Contoh RESUME Terbaik yang boleh disunting. Perkongsian kali ini adalah lebih bersifat terbuka.
Kami akan berkongsikan panduan terbaik bagaimana menghasilkan Resume ataupun ‘CV’ bagi tujuan permohonan kerja.
Sebagaimana yang kita ketahui, di antara perkara yang paling penting dalam memohon sebarang pekerjaan atau pendidikan adalah penyediaan resume yang padat dan impak penulisan yang kukuh isinya.
Panduan Menulis Resume
Panduan yang bakal dikongsikan ini merupakan pengalaman sendiri admin SGO dalam menyediakan Resume.
Bukan sahaja bagi permohonan guru, panduan ini boleh digunakan pada sebarang permohonan pekerjaan atau sambung belajar.
Seperti mana yang kita ketahui, berikut merupakan laman web yang boleh dipercayai di mana ianya mengiklankan pekerjaan pekerjaan kosong di luar sana;
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam – bagi sektor awam
- Jobstreet – bagi sektor swasta
- JobsMalaysia
- MauKerja
- Sebarang laman web agensi GLC – umpamanya TNB, Syabas, KTM Berhad, Prasarana, dll.
Panduan Membuat Resume Terbaik A – Z
Untuk membina resume yang terbaik, subjek yang telah diperkenalkan dalam gambar diatas adalah aspek yang sangat penting untuk dalam resume.
Sebelum itu, harus diingat bahawa tips ini terguna pakai bagi permohonan kerja peringkat awal sahaja.
Contohnya anda merupakan lepasan diploma, ijazah sarjana muda, ataupun pekerjaan yang memerlukan pengalaman kurang dari 3 tahun.
2 hingga 3 Muka Surat Sahaja
Perkara terutama dalam membina resume adalah luaran resume itu tersendiri. Panel Temuduga sudah tentu bosan dengan penulisan resume yang berpanjangan dan penuh perkataan perkataan yang tidak penting.
Oleh itu, SGO akan berkongsikan cara penulisan dan pemilihan markah markah yang penting dalam membina resume.
2. Profil Foto Yang Sopan dan Kemas
Gambar peribadi anda menzahirkan keterampilan anda. Sekiranya gambar yang diguna pakai tidak meyakinkan, panel temuduga sudah tentu menendang permohonan kerja anda.


3. Penggunaan Email Peribadi yang Formal
Cuba bayangkan anda adalah sumber manusia sesebuah syarikat. Email pemohon manakah yang anda merasakan sesuai untuk disenarai pendek?
gadisbeautyct223@gmail.com iaitu email yang tidak matang ataupun sitimusfirah@gmail.com? Sudah pasti email kedua kerana ianya menggambarkan keseriusan anda untuk melakukan kerja nanti.
4. Objektif Resume yang Jelas dan Spesifik
Setiap Resume yang dihantar haruslah bersesuaian dengan permohonan kerja yang diinginkan. Jika objektif anda terlalu umum, panel sumber manusia mungkin mengganggap anda ‘pemalas’ dan hanya membuat kerja copy dan paste sahaja.
Oleh itu, kita kenalah rajin mengemas kini objektif permohonan agar menepati dan menggambarkan keazaman kita dalam mendapatkan kerja.
Contoh yang baik;
Objektif : Memohon Posisi Junior Eksekutif Akauntan dalam bidang Jual Beli Hartanah
Contoh yang kurang baik;
Objektif : Memohon Posisi Akauntan
5. Maklumat Peribadi Yang Berkenaan Sahaja
Antara maklumat yang penting bagi diliputi dalam resume anda adalah.
Nama, Email, No Telefon Bimbit, Alamat, No Kad Pengenalan, dan Lesen. Setiap maklumat ini merupakan cara membolehkan bakal majikan menghubungi anda.
Manakala Lesen adalah subjektif. Sekiranya pekerjaan anda memerlukan pengangkutan yang kerap penyataan lesen adalah begitu penting.
