
EPrasekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu portal khas untuk pendaftaran murid prasekolah atau tadika yang boleh diakses direct oleh ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka.
Paling terbaru ialah pendaftaran murid ke prasekolah bagi tahun 2018 yang mana permohonan atas talian melalui portal E-Prasekolah ini dibuka dari 1 Mac 2017 hinggalah 30 April 2017.
Login E-Prasekolah di sini
Login ePrasekolah
Login ke Sistem E-Prasekolah disini
Perbezaan EPrasekolah dengan APDM dan SMPK
Eprasekolah secara kasarnya mungkin admin boleh katakan berfungsi sebagai satu laman web pendaftaran murid ke prasekolah yang diisi sendiri oleh ibubapa. Manakala SMPK pula berfungsi sebagai satu sistem data maklumat murid selepas mereka didaftarkan kedalam sistem dan diterima.
SMPK ini diuruskan oleh para guru prasekolah atau tadika sama ada untuk mengemaskini data dan sebagainya. Begitu juga APDM atau dikenali sebagai Aplikasi Pangkalan Data Murid adalah sistem untuk mengemaskini data murid sekolah rendah dan menengah yang diurus tadbir oleh guru di sekolah.
KEMASKINI EPRASEKOLAH 2021 (rujuk di bawah ini)
Pengumuman Semasa Portal EPrasekolah
Pendaftaran Murid Prasekolah Sesi 2022
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2022 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2021 Hingga 31 Mei 2021.
Secara Dalam Talian (EPrasekolah)
- Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
- Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
- Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon
- Ibu bapa/penjaga perlu mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
- Ibu bapa/penjaga hendaklah menghantar borang permohonan yang lengkap diisi, berserta
- dokumen-dokumen berkaitan ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei.
Syarat Kelayakan Memohon
Berikut merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kemasukan ke prasekolah :
- Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak berumur 5+ (lahir 2 Januari hingga 31 Disember) dan 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) pada tahun persekolahan.
- Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari 2 Januari hingga 15 Januari) pada persekolahan.
Pemilihan Sekolah
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
Pemilihan MuridÂ
- Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.
- Keutamaan kepada murid yang berumur 5+
Semoga segala urusan ibu bapa untuk mendaftar masuk anak-anak ke prasekolah dipermudahkan hendaknnya.
Semakan Keputusan Permohonan
Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 bermula 5 Ogos 2021. Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021.
Bantuan Helpdesk Sistem EPrasekolah
Jika anda menghadapi sebarang masalah mengenai portak E-Prasekolah ini, anda boleh hubungi dengan segera bahagian helpdesk seperti berikut.
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
- Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
- Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
Atau sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat
- eprasekolah@moe.gov.my