pinjaman perumahan, anda bolehlah memohon secara online melalui laman web Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu. Sila klik disini SPPB.

Anda haruslah menepati carta alir di bawah bagi meneruskan dengan pembiayaan ini.

 

Dapatkan Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA 2017

 

 

Penjelasan Mengenai Panduan Pinjaman LPPSA

1. Rumah Yang Ingin Dibeli

Untuk membeli rumah terutama rumah pertama anda. Sebaiknya kita memilih platform ataupun tawaran yang terendah di luar sana.

Di Malaysia, beberapa pilihan tawaran rumah terendah yang boleh dilakukan melalui pinjaman LPPSA adalah seperti berikut.

  • Rumah Dalam Pembinaan (Fasa 1)
  • Rumah Tawaran  Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri contohnya;
  • Rumah Lelong
  • Rumah kategori kos rendah.

2. Harga Rumah Yang Mampu Dibeli

Segelintir daripada kita masih ragu ragu tentang berapakah nilai rumah yang mampu dibeli bukan?

Untuk permasalahan ini, anda bolehlah merujuk pada jadual yang disediakan seperti diatas. Sekiranya masih kurang jelas, anda bolehlah rujuk kalkulator pengiraan pembiayaan melalui link di sini.

Sila kira pada pautan ini : Kalkulator Pinjaman Perumahan

Berikut adalah serba ringkas LPPSA yang ingin kami kongsikan kepada semua. Sudah pasti terlalu banyak topik yang ingin dibincangkan dalam pembiayaan perumahan.

Jika ingin mengetahui secara terperinci anda boleh drop message kepada Fanpages Facebook kami dan kami akan terangkan apa apa persoalan yang anda ingin ketahui.

Semoga perkongsian serba ringkas ini mampu memberi pemahaman kepada anda.

Sekian terima kasih dan teruskan menyokong kami di SGO.

Panduan Lain bagi Staf Awam.

Link Post : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Link Post : Cara Semak Saman

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistem guru online