
Jadual Gaji 2017Â merupakan salah satu cara SGO membantu guru diluar sana untuk merancang perbelanjaan. Dengan adanya jadual gaji ini guru dapat merancang lebih awal untuk membuat belanjawan keluarga.
Setiap individu mempunyai komitmen yang berbeza. Oleh yang demikian, dengan merancang kewangan mereka dapat mengelakkan daripada tidak cukup duit untuk belanja sementara menunggu gaji yang berikutnya.
Perancangan kewangan amat penting bagi mengelakkan wang digunakan kepada perkara yang tidak sepatutnya. Wang perlu dibahagikan kepada perkara yang penting terlebih dahulu. Sekiranya ada baki barulah digunakan untuk memenuhi kemahuan.
Dengan perancangan ini, anda akan tahu ke mana wang anda disalurkan. Bagi lebih memudahkan, amalkan merekod dan mencatat perbelanjaan harian anda dalam buku kewangan khas yang anda buat.
Catat perbelanjaan anda pada hari tersebut dan semak kembali adakah ia telah melebihi jumlah yang sepatutnya. Jika ya, anda perlu seimbangkan kembali dengan perbelanjaan yang lain.Sebarang lebihan wang, anda boleh simpan wang tersebut atau dibawa ke bulan hadapan.
Jadual Gaji 2017
Selain itu, guru yang tinggal di Sabah dan Sarawak perlu merancang untuk membeli tiket kapal terbang. Dengan adanya jadual gaji ini guru dapat merancang  bila waktu sesuai untuk membeli tiket kapal terbang.
Guru juga boleh merancang percutian bersama keluarga dengan merujuk jadual gaji. Guru boleh rujuk Kalender 2017 Malaysia Versi Terbaik Cuti-cuti Sekolah Dan Cuti Am 2017 untuk merancang percutian. Jadual gaji pula sebagi rujukan bila tarikh gaji keluar supaya tidak silap merancang percutian.
Daripada jadual di atas waktu kritikal ialah waktu menjelang hari raya puasa di mana gaji seterusya selama 40 hari. Guru perlu merancang dengan sebaiknya agar tidak berlaku ketiadaan duit dihujung bulan Jun.
Guru boleh semak jumlah pembayaran gaji di e-penyata gaji. Di sana slip gaji akan keluar lebih awal daripada tarikh gaji. Oleh yang demikian lagi mudah untuk guru membuat perancangan kerana telah mengetahui jumlah gaji yang diperolehi.
Diharapkan dengan adanya jadual gaji ini dapat membantu guru merancang aktiviti dan perbelanjaan. Guru-guru boleh kongsikan jadual ini kepada semua guru bagi membantu guru-guru lain merancang perbelanjaan mereka.
Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana terus menyokong SGO. Kerjasama daripada semua didahului dengan terima kasih.