Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017

Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017
Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017

Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia 2017  bagi pelajar tempatan. Tawaran ini merupakan tawaran dibawah Yayasan Telekom kepada Pelajar Muda Malaysia yang berbakat tinggi untuk melanjutkan perjalanan mereka melalui YTM Talent-A 2017.

Yayasan Telekom Malaysia menjemput pelajar yang berkelayakan iaitu sesiapa pelajar lepasan SPM yang telah menduduki ujian tersebut bagi sesi tahun 2016.

Anda bolehlah memohon tajaan pendidikan dari Yayasan Telekom sekiranya institusi pendidikan yang bakal dilalui merupakan institusi yang diiktiraf oleh Yayasan Telekom.

Yayasan Telekom mencari calon pelajar Malaysia yang serba boleh dan telah mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik, menzahirkan kualiti kepimpinan yang berdaya tinggi dan pelajar yang memanfaatkan masa bagi kebaikan komuniti bersama menerusi aktiviti ko kurikulum.

Tarikh tamat permohonan : 31 Mac 2017

Kriteria Permohonan Pelajar Lepasan SPM 2016

Pemohon ataupun pelajar yang berniat untuk memohon biasiswa ini haruslah mempunyai syarat berikut;

Aliran Sains

  1. Keputusan SPM 2016 Minimum 6A dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik

Aliran bukan Sains

  1. Keputusan SPM 2016 Minimum 4A dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.

STPM 2016/ Diploma/ Matrikulasi/ Asasi (minimum CGPA 3.30)

Umur tidak boleh melebihi 21 Tahun

Jumlah pendapatan keluarga seisi rumah tidak melebihi RM 20,000 sebulan.

Dalam biasiswa yang ditawarkan Yayasan Telekom, ianya meliputi Yuran Kelas Tuisyen, Buku dan Peralatannya, Elaun Komputer, Elaun Praktikal beserta wang saku.

Kursus Biasiswa yang dicari adalah Kursus;

  1.  Kursus Kejuruteraan
  2. Teknologi Maklumat
  3. Seni Sinematik
  4. Pentadbiran

Cara nak memohon

Pautan info      : Makluman Berkaitan Biasiswa

Pautan Aplikasi : Aplikasi dalam Talian 

Maklumat untuk sebarang hubungan

Email: yayasantm.edu@tm.com.my

Ihsan Said: 0322401594
Nurul Eleena: 0322400293
Abdul Salam Musa: 0322401273

Peringatan Mesra

Pastikan anda semua mengemaskini borang permohonan UPU Online anda kerana ianya akan tutup tidak lama lagi. Semoga berjaya.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum