Isu Kebersihan di Kantin Sekolah, Pemilik Boleh Ditamatkan Kontrak

Kebersihan di Kantin Sekolah
Kebersihan di Kantin Sekolah

Kebersihan di Kantin Sekolah kebelakangan ini menjadi isu terkini dalam dunia pendidikan sekolah. Antara berita berita yang keluar adalah, 261 dapur ditutup kerana kotor, Menteri Pendidikan memberi amaran tamat kontrak serta merta dan lain lain lagi.

Pada Ogos 2016, mengikut laman web utusan malaysia 261 arahan penutupan kantin telah dikeluarkan setelah 30,314 pemeriksaan rutin telah dijalankan.

Ini menggambarkan begitu banyak penyedia makanan kepada fasiliti pendidikan mengambil ringan akan kebersihan penjagaan makanan.

Begitu juga pada 2 April lepas, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi arahan mana mana kontraktor makanan menyebabkan keracunan makanan akan ditamatkan kontrak perkhidmatan serta merta.

Sebenarnya, arahan ini juga merupakan pelaksanaan pematuhan terhadap buku garis panduan makanan selamat kantin dan dapur asrama.

sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tamat-kontrak-serta-merta-1.464782

Di dalam sumber posting di atas, dikatakan 63 keracunan makanan di asrama sekolah telah berlaku tahun 2015 dan 98 kes pada tahun 2016.

Disebabkan kes getir ini, skop dan spesifikasi bagi kontrak pembekalan bermasak mulai 1 Jun 2017 ini akan ditapis melalui garis panduan ini dengan lebih ketat.

Dapatkan Garis Panduan Makanan Selamat Kantin dan Dapur Asrama


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : Buku Garis Panduan Makanan Selamat

 

Tujuan utama sistem guru online berkongsikan pengenalan di atas adalah kerana menyambut baik pesanan kebersihan kantin di sekolah sekolah.

Seperti yang kita ketahui, badan yang sihat akan menghasilkan akal yang cerdas. Jadi kita sedar kadang kadang pengurusan kantin di sesebuah sekolah sangat teruk.

Oleh itu, kita hendak berkongsikan kepada guru guru, sekiranya kita merasakan kantin di sekolah kita sangat teruk pemilik kantin itu seharusnya sedar dia boleh ditamatkan kontrak bila bila masa kerana melanggar garis panduan makanan yang selamat.

Jadi tindakan yang lebih tegas boleh diambil sebagai penambahbaikan dalam suasana pembelajaran di sekolah termasuk penyediaan makanan makanan yang suci di sekolah.

Kami berharap posting ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum