eNazir Sistem Maklumat Penaziran

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
enazir-login
eNazir Sistem Maklumat Penaziran

eNazir ini sebenarnya turut dipanggil sebagai Sistem Maklumat Penaziran yang telah diwujudkan sebelum ini lagi. Sistem eNazir ini telah menjadi jemaah kualiti yang sangat penting didalam sistem pendidikan negara.

Ini selaras dengan NKRA Pendidikan negara “Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan”. Kewujudan eNazir dilihat satu lagi usaha Kementerian Pendidikan Malaysia KPM untuk memastikan fokus NKRA negara dapat dicapai.

Login eNazir

enazir-login

Login eNazir

Login ke Sistem Maklumat Penaziran

LoginID dan Katalaluan adalah case-sensitive. ID Pengguna sila gunakan HURUF BESAR.
Katalaluan mengikut perubahan yang telah dilakukan. Sekiranya tiada sebarang perubahan pernah dibuat, sila gunakan katalaluan default yang telah diberi.

Seksyen 19. Perlantikan dan Tugas Nazir

  • ENAKMEN 10 TAHUN 1996
  • ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996
  • BAHAGIAN VI – NAZIR SEKOLAH

(1) Majlis hendaklah melantik beberapa orang sebagai Nazir yang difikirkan perlu bagi maksud Enakmen ini.

(2) Semua Nazir yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Pendaftar dan hendaklah mempunyai tugas-tugas yang berikut:

  • untuk menjalankan pemeriksaan ke atas sekolah dari semasa ke semasa dalam semua aspek, termasuk kurikulum pendidikan, pengajaran atau latihan, mengadakan peperiksaan, menjalankan program latihan guru atau aktiviti lain yang diadakan, penggunaan buku teks, kelayakan dan prestasi kakitangan sekolah itu;
  • menentukan sama ada kehendak-kehendak Enakmen ini dan Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya dan arahan-arahan serta garis panduan daripada Majlis dan Pendaftar dipatuhi;
  • memeriksa akaun wang dan memastikan yang di disenggarakan dengan sepatutnya dan segala penerimaan wang dan perbelanjaan yang dibuat ditunjukkan di dalamnya dan diakaunkan dengan sempurna dan butir-butir penerimaan wang dan perbelanjaan yang dibuat itu adalah mengikut kehendak-kehendak Enakmen ini dan Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya atau arahan Pendaftar;
  • memeriksa minit mesyuarat Jemaah dan memastikan bahawa prosedur di bawah seksyen 14 telah dipatuhi; dan
  • menjalankan apa-apa pemeriksaan atau siasatan yang lain, berhubungan dengan sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis atau Pendaftar.

(3) Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Pendaftar tentang sekolah yang diperiksanya dan boleh membuat apa-apa ulasan yang difikirkannya sesuai pada laporan itu.

(4) Laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) adalah dokumen sulit tetapi Yang Dipertua, boleh menurut budibicaranya atas permohonan bertulis membekalkannya kepada Jemaah yang berkenaan.

(5) Bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah Enakmen ini, seorang Nazir boleh dibantu oleh mana-mana pegawai atau kakitangan Majlis.

