Hebat!!! Guru Kreatif hasilkan “Mini Studio”

UntitledDIA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hebat!!! Guru Kreatif hasilkan “Mini Studio”. Menjadi seorang guru perlu kreatif dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul. Guru perlu memikirkan cara yang sesuai dalam mengatasi masalah terutamanya apabila jauh di pedalaman.

7

Dunia sekarang semakin mencabar buat para guru di luar sana. Masalah kewangan yang timbul menjadikan perbelanjaan guru untuk sesuatu perkara menjadi terbatas. Namun yang demikian itu bukan alasan untuk guru tidak melakukan yang terbaik buat murid mereka.

Hal ini sering dirasai oleh guru pedalaman yang jauh daripada pekan. Segala masalah yang timbul harus diselesaikan menggunakan kreativiti sendiri. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Guru yang kreatif pasti dapat menyelesaikan masalah menggunakan cara sendiri.

 

Mini Studio Untuk mengambil Gambar Pasport

Sebelum ini admin pernah menulis mengenai kreatif seorang guru yang mengambil pasport untuk pendaftaran UPSR. Kali ini admin sekali lagi ingin menunjukkan usaha gigih seorang guru dalam membantu murid mereka.

Cikgu Afdzan merupakan guru keluaran Institusi Pendidikan Guru (IPG) Tun Hussein Onn. Penempatan pertama cikgu Afdzan ialah di sebuah sekolah Di Kapit, Sarawak. Perjalanan ke Kapit tiada melalui pengangkutan darat hanya menggunakan pengangkutan air sahaja. Guru Perlu menaiki bot ekspress selama 3 jam untuk sampai ke pekan Kapit daripada Sibu. Masalah pengangkutan ke pekan ini meyebabkan aktiviti guru terbatas.

6
Perjalanan menaiki bot ekspress

Cikgu Afdzan merupakan Setiausaha Peperiksaan di SK Nanga Ibau Kapit. Pada setiap tahun, setiausaha peperiksaan perlu mendaftarkan calon untuk menduduki peperiksaan UPSR. Disebabkan pekan jauh daripada sekolah, cikgu Afdzan perlu memikirkan cara untuk mengambil gambar pasport. Sekiranya menunggu gambar daripada murid sudah pasti proses pendaftaran akan menjadi lambat.

sk ng
SK Nanga Ibau

Buat pengetahuan pembaca, SK Nanga Ibau terletak di pinggir sungai sungai rajang. Perjalanan daripada SK Nanga Ibau ke pekan kapit mengambil masa selama satu jam menaiki perahu panjang atau perlu menunggu bot ekspress yang hanya ada pada jam 6 pagi. Hal-hal seperti ini menyukarkan guru dan murid untuk ke pekan.

pic 4
Pengangkutan ke SK Nanga Ibau

Bagi mengatasi masalah untuk mengambil gambar pasport, cikgu Afdzan telah mewujudkan mini studio di sekolah yang tidak perlu menggunakan kos yang tinggi. Usaha cikgu ini bagi membantu semua guru harus di puji. Ini membuktikan masih ramai guru yang ikhlas dalam membantu murid berjaya dalam kehidupan.

pic 1
mini studio

Hanya menggunakan sekeping papan biru dan papan putih, cikgu Afdzan dapat membuat gambar pasport yang sama dengan hasil di kedai gambar. Kamera yang memang sudah dimiliki merupakan satu kelebihan untuk melaksanakan projek ini. Tidak dinafikan memang kreatif guru ini dalam mengatasi pelbagai masalah.

5
Hasil gambar pasport

Inilah hasil daripada mini studio yang di reka oleh cikgu Afdzan. Gambar ini sama hasil sekiranya di ambil di kedai gambar. Cikgu Afdzan berjaya menyelesaikan masalah yang di hadapinya dengan begitu kreatif. Guru di luar sana perlu mencontohi cikgu ini dan boleh jadikan cara ini sebagai sumber inspirasi.

Sebenarnya tiada alasan yang guru perlu cari tetapi jalan penyelesaian yang harus difikirkan. Bagi guru di luar sana yang mengalami masalah yang sama, boleh tiru cara cikgu Afdzan ini. sekiranya tiada kamera yang mahal, guru juga boleh menggunakan kamera yang ada pada telefon pintar.

Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus menyokong kami.

kredit kepada Afdzan Hafizie

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum