NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Linus NKRA & SAPS NKRA

NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Linus NKRA & SAPS NKRA
NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Linus NKRA & SAPS NKRA

NKRA ialah Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NATIONAL KEY RESULT AREAS. NKRA dilancarkan pada 11 Julai 2009 oleh Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak. Linus NKRA dan SAPS NKRA pula secara ringkasnya ialah sebagai medium pelaksana.

Secara umumnya, NKRA ini tertumpu kepada 6 bidang besar, iaitu :

  1. Mengurangkan jenayah – Menteri Dalam Negeri
  2. Memerangi rasuah – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu & termampu – Menteri Pelajaran Malaysia
  4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  6. Menambah baik pengangkutan awam bandar – Menteri Pengangkutan

 Login LINUS NKRA & SAPS NKRA

login saps nkra linus nkra

Login NKRA

Login ke LINUS NKRA & SAPS NKRA

PENGISIAN SKPMg2

SILA LOGIN MENGGUNAKAN USER ID KOD SEKOLAH DAN KATALALUAN 12345678
CTH: BBX0001 / 12345678.

National Key Result Areas
Kementerian Pendidikan Malaysia

Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub National Key Result Areas terbahagi kepada 4 iaitu :

1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah

Kerajaan kita akan mengiktiraf serta memberikan ruang kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan sosioekonomi. Hal ini kerana ilmu dianggap sebagai satu cahaya yang menyuluh hidup rakyat. Yang mampu mengubah nasib rakyat dari susah kepada kehidupan yang jauh lebih baik. Perdana Menteri mahukan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang berkualiti tinggi. Oleh sebab itu, anak-anak muda mestilah kreatif, inovatif, penuh dengan moral atau nilai-nilai murni yang tinggi serta mampu bersaing dengan mereka diluar sana.

2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS)

Kerajaan menitik beratkan ilmu pengetahuan dan mahukan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik. Bagi pihak kerajaan, pendidikan yang terbaik mestilah bermula dari prasekolah lagi. Perdana Menteri telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi

Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.

Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

Apa itu LINUS NKRA & SAPS NKRA

SAPS NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebenarnya, SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. NKRA pula adalah singkatan untuk maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). Sistem SAPS Ibu Bapa berfungsi bagi menolong dan memudahkan ibu bapa memantau prestasi pendidikan anak-anak mereka disekolah melalui keputusan peperiksaan. Ianya merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah.

SAPS ini dibahagikan kepada 2 iaitu

SAPS guru ini berfungsi sebagai aplikasi atau sistem untuk guru memasukkan data markah peperiksaan murid-murid. Manakala SAPS Ibu Bapa ini pula menjadi tempat untuk ibu bapa memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang telah diisi oleh guru beserta ulasan keputusan peperiksaan mereka.

Bagi guru, mungkin anda berminat untuk mengetahui ulasan menarik seperti berikut.

LINUS NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia

Program LINUS ialah satu program penambahbaikan bagi program sedia asal iaitu (KIA2M). Berlandasarkan bidang keberhasilan ini dibawah sektor pendidikan, LINUS ini bertujuan untuk memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 telah dapat menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

Secara asasnya, LINUS membawa maksud :

  • LI (Literasi), iaitu lebih kepada bahasa.
  • NU (Numerasi), iaitu lebih kepada nombor atau pengiraan.
  • S (Screening – Saringan)
  • LI+NU+S = LINUS

Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS NKRA pula membawa maksud Program Saringan Literasi dan Numerasi bagi mencapai target NKRA yang telah ditetapkan.

Helpdesk NKRA
Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda boleh rujuk senarai bantuan yang diperlukan bagi mendapatkan maklumat talian yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah.

Helpdesk NKRA

REVIEW OVERVIEW
Kepentingan Sistem
Pengurusan Sistem
Kebolehpercayaan Sistem
Previous articleIsu Kebersihan di Kantin Sekolah, Pemilik Boleh Ditamatkan Kontrak
Next articleSemakan Keputusan IPG bagi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) ke PISMP
linus-nkra-saps-nkraSistem yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM ini dilihat sangat bagus dari segi tujuan utama ianya dibina.Kami di SGO berharap sistem pengurusan online semua sistem KPM boleh ditingkatkan dari segi capaian, dan permudahkan segala sistem yang ada untuk diuruskan dalam 1 website.