Guru dapat Memulihkan Murid Pemulihan Khas Dalam Masa Singkat

Guru dapat Memulihkan Murid Pemulihan Khas Dalam Masa Singkat
Guru dapat Memulihkan Murid Pemulihan Khas Dalam Masa Singkat

Guru dapat Memulihkan Murid Pemulihan Khas Dalam Masa Singkat. Kebolehan guru ini harus dipuji. Usaha gigih guru ini mencari teknik yang berkesan dalam mengajar murid pemulihan khas seharusnya di puji. Guru ini telah membuktikan teknik yang digunakan untuk murid menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira adalah berkesan.

Guru pemulihan khas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nitar 1, Roslee Abdul@Mohd, berpegang kepada prinsip bahawa tiada murid yang tidak boleh dididik. Beliau mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nitar selama 15 tahun sebelum mengambil keputusan memohon pertukaran ke sekolah rendah bagi mencari punca sebenar ramai pelajar di sekolah menengah yang tidak tahu membaca ketika itu.

Biodata Cikgu Roslee

Pengalaman Mengajar

Beliau pernah mengajar pelajar PMR dan SPM tahun 1990 hingga 2002 tapi telah menyedari ramai pelajar tingkatan 5 yang tidak tahu membaca dan menulis. Beliau telah membuat program pemulihan untuk tingkatan 1 dengan guna pelajar tingkatan 4 sebagai pembimbing tapi masih ramai pelajar yang tidak boleh membaca.

Atas kesedaran itulah beliau mohon tukar ke sekolah rendah kerana beliau mahu melihat permasalahan dari akar umbi dan cuba bantu merungkai sedaya boleh.Usaha ini sangat murni bagi mengkaji masalah sebenar murid sekolah menengah masih yang belum dapat menguasai 3M.

Dua Minggu Tidak Mengajar

Mengimbau detik minggu pertama ditugaskan ke kelas pemulihan khas di SK Nitar 1 pada 2006 iaitu setelah empat tahun berpindah ke sekolah itu, Roslee berkata, dua minggu pertama beliau memang buntu dan langsung tidak dapat mengajar.

“Selepas itu saya ikuti kursus demi kursus di luar dan kaji di sana sini cara untuk membantu anak-anak murid saya ini. Sampai saya belajar metafizik dengan anak lelaki saya untuk lihat ketepatan formula Inovasi Pemulihan Khas Linus Gelombang Kedua (i-PKsG2) ini,” katanya.

i-PKsG2 adalah cetusan idea Roslee sekitar dua tahun lalu bagi kaedah mengecam huruf, suku kata, perkataan dan rangkai kata secara pantas yang mempercepatkan proses membaca, memahami, menulis dan membentuk kemenjadian murid secara normal.

Bapa kepada empat anak ini memberitahu, melalui idea ini jugalah, lahirnya satu kajian olehnya yang mengilhamkan pembentukan peta bingkai menggunakan sistem tawaf.

“Saya buat kajian ini ke atas murid saya sendiri dan peserta bengkel yang saya jalankan. Dalam bengkel saya guna murid sebenar untuk guru melihat penyelesaian masalah secara terus dan bukannya simulasi. murid itu juga perlu diajar untuk mengecam dan memahami bukannya diajar menghafal serta mengingat semata-mata.” katanya.

Beliau melihat usahanya selama ini daripada mencipta suasana kelas yang selesa, penggunaan muzik serta pelbagai hasil kreativiti bagi mengubah persepsi umum terhadap guru pemulihan.

“Orang lain lihat guru pemulihan hanya duduk saja dalam kelas tapi sebenarnya kita berbeza kerana perlu guna pemikiran lebih daripada guru lain.Kalau lihat konsep kelas yang saya gunakan tidak sama dengan kelas harian biasa di mana pelajar mesti duduk di kerusi dan ada sebuah meja. Di kelas saya, mereka bebas nak bergerak dan saya sediakan banyak air putih. Mereka murid istimewa maka teknik dan kaedah mengajar juga perlu istimewa,” katanya.

Roslee mengajar murid mengecam dan memahami bukannya mengajar menghafal serta mengingat semata-mata.

Bersenam Sebelum Mulakan Kelas

Murid perlu melakukan senam pulih diiringi muzik bagi mengalirkan bekalan oksigen secukupnya sebelum sesi pembelajaran.

Roslee berkata, kesemua anak muridnya akan melakukan senam pulih diiringi muzik bagi mengalirkan bekalan oksigen secukupnya sebelum sesi pembelajaran.

“Kebiasaannya anak murid saya ambil masa dua hingga tiga bulan untuk kuasai 3M tapi jika murid yang ada masalah pembelajaran dan berciri pendidikan khas akan boleh baca dalam empat bulan.

“Saya tak bergerak sendiri sebaliknya saya libatkan ibu bapa, PIBG, masyarakat, guru lain, serta pihak sekolah. Alhamdulillah, sekolah kami menghasilkan pelajar yang celik ke sekolah menengah, tiada lagi yang buta huruf,” katanya.

Roslee turut melibatkan PIBG dan guru lain dalam kelasnya.
Roslee berkongsi rahsia dalam bilik darjahnya kepada murid di seluruh negara dalam program yang dianjurkan pihak tertentu.

Tiada alasan sebenarnya untuk guru berjaya dalam mendidik murid-murid. Seorang guru tidak boleh salahkan murid itu sekiranya mereka tidak berjaya tetapi perlu salah diri sendiri. Guru perlu mengkaji semula kaedah atau pendekatan yang telah digunakan. Mungkin kaedah yang digunakan tidak sesuai dengan mereka.

Guru perlu terus berusaha dan berusaha sehingga masalah dapat diselesaikan. Guru juga perlu berkolabari dengan guru-guru lain dan ibu bapa. Perkongsian idea daripada mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadikan semangat Cikgu Roslee ini sebagai dorongan untuk kita melakukan sesuatu perubahan.

Akhir kata, SGO mengucapkan tahniah kepada Cikgu Roslee atas usaha beliau dan kepada semua guru yang telah berjaya mendidik anak bangsa kita sehingga berjaya. SGO juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

Kredit to GPS Bestari

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.