
Tawaran Biasiswa Khazanah Watan 2017 bagi pelajar tempatan. Sistem Guru Online ingin membantu untuk menyebarkan bahawa tawaran ini merupakan penganugerahan berprestij di mana ia menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia yang berbakat dan berpencapaian tinggi.
Biasiswa Khazanah Watan ini disediakan bagi pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.
Tarikh tamat permohonan : 30 Mac 2017
Terma dan Syarat
Pemohon ataupun pelajar yang berniat untuk memohon biasiswa ini haruslah mempunyai syarat berikut;
- Mempunyai kebolehan kepimpinan cemerlang dan penglibatan yang aktif dalam ko kurikulum, badan sosial, ataupun aktiviti sukarelawan.
- Pemohon juga mesti mempunyai pencapaian akademik yang luar biasa dan sentiasa konsisten umpamanya;
Program Asasi
- Memperolehi minimum 8A (kombinasi A+ dan A) dalam keputusan SPM terbaru atau sekurang kurang 8A dalam IGCSE terbaru.
- Memperolehi A atau A+ dalam subjek utama iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.
- Tidak melebihi umur 18 tahun pada tahun sempurna keputusan diatas.
- Memperoleh tawaran untuk melanjutkan pelajaran ataupun telah melalui Program Asasi di Universiti Malaysia yang terpilih iaitu.
- Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
- Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
- International Islamic University Malaysia
- Universiti Putra Malaysia
- Multimedia University
- Universiti Tenaga Nasional
- International Medical University, KL
- University of Reading, Malaysia
- University of Southampton (Malaysia Campus)
- Newcastle University Medicine Malaysia
Prasiswazah (Ijazah Sarjana Muda)
- Memperoleh tawaran melanjutkan pelajaran ataupun telah berada pada tahun pertama di Program Ijazah Sarjana Muda pada mana mana universiti yang diperakui Yayasan Khazanah.
- Mempunyai minimum;
- 3A STPM
- Jayyid Jiddan STAM
- 3A Program GCE A-Level
- CGPA 3.50/ 4.00 Pra-Universiti atau Diploma atau Asasi atau Program Matrikulasi
- 38 Markah untuk Diploma International Baccalaureate (IB)
- dan minimum 3.50/ 4.00 bagi ujian tahun pertama Ijazah Sarjana Muda
- Tidak Melebihi 21 tahun pada tarikh memasuki Program Ijazah Sarjana Muda.
Ijazah Sarjana (Master)
- Memperoleh tawaran sambung belajar pada universiti ternama di Malaysia
- Memperoleh minimum Kelas Kedua Tertinggi (Universiti di UK dan Australia) dimana dari segi pointer adalah CGPA 3.50 dan ke atas
- Tidak melebihi umur 40 tahun pada tarikh bermula Ijazah Master.
Ph.D (Ijazah Kedoktoran)
- Memperoleh tawaran sambung belajar Ijazah Kedoktoran pada universiti ternama di Malaysia
- Memperoleh Ijazah Sarjana dengan minimum CGPA 3.50/ 4.00 atau gred ‘A’ atau cemerlang dari laporan pemeriksa sekiranya Ijazah Sarjana melalui Penyelidikan (Research)
- Memperoleh minimum Kelas Kedua Tertinggi (Universiti di UK dan Australia) dimana dari segi pointer adalah CGPA 3.50 dan ke atas
- Tidak melebihi umur 40 tahun pada tarikh bermula Ijazah Kedoktoran.
Jumlah pembiayaan biasiswa adalah pembiayaan biasiswa penuh bagi yuran akademik penuh, perbelanjaan sara hidup, tempat tinggal beserta sokongan pakej latihan yang berkenaan.
Kursus Biasiswa yang dicari adalah Sebarang Kursus yang ditawarkan di Universiti tersebut.
Cara nak memohon
Pautan info : Makluman Berkaitan Biasiswa
Pautan Aplikasi : Aplikasi dalam Talian
Maklumat untuk sebarang hubungan
Yayasan Khazanah
Level 27, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
(T) +603 – 2272 6300 / (F) +603 – 2272 6311
yk@yayasankhazanah.com.my
Peringatan Mesra
Pastikan anda semua mengemaskini borang permohonan UPU Online anda kerana ianya akan tutup tidak lama lagi. Semoga berjaya.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum