Dapatkan Contoh Buku Program

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

buku-program
buku-program

Dapatkan contoh buku program Di sini. Buku Program merupakan satu bahan yang penting dalam menganjurkan sesuatu program. Dalam buku program terkandung semua maklumat mengenai program yang dijalankan.

Buku Program juga perlu di buat dengan menarik dan teliti. Buku program yang menarik akan memberi impak yang besar kepada penganjuran program. Daripada buku program kita sudah dapat menilai keberkesanan program yang dijalankan.

Namun yang demikian guru perlu mempunyai ilmu dalam membuat buku program. Guru boleh mencari cara yang betul dalam membuat buku program. Sekiranya guru tidak mempunyai ilmu dalam membuat buku program pasti masalah akan timbul.

Cara-cara Membuat Brosur dan Buku Program Menggunakan Microsoft Word :

Brosur

  1. Pastikan anda membuat perancangan dengan membuat rangka brosur secara kasar terlebih dahulu
  2. Pastikan anda mempunyai tajuk topik yang jelas, cathcy slogan, maklumat atau idea yang penting serta grafik-grafik yang berkaitan/bersesuaian dengan topik
  3. Brosur mestilah diurus dengan baik dan gunakan tema atau skim warna yang cantik serta menarik
  4. Berikut ialah cara-cara untuk membuat brosur melalui Microsoft Word:
  • buka microsoft word
  • set up page : File -> Page Setup -> Paper Size ->Landscape
  • set up columns : klik pada colum icon di atas tool bar, highlight 3 columns
  • set margins : File -> Page Setup -> Margins [ set top, bottom, right and left ]
  • mula menaip brosur

Buku Program

  1. Sebelum membuat buku program tanpa template, page tersebut mestilah ditetapkan terlebih dahulu
  2. Ini adalah untuk memastikan layout yang dicetak adalah sama di dalam komputer
  3. Berikut ialah cara-cara membuat buku program melalui microsoft word:
  • klik FILE > PAGE SETUP
  • di MARGINS tab, klik pada MULTIPLE PAGES and pilih BOOK FOLD
  • tukar margins untuk sesuaikan dengan buku program. contohnya, .5″ adalah saiz margin yang sesuai
  • mula cipta buku program, pastikan muka surat pertama adalah cover sheet, dan muka surat terakhir adalah back cover

Dapatkan Contoh Brosur dan Buku Program


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download :

Guru-guru boleh dapatkan contoh brosur dengan buku program dengan muat turun di link disediakan. Guru boleh ubah kandungan program mengikut kesesuaian program. Guru tidak lagi perlu memikirkan cara untuk membuat buku program kerana SGO telah membuat bahan yang boleh di edit.

Guru-guru boleh kongsikan bahan ini kepada semua guru di luar sana. Banyak guru yang memerlukan bahan ini. Perkongsian daripada semua guru dapat membantu dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.

Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong SGO. Sokongan daripada semua amat diperlukan oleh kami.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum