Login MyGfl Kursus iThink Dalam Talian KiDT

Login MyGfl Kursus iThink Dalam Talian KiDT
Login MyGfl Kursus iThink Dalam Talian KiDT

MyGfl Kursus iThink Dalam Talian KiDT ini sebenarnya telah diwujudkan sebelum ini lagi. Namun ianya ditangguhkan kerana beberapa masalah. MyGfl bermaksud Malaysian Grid for Learning (MyGfL) merupakan portal atau gerbang pendidikan KPM.

Objektif MyGfl iThink ini ialah bagi menaiktaraf proses pembelajaran P&P atau sekarang dikenali sebagai P&Pc (Proses Pengajaran dan Pemudahcara) di sekolah. Ianya berfunsi secara atas talian untuk digunakan oleh guru dan pelajar. Portal ini juga diharap akan dapat mengimbangtara dan mengintegrasikan segala peralatan ICT yang ada di sekolah, kolej matrikulasi dan institut perguruan.

Malaysian Grid for Learning ialah satu lagi inisiatif dan komitmen kerajaan dalam pembentukan masyarakat yang berilmu selaras dengan aspirasi NKRA negara untuk tonggak pendidikan. MyGfL diharapkan dapat memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dan pengajar yang terdiri daripada semua peringkat umur, secara pembelajaran formal dan informal dalam mencapai kecemerlangan pendidikan kebangsaan.

MyGfl iThink ini dimiliki dan dikendalikan oleh kelolan KPM dan menawarkan kepada semua sekolah satu persinggahan gerbang untuk semua sumber pembelajaran di Malaysia dan juga negara lain.

Login MyGfl iThink

mygfl ithink

Login MyGfl

Login ke Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Kepada semua, bagi menggunakan portal ini, semua murid dan guru perlu ke login diatas. Klik pada login kemudian anda akan dibawa ke MyGfl. Disana, anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan (atau surat beranak kepada murid yang masih belum mempunyai kad pengenalan). Pada ruangan kata laluan pula, masukkan kata laluan ‘password’.  Kata laluan ini boleh ditukar setelah log in berjaya dilakukan.

MyGfl dan Kursus iThink Dalam Talian KiDT

Pelaksanaan KiDT ini dilakukan di dalam portal My Gfl. Secara dasarnya, KiDT ini ialah kursus mengenai iThink. Apa sebenarnya iThink ini sehingga perlu ada kursus secara dalam talian?

Apa itu iThink

apa itu ithink
apa itu ithink

iThink ialah 1 program untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid dan guru kearah berinovatif. Selaras dengan pembelajaran abad ke-21, semua guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam P&PC di samping melaksanakan aktviti KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).

Abjad ‘i’ – bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid.

Masalah Kursus iThink Dalam Talian KiDT di Portal MyGfl

masalah KiDT di MyGfl
masalah KiDT di MyGfl

Secara umumnya, Kursus iThink Dalam Talian KiDT ini adalah MENGARUT!

Pihak admin sistem guru online sendiri telah mencubanya tahun lepas. Dan seperti yang diwar-warkan memang ianya sangat menyusahkan guru.

Banyak ulasan negatif yang ada di dalam internet ini terutama di dalam facebook. Disini admin nak kongsikan 1 sahaja.

Secara keseluruhan sistem ini menyusahkan. Ianya lebih menyusahkan kerana kesilapan sistem dan ‘perangkap’ untuk anda hilang data secara tidak disedari. Dalam anda sibuk melayan kursus tersebut di pop up berlainan, paparan browser anda yang lagi satu menjadi tidak aktif. Browser anda yang tidak aktif ini akan “log out” tanpa disedari. Walau anda melayan kursus di pop up tersebut hingga habis, data anda hilang tanpa disedari kerana ‘time out’ browser anda tersebut. Oleh itu, semasa anda melayan kursus tersebut, sila lihat juga browser anda dari masa ke semasa. Admin explore dan dah habis modul “Sekolah Pemikiran”. Lepas klik dan habiskan ‘video’ Integrasi tuh, patutnya admin boleh ke Modul seterusnya iaitu Enam Titik Permulaan. Tapi hampa. Sistem akan berpusing-pusing selama-lamanya. Ini cubaan kali ke 3 buat modul yang sama; selepas dah siap 10 tick hijau tetapi apabila log in hanya tinggal 4 sahaja. Bayangkan betapa membazirnya masa admin melayan sistem nih. cikgushamsudin.blogspot.my

Semoga perkongsian kami bermanfaat. Kongsikan pandangan anda.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum