Encik Azmil Mustapha Masih Ke Surau Walaupun dengan cara ‘Mengesot’

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

telegram sistemguruonline
Encik Azmil Mustapha Masih Ke Surau Walaupun dengan cara'Mengesot'
Encik Azmil Mustapha Masih Ke Surau Walaupun dengan cara ‘Mengesot’

Encik AZMIL MUSTAPHA Masih Ke Surau Walaupun dengan cara ‘Mengesot’. Sistem Guru Online kali ini mahu berkongsikan pengajaran yang amat baik bagi kita keseluruhan komuniti guru.

Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim, sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak.

Hadis ini jelas menceritakan kemuliaan solat Isyak dan Subuh terutamanya solat berjemaah.

Lebih mengajar kita begitulah halnya dengan En Azmil Mustapha yang mana diserang sakit jantung dan kemudiannya telah dibenarkan keluar dari hospital.

Beliau harus menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang dan badannya masih lemah. Namun, beliau sentiasa menguatkan diri untuk ke surau berdekatan rumah saudaranya untuk berjemaah ataupun menunaikan solat.

Berita lalu di A.AWANI : Pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha tenat di hospital

Bagaimana pula kita? Adakah kita punyai kekuatan jiwa seperti itu? Sedangkan kita mungkin kuat dan sihat seperti sediakala.

Azmil Mustapha masih ke surau walaupun dengan ‘Mengesot’

Mengikut adiknya berkata, “Alhamdulillah, Abang Azmil bangun dan rasa lebih sihat dan bertenaga pagi ini. Dia bangun awal dan berkobar-kobar nak ikut saya pegi Surau untuk berjemaah Subuh. Saya cuak jugak nak bawak, but he said “I’m fine”.

Selepas selesai solat pula, beliau dah tak larat duduk atas kerusi bagi menerusi majlis ilmu. Beliau akan duduk di lantai dan kemudiannya terbaring.

Nafasnya kelihatan sukar dan dia kelihatan dalam kesakitan. Dan beliau diberi berehat untuk seketika.

Selepas semua jemaah sudah pulang, tinggal En Azmil dan adiknya sahaja. Beliau memerlukan lebih dari 20 minit untuk mendapat tenaga dan nafas. Lalu beliau akan mengesot ke muka pintu surau.

Kemudian beliau sambung berehat di sana pula. Lebih 10 minit barulah dia boleh bangun perlahan perlahan dan duduk atas kerusi roda untuk pulang ke rumah.

Harapan dan Doakan Kepada Beliau

“Harap semua dapat terus berdoa untuk kesihatan Haji Azmil dan supaya Allah SWT kembali kan kekuatan dan kudrat, serta mempertingkatkan semangat supaya dapat terus berjuang,” ujar adiknya Aziph Mustapha.

Muhasabah diri

Kami di SGO ingin mengambil kesempatan untuk menilai dan muhasabah diri sempena penceritaan ini.

Sesungguhnya mungkin admin sendiri berasa segan dengan ketabahan beliau. Meskipun tenat tetapi masih ke surau berjemaah dan solat.

Apakah kita merasakan martabat kita cukup mulia? Kerana dalam nikmat sihat kita masih banyak leka dan sibuk senantiasa.

Mungkin cerita ini menjentik hati kita agar muhasabah diri dan sedar akan mulianya solat berjemaah sehinggakan En Azmil Mustapha sekadar mengesot semata mata untuk menunaikan solat.

Marilah kita amati kisah ini dengan mata hati dan jadikan perubahan perubahan yang telah dilakukan sebagai teladan bagi diri dan anak  anak kita.

Kami berharap kisah ini menjadi pengajaran dan membawa manfaat kepada kita bersama.

Sumber : http://www.myartis.com/2016/02/7-gambar-azmil-mustapha-tetap-ke-surau.html

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum

Jadual Gaji 2017

 

telegram sistemguruonline