
Tawaran Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017 bagi pelajar tempatan. Tawaran ini merupakan tawaran dibawah Yayasan Sime Darby Undergraduate Scholarship Programme.
Untuk pengetahuan ahli Sistem Guru Online semua, Yayasan Sime Darby menjemput pelajar yang berkelayakan iaitu sesiapa yang berada pada tahun pertama dan juga pelajar yang bakal memulakan program prasiswazah pada September 2017 ini.
Anda bolehlah memohon tajaan pendidikan dari YSD sekiranya institusi pendidikan merupakan institusi yang diiktiraf oleh YSD.
YSD mencari calon pelajar Malaysia yang serba boleh dan telah mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik, menzahirkan kualiti kepimpinan yang berdaya tinggi dan pelajar yang memanfaatkan masa bagi kebaikan komuniti bersama menerusi aktiviti ko kurikulum.
Tarikh tamat permohonan : 31 Mac 2017
Kriteria
Pemohon ataupun pelajar yang berniat untuk memohon biasiswa ini haruslah mempunyai syarat berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur 25 tahun dan kebawah
- STPM/ Pra Universiti/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma (minimum CGPA 3.30) atau Program A-Level 3A dan ke atas
- Jumlah pendapatan seisi rumah ibu bapa adalah RM10,000 dan kebawah.
- Penyertaan aktif dalam aktiviti Ko-Kurikulum, acara kesukanan ataupun khidmat masyarakat.
- Kualiti kepimpinan yang tinggi melalui pelbagai kedudukan kepimpinan dipimpin dalam sekolah dan pertubuhan sosial.
Dalam biasiswa yang ditawarkan YSD, universiti berikut adalah diperakui tawaran;
– Universiti Malaya
– Universiti Sains Malaysia
– Universiti Kebangsaan Malaysia
– Universiti Putra Malaysia
– Universiti Teknologi Malaysia
– Universiti Teknologi Petronas
– Monash University Malaysia
– The University of Nottingham
Jumlah pembiayaan biasiswa adalah pembiayaan biasiswa penuh bagi yuran kelas tusyen, elaun, elaun buku dan elaun komputer peribadi.
Penerima biasiswa juga bakal memiliki peluang untuk melanjutkan Program Pembentukan Biasiswa dan mempunyai pengalaman terlibat bekerja melalui latihan industri dalam Kumpulan Syarikat Sime Darby.
Kursus Biasiswa yang dicari adalah Kursus;
1. Kursus berkaitan Bisnes:
– Akauntan, Ekonomi, Kewangan, Bisnes Antarabangsa, Pengurusan Bisnes dan Pengiklanan, Sumber Manusia, dan Pemasaran Digital.
2. Kursus berkaitan Kejuruteraan dan Sains:
- Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat, Sains Aktuari, Matematik, Sains Statistik, Sains Agrikultur, Sains Persekitaran, Psikologi, Teknologi Penanaman, Sains Data, Kejuruteraan Elektrik, dan Sains Komputer.
Cara nak memohon
Pautan info : Makluman Berkaitan Biasiswa
Pautan Aplikasi : Aplikasi dalam Talian
Peringatan Mesra
Pastikan anda semua mengemaskini borang permohonan UPU Online anda kerana ianya akan tutup tidak lama lagi. Semoga berjaya.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum