Keputusan EG Tukar Mengikut Rangka Jadual Tahun 2017

Keputusan eg tukar
Keputusan eg tukar

Keputusan EGTukar akan diumumkan tidak lama lagi. Ramai guru telah mengisi eg tukar bagi memohon berpindah di tempat yang diingini. Eg tukar tahun ini hanya di buka setahun sekali tetapi akan diproses sebanyak 3 kali. Oleh yang demikian guru perlu mengisi awal tahun walaupun mahu berpindah pada akhir tahun. Rujuk link di bawah untuk info yang lebih lengkap:

Ramai guru yang berharap dapat berpindah terutamanya guru yang berada di jauh pedalaman dan juga guru yang tinggal berjauhan dengan keluarga. Sebelum ini SGO pernah menyiarkan Ragam EG tukar yang telah menceritakan luahan seorang guru di pedalaman yang sudah lama berjauhan dengan keluarga dan telah banyak kali memohon pertukaran. Rezeki Allah tiada siapa yang tahu, sebagai manusia kita perlu sentiasa berusaha.

Kebanyakkan guru akan berusaha untuk pulang ke negeri kelahiran masing-masing. Sesetengah guru telah mempunyai rumah di kampung halaman menyebabkan mereka akan terus berusaha untuk mengisi EG Tukar.

Keputusan eG Tukar Ikut Jadual Rangka Kerja Pertukaran

Seperti sedia maklum, keputusan EG tukar akan diumumkan pada 30 Mei 2017 manakala tarikh kuatkuasa dan lapor diri pada 1 Jun 2017. Tarikh ini bagi keputusan sesi Jun 2017. Bagi sesi lain akan dimaklumkan kemudian.

Rujuk jadual di bawah untuk melihat jadual rangka kerja pertukaran sesi Jun:

kh 1

kt

 

 

Guru boleh simpan jadual ini supaya dapat mengetahui jalan kerja EG Tukar sesi Jun ini. Semua guru di luar sana tidak sabar untuk menunggu keputusan EG Tukar. Jangan terlalu berharap, bimbang keputusan tidak seperti yang dijangka.

Dengan EG Tukar ini dibuka hanya sekali sahaja, guru lebih sukar untuk membuat perancangan untuk berpindah. Guru terpaksa memohon awal sekiranya mahu berpindah hujung tahun. Namun yang demikian, guru perlu mengisi EG Tukar sekiranya sedah bersedia untuk berpindah.

SGO berharap mereka yang memohon pindah akan dapat berpindah. Segala keperitan yang dirasai akan berakhir. Namun yang demikian, semua guru perlu tingkatkan prestasi walaupun dimana kita berkhidmat kerana itu merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum