Owner Kedai Berdarah dan Koma Dibelasah Sekumpulan Budak Sekolah

Owner Kedai Berdarah dan Koma Dibelasah Sekumpulan Budak Sekolah
Owner Kedai Berdarah dan Koma Dibelasah Sekumpulan Budak Sekolah

Owner Kedai berdarah dan koma Dibelasah Sekumpulan Budak Sekolah. Perkara ini berlaku di Gombak pada 26 April 2017.

Seorang remaja asalnya memonteng sekolah dan kelihatan berlegar legar di sekitar M3 Mall, Gombak.

Dan salah seorang pemilik kedai menegur budak itu supaya tidak memonteng sekolah. Tidak puas hati dengan teguran itu, remaja tersebut memanggil kawan kawannya dan datang belasah pemilik kedai itu.

Kisah ini adalah sebagaimana yang dikongsikan pada post facebook Muhammad Syafiq.

Untitled 1

Teruk kena belasah, pemilik kedai yang menegur budak itu berdarah teruk di kepala sehingga koma.

18058026 1548710381814398 1330580947604244284 n 18118589 1548710321814404 6031354121926902406 n 18157103 1548710395147730 1296713277546130708 n 18157452 1548710331814403 4230993012750635244 n

Apakah pemikiran budak budak zaman sekarang ini? Kes sebegini menunjukkan masyarakat malaysia di luar sana sebenarnya cakna dan prihatin kepada golongan muda.

Teguran dari pemilik kedai tersebut semestinya perkara yang kena dipupuk dalam kalangan masyarakat. Namun kalau pemikiran budak budak terlalu kolot, susah juga kita nak bangunkan masyarakat kita.

Dengan kes seperti ini juga membuatkan masyarakat kita akan berundur dari menegur budak budak muda lagi. Kerana niat yang baik hanya dibalas dengan ……………………..

Pendapat Guru Sekalian?

Sebagaimana yang kita maklum, kita sudah biasa dengan sikap kurang ajar segelintir pelajar.

Ditambah pula dengan kebanyakan halangan dari menyentuh pelajar, kita seolah olah memanjakan segelintir pelajar yang bermasalah dan tidak kena pada tempat.

Tidak tahu apa yang golongan muda ini mahukan dalam kehidupan. Ponteng sekolah dan mahu tunjuk dia kuatkah?

Inilah kesukaran dalam menjadi pendidik mungkin. Disebalik pelbagai usaha kita di belakang tabir, mengurus, menyediakan plan pengajaran, namun adakah para pelajar kita menghargai usaha kita?

Segelintir pelajar yang nak tunjuk samseng sudah pasti tidak pandai menghargai usaha kita pula. Bertabahlah sahabat guru, dan mungkin fikirkan pelajar pelajar lain yang betul betul nak belajar.

Sekadar pandangan dari kami panel SGO. Semoga para sahabat guru di luar sana dipermudahkan urusan dan dijauhkan dari segala permasalahan.

Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum