Cara Semak Saman

Cara Semak Saman
Cara Semak Saman

Cara Semak Saman yang mudah untuk sesiapa yang terlalu sibuk untuk pergi ke Balai Polis atau JPJ. Dunia sekarang semua hanya di hujung jari. Aplikasi seperti ini sangat membantu kepada golongan yang terlalu sibuk dengan kerja harian seperti guru.

Guru hanya perlu mempunyai internet untuk membuat semakan saman. Walaupun kita tidak pernah di saman secara langsung tetapi kita perlu sentiasa membuat semakan dari semasa ke semasa. Saman juga diberikan secara kita sedar melalui kamera yang tersembunyi.

Ada beberapa cara semakan saman trafik PDRM dan JPJ boleh dibuat atas talian.

Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui MyEG

1. Sila Masuk ke laman web http://www.myeg.om.my
2. Sebelum anda  menggunakan perkhidmatan ini, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu.
3. Selepas pendaftaran selesai, anda bolehlah login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
4. Selepas itu pilih semakan saman yang anda ingin lihat.
5. Anda boleh terus membuat bayaran mana yang ingin anda lakukan.

Untitled
MyEG

Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui Sistem Rilek e-services

1. Masuk ke laman web : https://www.rilek.com.my/rilek/users/login                                  2. Daftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
3. Selepas daftar barulah anda login menggunakan nama dan kata laluan anda.
4. Semak saman melalui menu yang diberikan.
5. Selain itu, anda boleh membuat bayaran terus melalui pekhidmatan perbankan online seperti maybank2u, cimbclick dan rhbonline.

Untitled 3

Semak Saman Melalui JPJ

Laman semakan khas yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini pula hanyalah khas untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ. Ini bermaksud, anda tidak boleh menyemak saman seperti PDRM dan polis trafik. Cara semakan melalui portal JPJ adalah seperti berikut:
1.Masuk ke laman web: http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
2.Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No kad Pengenalan sekali.
3.Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih  pilihan lain yang berkenaan dengan anda.
4.Selepas itu masukkan captcha (kod keselamatan)
5.Dan Klik Semak.
6.Paparan semakan adalah seperti di bawah ini

O
Isi maklumat

Semakan melalui portal ini juga bolehlah dikatakan sebagai semakan yang tidak memerlukan anda mendaftar seperti semakan pada portal lain. Cara ini lebih mesra pengguna untuk semakan saman melalui portal ini. Kekurangannya adalah melalui cara ini kita hanya boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

Semak Saman Polis Melalui SMS

Selain melalui online, anda  juga boleh menggunakan  sistem pesanan ringkas (SMS).Cara semakan melalui SMS adalah seperti berikut:

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]pada telefon anda dan hantar SMS ke 15888atau 32728.
  2. Di bawah ini ditunjukkan infografik cara semakan saman trafik, JPJ dan PDRM secara sistem pesanan ringkas.
H
Cara SMS

3. Contoh POLIS SAMAN 891020103453 atau  POLIS SAMAN JHT4231

Diatas beberapa cara yang sangat mudah untuk semak saman. Guru-guru tidak perlu lagi untuk ke JPJ atau Balai Polis untuk membuat semakan. Masa akan lebih jimat dan kita tidak akan lewat untuk membayar saman.

Mengenai pengurangan bayaran saman, pihak JPJ telah memberi penerangan di laman web rasmi mereka berkenaan hal ini. Mereka menyatakan bahawa saman yang dikenakan tidak boleh dikurangkan jumlah bayarannya.

Selamat menyemak saman trafik PDRM dan JPJ  anda. Semoga anda dapat membayar saman tanpa sebarang masalah dan seterusnya dapat mengelakkan anda daripada dimasukkan ke dalam senarai blacklist daripada Polis di Raja Malaysia dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).