IPG Institut Pendidikan Guru

ipg institut pendidikan guru
ipg institut pendidikan guru

IPG Institut Pendidikan Guru merupakan institut yang melatih bakal guru.Sebelum ini pendidikan guru tidak dipandang oleh masyarakat, namun kini ramai yang ingin memohon untuk masuk ke Institut Perguruan.

Hal ini kerana belajar di sini ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya dan jaminan kerja sangat tinggi selepas habis belajar.

Sejarah IPG Institut Pendidikan Guru

Sejarah awal latihan perguruan di Tanah Melayu bermula sekitar 1878 dengan penubuhan Pusat Latihan Guru Melayu,Singapura di Istana Lama kepunyaan Sultan Johor, di Teluk Belanga.

Pada tahun 1884, pusat tersebut berpindah ke Raebum, iaitu di sebuah rumah kepunyaan Tanjung Pagar Dock Company. Pada tahun 1895, Pusat Latihan Guru Melayu di Singapura ditutp setelah tujuh belas tahun melatih guru.

Setelah tiga tahun Pusat Latihan Guru Melayu ditutup di Singapura, Sekolah Latihan Perguruan Taiping, Perak telah ditubuhkan pada bulan Mei 1898.

Penubuhan sekolah Latihan Perguruan di Taiping bertujuan untuk memenuhi keperluan guru di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1898-1900, Maktab Melayu Melaka ditubuhkan. Maktab Perguruan Johor ditubuhkan pada tahun 1919.

Pada 11 Oktober 1913, Maktab Latihan Melayu Matang, Perak ditubuhkan. Mereka yang diambil berkursus di pusat latihan ini dipindahkan ke Sultan Idris Training Collage (SITC) apabila pusat latihan ini dibuka pada bulan November 1922.

Dengan adanya SITC keperluan terhadap latihan perguruan semakin berkembang pesat. Dengan itu, maka tertubuhlah Sekolah Perguruan Kota Bharu pada 1 April 1929 dan Malay Women Training Collage (MWTC) pada 31 Januari 1935.

Sehingga kini terdapat 27 Institut Pendidikan Guru di seluruh Negara yang menawarkan program latihan perguruan peringkat ijazah, diploma dan sijil.

Naik Taraf IPG Institut Pendidikan Guru

Pada 13 Julai 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan naik taraf 27 buah Maktab Perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru.

Kelulusan parlimen Malaysia untuk naik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru berkuatkuasa pada 1 April 2006 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2006 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

Keputusan ini memberi satu perubahan besar kepada Institusi Latihan Perguruan KPM. Dengan kelulusan ini, IPG KPM boleh melaksanakan Program Ijazah Sarjana Muda di samping meneruskan program sedia ada diperingkat sijil, diploma serta ijazah.

ipgjkk
IPG Kampus Kota Bharu

Kursus Ditawarkan

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) merupakan institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah.

Semua Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus (IPGK) dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya.

Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru.

Bakal-bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian.

Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Senarai Institut Pendidikan Guru Malaysia

Institut Pendidikan Guru Malaysia mempunyai 27 IPG Kampus cawangan tidak termasuk English Language Teaching Centre (ELTC) kerana ELTC ditadbir secara berasingan. Boleh dikatakan IPG Kampus mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia.

ipg
Logo IPG
  • IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
  • IPG Kampus Kota Bharu
  • IPG Kampus Pulau Pinang
  • IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
  • IPG Kampus Raja Melewar
  • IPG Kampus Batu Lintang
  • IPG Kampus Tuanku Bainun
  • IPG Kampus Sultan Abdul Halim
  • IPG Kampus Bahasa Melayu
  • IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
  • IPG Kampus Darulaman
  • IPG Kampus Perlis
  • IPG Kampus Ipoh
  • IPG Kampus Ilmu Khas
  • IPG Kampus Sultan Mizan
  • IPG Kampus Pendidikan Islam
  • IPG Kampus Pendidikan Teknik
  • IPG Kampus Temenggong Ibrahim
  • IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
  • IPG Kampus Tun Hussien Onn
  • IPG Kampus Rajang
  • IPG Kampus Sarawak
  • IPG Kampus Tun Abdul Razak
  • IPG Kampus Tawau
  • IPG Kampus Gaya
  • IPG Kampus Keningau
  • IPG Kampus Kent

9 buah IPG akan ditukar kepada 4 buah Politeknik, 4 buah Kolej Teknik dan Vokasional dan 1 pusat latihan TVET

  • IPG Gaya
  • IPG Keningau
  • IPG Temenggong Ibrahim
  • IPG Sultan Mizan
  • IPG Tun Abdul Razak
  • IPG Perlis
  • IPG Perempuan Melayu Melaka
  • IPG Tuanku Bainun
  • IPG Sultan Abdul Halim

Permohonan ke IPG Institut Pendidikan Guru

Kepada yang layak memohon boleh memohon untuk memasuki IPG ini pada setiap tahun. Namun yang demikian Ijazah yang diperolehi hanya sesuai untuk menjadi seorang guru.

Sekiranya berminat untuk menjadi seorang guru boleh memohon kursus di Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Boleh klik link di bawah untuk memohon ke IPG.

Keluaran IPG ini akan menghasilkan guru yang berkualiti. Hal ini kerana mereka akan di ajar pedagogi yang perlu digunakan untuk mengajar murid.

Kaedah-kaedah mengajar juga akan di dedahkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Pelajar-pelajar IPG juga akan dilatih dengan suasana sebenar di sekolah melalui Program Pengalaman Berasaskan Sekolah dan Praktikum.

DSC01450
Antara Aktiviti Pelatih IPG
SDC10673
Latihan Unit Beruniform di IPG
DSC02042
Aktiviti Luar Pelatih IPG

SGO berharap bakal guru yang lahir daripada IPG dapat meneruskan tanggungjawab sebagai guru dalam mendidik anak bangsa.

Tugas seorang guru memang mencabar namun sekiranya kita ikhlas dan minat mengajar sudah pasti tiada masalah yang akan timbul. Perasaan puas dan gembira akan timbul apabila anak didik kita berjaya dalam bidang yang diceburi.

Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sentiasa menyokong SGO dalam mendapatkan info terkini dan bahan-bahan pengajaran. Sokongan daripada semua penyebab kepada SGO masih berdiri teguh.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum