Carta Organisasi Kelas & Peranan Ahli Jawatan Kuasa

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Carta Organisasi Kelas
Carta Organisasi Kelas

Carta Organisasi Kelas perlu dibentuk oleh guru kelas pada awal sesi persekolahan. Pembentukan AJK Kelas boleh dilakukan secara demokrasi. Murid-murid boleh memilih kawan-kawan mereka yang difikirkan layak untuk memegang jawatan di dalam kelas.

Bagi sekolah rendah mungkin agak sukar untuk lakukan secara demokrasi. Guru kelas perlu memilih mengikut kebolehan dan disiplin murid. Kebiasaanya guru kelas yang akan memilih jawatan di dalam kelas. Walaupun sekolah rendah, murid perlu dilatih memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Bagi sekolah menengah, guru kelas boleh membuat lantikan secara undian. Pelajar-pelajar boleh memilih rakan-rakan mereka yang layak untuk memegang jawatan di dalam kelas. Peluang perlu diberi kepada murid yang masih belum ada jawatan di sekolah. Guru kelas juga perlu menapis dahulu keputusan yang diperolehi bagi memastikan tidak silap memilih pelajar.

Antara jawatankuasa yang perlu ada di dalam kelas ialah ketua kelas, penolong kelas, setiausaha, bendahari dan Ahli Jawatankuasa Kelas. Bagi sekolah yang mempunyai murid yang sedikit terutamanya sekolah rendah di bahagian pedalaman, cukuplah melantik jawatankuasa yang penting seperti ketua kelas dan penolong ketua kelas. Semua keputusan bergantung kepada pihak sekolah.

Contoh Carta Organisasi Kelas

carta organisasi kelas
carta organisasi kelas

Di atas , admin Sistem Guru Online kongsikan contoh carta organisasi bagi sekolah menengah. Sekolah rendah juga boleh membuat carta seperti di atas sekiranya murid ramai. Kedudukan jawatan perlu betul mengikut bidang kuasa. Guru kelas boleh lebih kreatif untuk menghias carta organisasi ini supaya lebih menarik.

carta organisasi kelas
carta organisasi kelas

Ini pula contoh carta organisasi bagi sekolah rendah. tidak banyak jawatan yang perlu dibentuk. Ketua kelas dan penolong kelas wajib dilantik bagi mengawal kelas sewatu ketiadaan guru. Namun yang demikian, bagi tahap satu tidak boleh mengharap kepada murid sepenuhnya kerana mereka belum dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.

Peranan Ahli Jawatankuasa Kelas

  1. Ketua Kelas
  • Menjadi ketua di dalam kelas iaitu orang yang bertanggugjawab terhadap kelasnya
  • Memberi arahan kepada anggota ahli jawatankuasa kelas
  • Sebagai penyampai maklumat daripada guru kelas kepada ahli kelas
  • Mengetuai perbincangan dan membuat keputusan
  • Mengetuai memberi salam kepada guru yang masuk ke dalam kelas
  • Memastikan kelas sentiasa berada di dalam bersih dan kemas
  • Melaporkan kepada guru kelas atau guru lain sekiranya terdapat sebarang masalah
  • Memaklumkan kepada guru kelas kehadiran harian

2. Penolong Ketua Kelas

  • Membantu kerja ketua kelas
  • Menggantikan tugas ketua kelas semasa ketiadaannya

3. Setiausaha

  • Mencatatkan segala maklumat dalam mesyuarat kelas
  • Membuat kerja yang diminta oleh guru kelas atau guru lain

4. Bendahari

  • Mengutip wang kelas bagi setiap bulan
  • Memegang wang kelas atau diserahkan kepada guru kelas

Guru kelas boleh membuat carta organisasi dengan kreatif dan di letakkan di dalam kelas. Carta ini perlu dimaklumkan kepada murid dan perlu diterangkan apa bidang tanggungjawab mereka. Guru kelas perlu menampal di papan keyataan di hadapan kelas dan perlu sentiasa mengingati murid mengenai carta ini dan bidang tanggungjawab mereka.

Kelas bercirikan abad ke 21 perlu mempunyai carta organisasi kelas ini. Sekiranya tiada, ciri-ciri kelas abad ke21 tidak sempurna. Guru boleh kongsikan bahan ini kepada semua guru di luar sana. Perkongsian daripada semua sangat diperlukan oleh mereka.

Akhir kata SGO mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiaa menyokong SGO. Semoga Pendidikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju di luar sana.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum