
Warna Warni Keputusan SPM 2016. Assalamualaikum semua yang mengikuti kami di Sistem Guru Online.
Bagaimanakah dengan keputusan SPM 2016 yang telah diumumkan 2 hari yang lepas? Adakah keputusan sekolah anda memberangsangkan ataupun biasa sahaja.
Bagaimana pula dengan pencapaian anak anak ataupun saudara saudara anda yang mengambil SPM pada tahun lalu.
Namun walau bagaimana sekalipun keputusan marilah kita lihat sebahagian perkongsian dari SGO sempena SPM 2016 tahun ini. Jom ikuti kisah kisah yang menarik ini seperti di bawah.
- Terengganu Terbaik dalam Purata Pencapaian SPM 2016.
Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 apabila mencapai Gred Purata Negeri (GPN) 5.02 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional 5.10.’Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, pencapaian kali ini juga mengatasi keputusan tahun lalu iaitu 5.06.’
2. Zizan Razak Memberi Semangat Kepada Adik Adik yang bakal mengambil keputusan SPM 2016.
“Dan tahniahhhhhh buat adik adik abang yang amek result SPM arini.. yang gagal SPM ia tidak bearti gagal seluruh hidup.. rezeki tidak berpihak kepada siapa yang tidak berusaha.. jadi teruskan usaha.. #zizanology#zizanrazak #spm“
sumber : https://www.facebook.com/OfficialZizanRazak/posts/1384519081571152
3. Momen Manis adik Aida Azman mendapat keputusan Cemerlang SPM Straight A.
Posted by Nurul Atiqah on Thursday, 16 March 2017
Admin SGO terharu dengan momen yang memberangsangkan ini. Sila baca petikan dari kakaknya sendiri seperti berikut.
“Alhamdullilah Alhamdullilah. You did it, Aida Azman! Awak buktikan pada diri sendiri & orang lain, walau dugaan apa pun, walau cabaran apa pun, walau apa kata orang pun, awak berjaya dengan cemerlang. We made us proud! We trully happy & thankful for this ❤️ #spm #TheA’s”
4. Kisah Pengalaman sendiri “Firdaus Pay” mengenai keputusan SPM yang biasa tetapi menjadikan dia seorang yang berjaya.
Kisah ini adalah inspirasi dari seorang Akauntan dan Perancang Kewangan yang Popular dari Malaysia. Dia menggelarkan dirinya sebagai Firdaus Pay.
Beliau menceritakan walaupun dengan keputusan 4A pada waktu SPM, namun berkat kesungguhan selepas itu beliau mendapat kejayaan cemerlang seperti Anugerah Pelajar Terbaik Kepimpinan, Dekan Diploma Akauntan, Mendapat biasiswa Maybank untuk sambung belajar.
Selain itu dia juga berjaya mendapat Master graduate dengan CGPA 3.72, jadi International Presenter dekat Global Accounting, Finance & Economic Conference (GAFEC), Melbourne, Australia dan banyak lagi konferens di serata dunia.
Sila rujuk di bawah untuk kisah penuh sebenar. Inilah sumber inspirasi bagi sesiapa sahaja lepasan SPM 2016 sekiranya anda rasa lemah dengan keputusan SPM.
Usahlah berputus asa dan teruskan berusaha untuk mengejar kejayaan.
sumber : https://www.facebook.com/firdaus.pay/posts/10212583414960915
5. Perkongsian kejayaan straight A Adik Nor Liyana Zulkifli dalam SPM 2016.
#SPM2016 Sedutan temu ramah wartawan BNC, Nor Liyana Zulkifli dengan pelajar cemerlang , Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan, Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang mendapat 9A.
#SPM2016 Sedutan temu ramah wartawan BNC, Nor Liyana Zulkifli dengan pelajar cemerlang , Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan, Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang mendapat 9A.[Tonton BNC di ASTRO 502, HyppTv 410 , MyTV 121 & WebTV www.bernama.com]
Posted by Bernama News Channel on Thursday, 16 March 2017
Berikut adalah warna warni hidup di Malaysia sempena keputusan SPM 2016 yang diumumkan. Diharapkan kita dapat mengambil manfaat yang baik dari segala yang berlaku.
Sekiranya anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, bolehlah kongsikan kepada rakan rakan untuk jadikan teladan dan sempadan masyarakat kita di luar sana.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum