Contoh Minit Mesyuarat BOLEH DIEDIT

Contoh Minit Mesyuarat
Contoh Minit Mesyuarat

Contoh Minit Mesyuarat BOLEH DIEDIT. Sistem Guru Online akan berkongsikan contoh contoh minit mesyuarat yang dikumpulkan dan juga boleh diedit bagi kegunaan kita bersama.

Biasanya kita tidak mahu meluangkan terlalu banyak masa dalam membuat draf dan melengkapkan minit mesyuarat.

Contoh yang dikongsikan kami juga merupakan minit mesyuarat yang selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi mencapai objektif sedemikian, kita seharusnya mempunyai sumber dan rangka yang pelbagai dalam sampel sampel minit mesyuarat berkenaan supaya ubah suai yang perlu dilakukan adalah minima sahaja.

Oleh disebabkan itu, hubungan antara sampel minit mesyuarat akan dikumpulkan oleh SGO selengkap yang boleh agar memudahkan pengurusan penyediaan minit mesyuarat anda nanti.

Jenis Jenis Contoh Minit Mesyuarat

Dalam Sistem Pendidikan di Sekolah, terlalu pelbagai mesyuarat yang bakal diadakan. Dikesempatan ini, SGO akan menyediakan bahan contoh boleh diedit bagi jenis contoh minit mesyuarat berikut ;

  1. Format Minit Mesyuarat ‘blank’
  2. Format Minit Mesyuarat SK Bandar
  3. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
  4. Minit Mesyuarat PIBG
  5. Minit Mesyuarat Kokurikulum
  6. Minit Mesyuarat Staf
  7. Minit Mesyuarat Sukan
  8. Minit Mesyuarat Panitia Subjek
  9. Minit Mesyuarat Guru
  10. Minit Mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
  11. Minit Mesyuarat Pengurusan

Dapatkan Contoh Minit Mesyuarat boleh diedit disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘Words’ dan juga ‘PDF’

Download : 

CONTOH FORMAT MINIT MESYUARAT

CONTOH FORMAT MINIT MESYUARAT SK BANDAR

CONTOH MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KURIKULUM 

Contoh Minit Mesyuarat SK Sg Rokam

Contoh Minit Mesyuarat UBK Kali 1

Contoh Minit Mesyuarat Sukan

Contoh MINIT-MESYUARAT-GURU-KALI

CONTOH MINIT MESYUARAT PENGURUSAN

Contoh Minit Mesyuarat Guru Pertama Tahun 

CONTOH MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 

CONTOH MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Link Post bagi Contoh Minit Mesyuarat Lain : 

Koleksi Minit Mesyuarat

Bahan bahan yang boleh didapati dari Posting ini adalah

  • Minit Mesyuarat Staf
  • Minit Mesyuarat Kokurikulum
  • Minit Mesyuarat Panitia Matematik
  • Minit Mesyuarat Sukan

 

Panduan dan Tips Membina Minit Mesyuarat

SGO juga ingin berkongsikan tips dan panduan membuat minit mesyuarat secara ringkas dan mudah seperti berikut.

1. Format Minit Mesyuarat yang umum

Sebelum kita ingin membina atau melengkapkan minit mesyuarat, amatlah baik jika kita sudah mempunyai format minit mesyuarat yang kosong ataupun ‘blank format’.

2. Contoh Minit bagi edisi terdahulu

Pembinaan Minit Mesyuarat biasanya tidak terlalu berbeza dan tidak memerlukan kosmetik yang tinggi dalam rekabentuknya.

Ini kerana, kita mahukan kandungannya ringkas dan melengkapi minit yang telah dibincangkan dan tindakan yang harus diambil.

Minit Mesyuarat tiada had dalam meletakkan bilangan patah perkataan. Sekiranya mesyuarat yang diadakan itu panjang, maka panjanglah minit tersebut.

Berbalik kepada minit mesyuarat bagi acara yang agak sama, isi perbincangan juga biasanya tidak begitu berbeza untuk diletakkan dalam minit tersebut.

Biasanya, hanyalah nama, tindakan yang lebih spesifik dan tarikh yang memainkan peranan penting.

Oleh sebabkan itu, SGO cuba mengumpulkan sebanyak mungkin kepelbagaian minit mesyuarat pada posting ini agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh sahabat guru sekalian.

3. Tindakan Lanjutan

Biasanya kita seharusnya menyediakan tindakan lanjutan pada setiap isi kandungan utama dalam minit mesyuarat. Kecuali bahagian kedatangan.

Sekiranya tiada tindakan berkenaan, maka cukup sekadar meletakkan ‘Untuk Makluman’ pada bahagian Tindakan yang harus diambil.

4. Bahagian Pengesahan.

Disini juga bahagian yang penting dalam minit mesyuarat. Nama guru yang terlibat dalam menyediakan minit mesyuarat patutlah dikenalpasti dari awal agar tandatangan mudah didapati secepat yang mungkin.

Selain itu, pastikan bahagian tandatangan selengkapnya pada satu helaian muka surat contohnya bahagian disahkan oleh, dengan nama orang yang berkenaan beserta jawatannya bukan pada helaian muka surat yang berlainan.

Sekian sahaja perkongsian kami dalam posting kali ini. Sila sebarkan sekiranya para guru menemui bahan ini bermanfaat kepada semua. Sekian Terima kasih.

sumber : http://nurhaizachemat.blogspot.kr/2016/01/minit-mesyuarat-ubk-kali-1-2016.html

sumber : http://myhanamaisarah.blogspot.kr/2015/01/minit-mesyuarat-panitia-bi-kali-pertama.html

sumber : http://skstmarkperai.blogspot.kr/2013/05/sekolahkebangsaan-st-mark-perai.html

sumber : http://setiausahasekolah.blogspot.kr/2012/12/contoh-minit-mesyuarat.html

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistem guru online