Panduan Cara Ganti Puasa dan Puasa Enam Syawal.

Cara Ganti Puasa
Cara Ganti Puasa

Perkongsian Tentang Cara Ganti Puasa dan Puasa Enam Syawal. Assalamualaikum kepada sahabat sahabat guru dan teman teman.

Posting ini Sistem Guru Online (SGO) akan berkongsikan sedikit pengetahuan kami berkenaan Cara Ganti Puasa dan Puasa Enam Syawal.

Ramadhan bagi tahun 2017 ataupun 1438 Hijrah bakal menjelang tiba. Sudah pasti, kita semakin mampir dengan bulan penuh dengan seribu makna ini. Oleh itu, kaum hawa terutamanya perlu menggantikan puasa bukan?

Diantara senarai berikut adalah mengapa kita harus menggantikan puasa.

Senarai Perkara yang Membolehkan Ganti Puasa

  1. Kifarah kerana bersetubuh di bulan ramadhan
  2. Meninggalkan puasa dengan sengaja waktu jahil
  3. Kedatangan haid di bulan ramadhan
  4. Dalam perjalanan jauh / musafir
  5. Sakit yang tidak dapat dielakkan
  6. Wanita yang sedang mengandung
  7. Ibu yang menyusukan anak

 

Lafaz Niat Cara Ganti Puasa Ramadhan dan Perkaitan dengan Puasa Enam Bulan Syawal

 

Niat Ganti Puasa boleh dirujuk dengan melihat penjelasan video ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI). Sebagai tambahan, biasanya selepas bulan puasa kita sering ingin mengetahui perkaitannya juga dengan puasa enam bulan syawal.

Mari kita lihat beberapa pendapat ulama berkenaan ganti puasa dan juga puasa enam syawal ini.

Cara Lafaz Niat Ganti Puasa

Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Ganti Puasa Ramadhan boleh dilakukan sebelum Ramadhan yang akan datang. Sebaiknya kita perlu elakkan daripada bertangguh tangguh.

Waktu Hari Haram Ganti Puasa

Qada puasa tidak boleh dilakukan pada hari haram puasa.

Senarai hari haram puasa antaranya

  1. Hari Raya Pertama Aidiladha
  2. Hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah
  3. Hari Raya Pertama Aidilfitri
  4. Hari Syak iaitu 30 Syaaban

Lafaz Niat Puasa 6

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal Kerana Allah Taala.

Hukum Menggabungkan dua Puasa (Wajib & Sunat atau Sunat & Sunat)

BIL PENDAPAT HUKUM PENJELASAN
1. Al-Nawawi & Al-Isnawi Tidak harus dan tidak sah kedua puasa Tiada
2. Al-Samhudi & Abu Makhramah Hanya sah salah satu puasa (wajib + sunat = sah wajib sahaja)

Sunat + sunat = sah salah satu sahaja

3. Ibn Hajar al-Haitami Harus dan sah (kedua-dua) Hanya hasil asal pahala (pahala puasa sahaja & bukan kelebihannya) sekiranya DINIATKAN untuk kedua-duanya

Sekiranya tidak DINIATKAN, maka hanya lepas tuntutan sunat sahaja

4. Al-Barizi,al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali b. Soleh al-Hadhramu, al-Ramli al-Kabir, al-Ramli al Shaghir, al-Khatib al-Syirbini Harus dan sah (kedua-dua) Hanya hasil asal pahala (pahala puasa sahaja & bukan kelebihannya) secara mutlak walaupun tidak DINIATKAN untuk kedua-duanya dengan syarat dia tidak mempunyai niat untuk menunaikan puasa itu pada hari hari yang lain

Rujukan : Bughyah al-Mustarsyidin, Hasyiah I’anah al-Talibin, Tarsyih al Mustafidin, Fath al-‘Allam bi Syarh Mursyid al-Anam, al-bahr al-Wafi Wa al-Nahr al-Safi

Disediakan oleh : Us Alyasak bin Berhan (Pejabat Agama Islam Daerah Tampin

Video Penerangan Ustaz Azhar Idrus Bagi Cara Ganti Puasa & Puasa Enam


Sila tonton video berkenaan.

Video : 

Penjelasan Lain

Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Enam hari Syawal dengan Satu Niat

Jawapan : Mufti Prof. Dr Ali Jum’ah Muhammad

Sebahagian besar ulama berpendapat boleh menggabungkan niat puasa sunah ke dalam puasa wajib dan tidak sebaliknya.

Ertinya tidak boleh menggabungkan niat puasa wajib ke dalam puasa sunat.

Oleh kerana itu, seorang muslimah yang mengqada puasa Ramadhan pada Bulan Syawal, bererti telah selesaikan kewajipan qadanya, dan dalam satu waktu ia dianggap telah melaksanakan puasa enam hari syawal serta memperoleh pahalanya.

Hal itu kerana puasa qadha itu berlangsung atau dilakukan pada bulan Syawal.

Permasalahan ini dikiaskan dengan seseorang yang masuk masjid lalu duduk sebelum melaksanakan solat dua rakaat dengan niat solat fardu atau sunat rawatib.

Dengan melaksanakan solat dua rakaat itu ia dianggap telah melaksanakan solat Tahiyatul Masjid kerana dia telah melaksanakan solat itu sebelum duduk di dalam masjid.

Di samping itu, maksud disyariatkan solat Tahiyatul Masjid adalah dilaksanakannya ibadah solat sebelum seseorang duduk di dalam masjid, dan hal ini telah tercapai dengan solat tersebut.

Adapun dalam masalah puasa, maka Imam as-Suyuti di dalam kitab al-Asybah wan-Naza’ir mengatakan,

“seandaiya seseorang berpuasa qada, nazar atau kafarat di hari Arafah, dan ketika itu meniatkan puasa Arafah juga, maka dalam masalah ini al-Barizi menfatwakan bahawa puasa orang itu sah dan ia dianggap telah melakukan kedua jenis puasa yang diniatkan itu.”

Namun perlu diingatkan bahawa maksud diperolehnya pahala dari puasa enam hari Syawal itu adalah pahala melakukan kesunahan, bukan pahala puasa Syawal secara sempurna.

Wallahu subhanahu wata’ala a’lam.

 

Secara umum, jika anda ingin mengetahui perkara mengenai fatwa yang lain bolehlah melawati laman web JAKIM pada link di bawah.

Portal Rasmi JAKIM

Semoga perkongsian dari kami ini memberi seribu manfaat kepada pembaca pembaca sekalian. Teruskan menyokong kami di SGO.

Sila lawati posting lain kami di SGO bagi sesiapa yang berkenaan.

Contoh Minit Mesyuarat Boleh Diedit

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

telegram sistem guru online