6. Senarai Pencapaian Akademik Tertinggi Dahulu
Penggunaan ruang dalam resume adalah amat penting. Anda tidak perlu menyenarai segala pencapaian akademik anda. Antara kesilapan pemohon umpamanya menyenarai pencapaian akademik dari UPSR hingga Ijazah.
Selain itu, pastikan kita meletakkan pencapaian tertinggi dahulu lalu diikuti pencapaian yang terkemudian.
Sebagai contoh, Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Matrikulasi, SPM. Tiga pencapaian sudah mencukupi.
Untuk senarai subjek, tidak perlu dimasukkan ke dalam resume kerana ianya bukan maklumat penting yang ingin diketahui oleh penganalisa resume anda.
Selain itu, jika keputusan yang diperolehi baik maka anda boleh meletakkan spesifik pointer tersebut. Jika tidak cukup sekadar nama sijil diperolehi dan mana intitusi yang telah dihadiri.
7. Penggunaan Kata Kunci yang Betul
Panduan ini amat penting apabila tiba bahagian memberi penerangan luar akademik anda. Elakkan menyenarai kesemua aktiviti anda sebaliknya merumuskan pencapaian tersebut dalam perkataan yang menarik.
Seterusnya kuatkan perkataan tersebut dengan pemilihan kata kunci yang ‘di BOLD‘ sebagaimana contoh.
Contoh tidak sesuai dalam resume;
2016
- AJK Khidmat Masyarakat di Komuniti Kuantan
- Pengerusi Majlis Tindakan Siswa Negeri Perak
- Marathon Peringkat Universiti
- Menyertai Pertandingan Tarik Tali
- Persembahan Pancaragam Minggu Mesra Pelajar
2015
- Bendahari Majlis Makan Malam Fakulti Pengajian
- Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan
- AJK Minggu Mesra Pelajar UMT
- Pengusaha Gerai Peribadi sempena minggu usahawan berjaya
Bagi senarai yang sama diatas, resume yang baik tidak perlu menyenarai kesemua bahan ini. Anda boleh ringkaskan dan jadikan ianya matang dan menarik seperti berikut.
Contoh Terbaik dalam Resume;
- Ketua Pengarah Mahasiswa Majlis Tindakan Siswa Universiti, 2016.
- Fasilitator Brainstorming bagi Program Khidmat Masyarakat Komuniti Kuantan, 2015.
- Wakil kolej bagi Marathon tahunan Peringkat Universiti, 2014 – 2016.
- Perancang Terperinci dan Pelaksanaan Jualan Gerai A – Minggu Usahawan UMT, 2015
Jadi dengan pengolahan dan sedikit ubah suai ini, resume anda kini sangat tinggi impaknya dan membuatkan panel sumber manusia tertarik dengan kebolehterampilan anda dalam menyediakan kerja kerja yang bermutu tinggi.
Pada aspek terakhir, segala aspek yang telah dikongsikan juga bertujuan untuk menghasilkan resume anda yang ringkas dan padat.
Sistem Guru Online, kini ingin juga berkongsikan template yang bagus untuk membuat Contoh Resume.
Ianya sangat ringkas dan padat. Walaupun pencapaian yang sederhana, dari tips resume ini insyallah akan membantu anda tersenarai pendek bagi tujuan temuduga nanti.
Perbezaan Resume, CV, dan CL
Untuk makluman semua. terdapat perbezaan yang ketara antara resume, curriculum vitae (CV) dan cover letter (CL). Ketahui lebih lanjut perbezaannya dengan mendapatkan contoh pada pautan artikel di bawah ini.
Dapatkan Contoh Resume boleh disunting di sini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘Microsoft Words‘
Download :Â Contoh Resume Terbaik
Link Download Alternatif
Dalam mendirikan Resume, harus diingat bahawa penulisan anda wajib jujur dan kreatif. Sebarang penipuan dalam resume hanya akan memerangkap anda di kemudian hari. Oleh itu gunakan sampel perkongsian ini sebaiknya.
Semoga perkongsian kali ini membantu dan membawa manfaat kepada pemohon-pemohon kerja di luar sana.