
Kalendar Gaji dan Cuti Tahun 2017. Sistem Guru Online kali ini akan berkongsikan kalendar terbaik bagi senarai cuti dan gaji bagi staf perkhidmatan awam sesi Tahun 2017.
Pada posting kali ini, kami akan berkongsikan Kalendar yang dibina oleh kami sendiri bagi Cuti Penuh Rasmi dan Tarikh Gaji Tahun 2017.
Perkongsian ini merupakan siri kalendar Tahun 2017 yang mana juga merujuk pada posting yang terdahulu.
Bahan rujukan yang digunakan sudah pasti laman web rasmi kementerian pendidikan malaysia dan juga suruhanjaya perkhidmatan awam bagi maklumat yang berkenaan.
Sila rujuk posting :Â Takwim Cuti Perayaan 2017 & Kalender Cuti Sekolah 2017
Sila rujuk posting :Â Kalendar 2017 Malaysia Versi Terbaik Cuti-cuti Sekolah & Cuti Am 2017
Senarai Penuh Cuti dan Tarikh Gaji 2017
Menurut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Senarai cuti yang berkenaan dengan perkhidmatan awam telah dikenalpasti.
Antaranya adalah cuti umum, cuti persekutuan, cuti negeri, cuti peristiwa, dan juga meliputi cuti sekolah.
Setelah mengenal pasti tarikh tarikh tersebut, kami telah menyediakan planner dan seterusnya melengkapkan ke dalam kalendar ini bagi tujuan rujukan yang menarik.
Jadual Gaji Tahun 2017
Kami juga telah memasukkan tarikh gaji tahun 2017 ke dalam Kalendar ini. Ianya telah diambil dari Jadual Gaji 2017 yang telah dikongsikan SGO sebelum ini.
Link Post : Jadual Gaji 2017
Rekabentuk Kalendar Gaji dan Cuti Tahun 2017
Kalendar yang telah dibina adalah seperti seni bina di bawah. Untuk mendapatkan bahan yang lebih jelas, silakan klik pada pautan muat turun yang telah disediakan pada kotak download di bawah.
Ianya bertujuan pencetakan secara ‘hardcopy’ dan boleh dilampirkan di mana mana sudut yang kita berkenan.
Dapatkan Jadual Cuti dan Gaji bagi Tahun 2017 disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Kalendar Gaji dan Cuti 2017
Dapatkan Blank Form Kalendar Boleh Diedit disini
Bahan ini adalah dalam format ‘Microsoft Words’
Download :Â Blank Form Kalendar
Sebagai tambahan, anda mungkin juga mahu membina kalendar bagi tujuan tersendiri untuk kalendar tahun 2017 ini bukan?
Oleh itu, anda bolehlah memuat turun bahan ‘Blank Form’ kalendar kami yang boleh diedit pada kotak muat turun di atas.
Sekiranya jadual yang dilakukan ini bermanfaat, bolehlah kiranya bahan ini dikongsikan kepada ramai.
Selain itu, anda boleh juga rujuk pada Kalendar lain yang telah dibina SGO melalui pautan di bawah.
Sila rujuk posting : Kalendar Puasa Sunat Tahun 2017
Sekian terima kasih dan teruskan menyokong kami di SGO.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum