Harga Kertas Naik, Guru Rasa Terbeban

harga kertas dan buku naik
harga kertas dan buku naik

Harga Kertas Naik, Guru Rasa Terbeban. Kenapa guru perlu rasa terbeban dengan harga kertas naik? Menjadi seorang guru bahan yang paling utama untuk proses pengajaran dan pembelajaran ialah kertas.

Guru perlukan kertas untuk fotokopi kerja-kerja yang hendak diberikan kepada murid. kenapa guru tidak guna kertas yang dibekalkan oleh kerajaan? Buat pengetahuan semua kertas yang dibekalkan tidak mengcukupi untuk menampung bahan-bahan yang hendak difotokopi untuk diberikan kepada murid. Oleh yang demikian, guru perlu menggunakan cara lain untuk mendapatkan dana membeli kertas.

Terdapat guru yang menggunakan wang sendiri dalam membeli kertas. Sekiranya tidak berbuat demikian guru akan mengalami masalah untuk memberi lembaran kerja kepada murid. Format KSSR perlu lembaran kerja yang banyak untuk menguji kefahaman murid bagi mengisi tahap penguasaan murid.

Guru yang mengajar UPSR juga akan turut terkesan dengan berita kenaikan harga kertas fotokopi ini. Hal ini kerana, ujian insentif perlu dibuat setiap masa dan memerlukan fotokopi kertas ujian berulang kali. Oleh yang demikian, guru perlu korbankan duit untuk membeli kertas atau meminta sumbangan daripada ibu bapa.

23
Contoh Kertas Fotokopi

Harga Kertas Fotostat Naik Lagi

SHAH ALAM – Harga kertas fotostat dan buku latihan dijangka naik lagi pada bulan depan, setelah melambung naik antara 10 hingga 20 peratus mulai bulan ini.

Menurut syarikat pemborong dan pembekal alat tulis kepada Nanyang Siang Pau, akibat nilai ringgit menyusut, kenaikan harga mentah dan kos pengangkutan, telah mendorong harga kertas import melambung naik, terutama kertas fotostat.

Bagi peniaga, untuk melariskan jualan, mereka cuba mengelak daripada menaikkan harga dan sanggup memperoleh keuntungan walaupun sedikit.

“Pada bulan April, harga alat tulis dan kertas fotostat telah pun naik. Kita akan jual stok lama mengikut harga lama, tetapi bila stok baharu masuk mulai bulan depan, kita terpaksalah jual ikut harga baharu,” kata seorang peniaga.

Manakala seorang pengusaha kedai alat tulis pula memberitahu akhbar ini, kertas fotostat (kertas A4) yang biasa digunakan kebanyakan orang dan sekolah, sudah tentu tidak dapat dielakkan daripada mengalami kenaikan harga kerana ia adalah barangan import.

“Akibat nilai ringgit turun dan kos pengangkutan semakin mahal, harga kertas A4 sudah tentu perlu naik. Kebanyakan alat tulis adalah diimport dari China. Selain kertas A4, buku latihan dan buku juga dijangka naik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian Online

Cara Mengatasi

Daripada berita di atas dapat disimpulakan bahawa harga kertas dan buku latihan akan terus mengalami kenaikan. Sebagai guru kita perlu fikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik bagi mengatasi masalah ini. Guru boleh mengurangkan penggunaan kertas dengan menggunakan kaedah soalan berbentuk digital di mana murid boleh jawab terus di komputer. Sebagai contoh penggunaan VLE Frog dalam memberi latihan atau kerja rumah.

234
Pembelajaran menggunakan komputer

Bagi sekolah yang tidak mempunyai kemudah komputer, guru boleh jimatkan kertas dengan murid berkongsi soalan. Adakan aktiviti kumpulan dan sediakan satu soalan bagi satu kumpulan. Hal ini dapat menjimatkan penggunaan kertas.

Selain itu, pihak sekolah perlu bekerjasama dengan ibu bapa untuk memperolehi bekalan kertas. Sebagai contoh, setiap keluarga menyumbangkan kertas kepada pihak sekolah atau meminta sumbangan ikhlas daripada ibu bapa untuk membeli kertas.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu berperanan dalam membantu mengatasi masalah ini. KPM perlu mencari jalan penyelesaian untuk memberi dana yang lebih bagi sekolah membeli kertas untuk kegunaan murid-murid dan pelajar-pelajar di sekolah.

Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terus menyokong kami. Sekiranya ada pandangan atau bahan yang hendak dikongsikan boleh berhubung dengan kami.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |