Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati

Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati
Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati

Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia? Maka sila fikir betul-betul dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengangkatnya. Kenapa? Ya, perkara ini yang ingin kita bincangkan hari ini.

Perkongsian ini dibuat dari seorang guru yang mengajar di Pahang. Ianya lebih kepada untuk menyampaikan pesanan supaya kita berhati-hati agar tidak mudah terpedaya atau ditipu. Mungkin kes seperti ini agak terpencil atau remeh tetapi siapa sangka benda ini mungkin boleh jadi serius jika maklumat peribadi jatuh ketangan orang yang jahat.

Mari kita ikuti perkongsian guru ini mengenai panggilan telefon bernombor +61412135460 atau 0412135460 dari Australia ini.

Panggilan Telefon Nombor +61412135460

Saya nak kongsi pengalaman saya apabila saya tiba-tiba menerima panggilan dari nombor itu. Panggilan dibuat pada jam7:25 malam pada hari Rabu 1/3/2017. Ketika ini waktu Maghrib. Saya terkejut kerana ianya tertulis datang dari Negara Australia seperti gambar dibawah.

Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia
Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia

Oleh kerana saya sangat curiga, saya dengan pantas “printscreen” panggil  telefon  bernombor +61412135460 ini dan pada masa yang sama terus membuat carian google mengenai nombor telefon tersebut. Kebetulan memang saya sedang berada di hadapan laptop saya yang masih ON dengan sambungan internet.

Hasil carian di google telah membawa saya kepada beberapa perkara berikut yang menyebabkan saya berasa ingin berkongsi kepada semua. Terutama para guru dan ibubapa yang selalu melayari Sistem Guru Online.

Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati
Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati
Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati
Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati
Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati
Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati

Daripada hasil carian ini, Mr Dave dalam whocallsme.com ada berkongsi pengalamannya dimana pemanggil kedengaran seperti suara Chinese yang ingin bercakap dengan Mr. Lim Ah Kow.

I have a Malaysian number. Caller asked for ‘Mr. Lim Ah Kow’. Caller sounds like a Malaysian Chinese.

Jika dibuat di carian mobilenumber-au.com pula memang menyatakan bahawa nombor itu adalah nombor Australia. Tetapi kenapa mahu telefon saya dan mangsa-mangsa lain? Saya sendiri memilih untuk tidak mengangkatnya dan sangat gembira dengan keputusan saya. Sejak bila saya ada kawan dari Australia?

Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati
Terima Panggilan dari Nombor Telefon +61412135460 dari Australia Sila Hati-hati

Itu sahaja perkongsian saya dan pengalaman ini saya kongsikan kepada umum agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini. Terima kasih.

Modus Operandi Panggilan Palsu di Malaysia Melibatkan Kad Bank

Perkongsian ini admin dapatkan sendiri melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 24 Mac 2014. Berikut admin kongsikan.

7 Langkap Penipuan Panggilan Bank

  1. Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon untuk mengesahkan transaksi kad kredit yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
  2. Apabila mangsa menelefon nombor telefon yang diberikan dalam SMS, mereka yang menyamar ini akan memperkenalkan diri sebagai ejen sebuah bank perdagangan dan meminta mangsa memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
  3. Selepas pengesahan, mangsa akan diminta untuk mengesahkan sama ada transaksi kad kredit telah dibuat.
  4. Apabila mangsa menafikan berlakunya transaksi tersebut, mangsa akan dinasihati supaya membuat laporan kepada “Unit Kad Kredit Palsu” Bank Negara Malaysia, atau “jabatan pengurusan kad kredit” bank-bank perdagangan. Mangsa akan diberikan nombor telefon “Unit Kad Kredit Palsu” tersebut.
  5. Apabila mangsa menelefon nombor yang diberikan itu, panggilan itu akan dijawab oleh seseorang yang mengatakan dia pegawai Bank Negara Malaysia. “Pegawai” ini kemudiannya akan meminta maklumat berhubung dengan akaun perbankan dan kad kredit mangsa.
  6. Mangsa akan diarah untuk memindahkan wang di kaunter atau menerusi ATM ke akaun pihak ketiga dengan alasan untuk memastikan wang mangsa disimpan dengan selamat dan untuk tujuan penyiasatan.
  7. Mangsa akan diarah supaya tidak memberitahu sesiapa kerana kononnya tindakan ini mungkin akan menjejaskan penyiasatan.

Bahaya bukan?

Jadi diingatkan kepada semua agar lebih berhati-hati. Motif utama panggilan bernombor  +61412135460 dari Australia ini masih belum admin dapat nyatakan. Namun kita sebagai rakyat marhein perlulah sentiasa peka dengan isu semasa seperti ini.

Amaran Bank Negara Malaysia Mengenai Panggilan Palsu

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang, dan mereka tidak perlu membalas sebarang panggilan telefon yang tidak diundang itu. Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta sesiapa untuk membuat sebarang pindahan wang untuk disimpan dengan selamat.

Bank Negara Malaysia menasihati orang ramai supaya melindungi diri mereka daripada tertipu dan berhati-hati dengan mengambil langkah berikut:

  1. Jangan dedahkan maklumat kewangan peribadi kepada mana-mana pihak.
  2. Jangan membuat pindahan wang ke akaun pihak ketiga yang tidak dikenali.
  3. Selalu berhubung dengan pihak bank perdagangan untuk mengesahkan identiti akaun pihak ketiga yang tidak dikenali supaya dapat mengelak daripada ditipu.

Orang ramai boleh berhubung terus dengan Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Khidmat Pelanggan)
Tel:         1-300-88-5465
Fax:       03- 2174 1515
E-mel:   [email protected]

Untuk menghantar pertanyaan atau aduan melalui SMS, taip BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] dan hantar kepada 15888.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan kewangan, sila lawati laman amaran penipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my atau berinteraksi dengan kami melalui facebook di http://facebook.com/bnm.official

Semoga perkongsian dari admin kali ini dapat di manfaatkan oleh para guru dan ibu.

Jadi lebih prihatan sebarkan kepada orang ramai. InsyaAllah semoga dapat membantu orang lain juga kerana kita tidak tahu mungkin keluarga kita sendiri yang akan terkena perkara ini.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Hantarkan kisah anda di fan pages kami.