Masalah atau Soalan Lazim Mengenai eNazir

Soalan 1
Kenapa pihak sekolah tidak dapat akses ke sistem e-Penarafan?
Jawapan
LoginID dan Katalaluan adalah case-sensitive.
ID Pengguna sila gunakan HURUF BESAR.
Katalaluan mengikut perubahan yang telah dilakukan. Sekiranya tiada sebarang perubahan pernah dibuat, sila gunakan katalaluan default yang telah diberi. 
Soalan 2
Apa yang harus saya lakukan bila sistem auto log off?
Jawapan
Auto log off bertujuan mengurangkan kesesakan sistem apabila ramai pengguna yang online tetapi tidak aktif.
Anda hanya perlu login sekali lagi menggunakan ID pengguna dan katalaluan yang sama.
Soalan 3
Bilakah PKS-SKPM perlu dilaksanakan?
Jawapan
Pengumpulan data dan maklumat bagi PKS-SKPM dijalankan secara berterusan sepanjang tahun manakala keputusan PKS-SKPM perlu dikemukakan sekali setahun, iaitu selepas semua keputusan peperiksaan awam tahun semasa diumumkan. Tempoh penghantaran keputusan PKS-SKPM akan ditetapkan bagi setiap tahun .
Soalan 4
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah selepas melaksanakan PKS-SKPM?
Jawapan
Pihak sekolah perlu mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan isu yang terdapat di sekolah berdasarkan data dan maklumat PKS-SKPM. Seterusnya, pihak sekolah perlu merancang dan mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan.
Soalan 5
Apakah implikasi sekiranya pihak sekolah tidak melaksanakan PKS-SKPM?
Jawapan
Sekiranya PKS-SKPM tidak dilaksanakan, pihak sekolah tidak dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan, isu dan taraf sekolah berdasarkan standard yang ditetapkan dalam SKPM. Selain itu, sekolah tersebut juga tidak akan disenaraikan dalam ranking sekolah seluruh negara.
Soalan 6
Adakah sekolah yang baru ditubuhkan dan belum mempunyai rekod keputusan peperiksaan awam perlu melaksanakan PKS-SKPM?
Jawapan
Sekolah berkenaan perlu melaksanakan PKS-SKPM. Skor bagi peperiksaan awam dianggap sebagai tidak berkenaan. Bagi sekolah yang beroperasi kurang daripada enam bulan, PKS-SKPM tidak perlu dilaksanakan bagi tahun tersebut. 
Soalan 7
Siapakah yang menilai kepimpinan sekolah dalam Standard 1 (Kepimpinan dan Hala Tuju)?
Jawapan
Penilaian dilakukan secara kolektif oleh Jawatankuasa PKS-SKPM.
Soalan 8
Bagaimanakah Standard 1 (Kepimpinan dan Hala Tuju) dinilai sekiranya sekolah tidak mempunyai pengetua/guru besar atau pengetua/guru besar baru berkhidmat di sekolah tersebut?
Jawapan
Sekiranya sekolah tiada pengetua/guru besar atau pengetua/guru besar yang tempoh perkhidmatannya kurang daripada enam bulan dalam tahun semasa, maka sesiapa yang dilantik menjalankan tugas pengetua/ guru besar yang melebihi enam bulan akan dinilai. Dalam keadaan tiada sesiapa yang menjalankan tugas dalam tempoh mencapai enam bulan, maka sesiapa yang menjalankan tugas pengetua/ guru besar paling lama akan dinilai.
Soalan 9
Apakah perbezaan antara Aspek 3.2.4 (Pengurusan Program Sukan Untuk Semua) dan Aspek 3.2.5 (Pengurusan Sukan Untuk Kecemerlangan)?
Jawapan
Aspek 3.2.4 meliputi pengurusan setiap unit dalam komponen sukan dan permainan manakala Aspek 3.2.5 melibatkan pengurusan pasukan sekolah untuk penyertaan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Soalan 10
Bagaimana untuk menentukan bilangan guru yang mengajar dalam menu setup e-Penarafan?
Jawapan
Bilangan guru dalam menu setup e-Penarafan ditentukan berdasarkan jumlah guru yang mengajar secara berjadual.
Soalan 11
Adakah penilaian pembelajaran dan pengajaran (P&P) semua guru diambil kira dalam Standard 4?
Jawapan
Penilaian P&P setiap guru yang mengajar termasuk pengetua/guru besar, guru penolong kanan (GPK), guru kontrak dan guru sandaran tidak terlatih (yang telah mengajar melebihi 12 minggu bekerja) berasaskan pencerapan P&P hendaklah diambil kira dalam Standard 4. Guru Bimbingan Sepenuh Masa (sekolah rendah) dan Guru Kaunseling Sepenuh Masa (sekolah menengah) yang tidak mengajar tidak diambil kira dalam pemberian skor untuk Standard 4.
Soalan 12
Sekiranya P&P seseorang guru dicerap melebihi sekali dan melibatkan mata pelajaran berlainan, skor manakah yang diambil kira?
Jawapan
Skor yang diambil kira ialah skor tertinggi bagi mata pelajaran yang bilangan waktunya paling banyak diajar oleh seseorang guru.
Soalan 13
Bagaimanakah P&P pengetua/guru besar dinilai?
Jawapan
Penilaian P&P pengetua/guru besar boleh dilaksanakan secara penilaian kendiri atau berdasarkan pencerapan oleh GPK.
Soalan 14
Adakah guru yang telah dinilai P&P tetapi bertukar atau berhenti dalam tahun dinilai diambil kira dalam bilangan guru yang dicerap?
Jawapan
Penilaian P&P guru tersebut masih diambil kira kerana guru tersebut turut menyumbang kepada kemenjadian murid.
Soalan 15
Apakah yang perlu dinyatakan dalam justifikasi bagi skor 6?
Jawapan
Pernyataan justifikasi bagi skor 6 boleh mengandungi unsur kreativiti, inovasi, atau keunikan bagi kriteria kritikal aspek berkenaan yang boleh meningkatkan kecemerlangan sekolah dan sesuai ditanda aras oleh sekolah lain.(peringatan: skor 6 diperoleh jika semua deskripsi skor 5 dipenuhi)
Contoh pernyataan justifikasi bagi Aspek 1.7 (Kepimpinan Instruksional) :
Sekolah telah membangun dan menggunakan perisian e-pencerapan sebagai mekanisme untuk memperoleh, menganalisis dan memberi maklum balas hasil pencerapan terhadap semua guru secara cekap dan berkesan. Perisian ini telah mendapat pengiktirafan dan sedang dalam proses untuk diperluaskan penggunaannya ke sekolah-sekolah lain.
Soalan 16
Kesukaran Membuat Perakuan Sekolah
Jawapan
1.    Sila semak konfigurasi (setup) : pastikan bilangan Guru Mengajar, Panitia Mata Pelajaran, Kelab/ Persatuan Akademik, Badan Beruniform, Kelab Sukan/ Permainan sama dengan bilangan yang diisi dalam aspek berkenaan.
2.    Pastikan semua guru yang mengajar di sekolah berkenaan diberi skor dalam Standard 4.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>