
Tawaran Biasiswa dari Kerajaan Taiwan RM 4300, dan Cuti Bergaji Penuh. Ini adalah tawaran yang baik kepada sahabat guru sekalian dan peluang untuk melanjutkan pelajaran.
Di sini admin Sistem Guru Online ingin kongsikan dua jenis peluang yang dibuka seperti di bawah.
- Program Huayu Enrichment Scholarship (HES), Year 2017 (elaun ~RM 3,600 sebulan)
- MOST TAIWAN SCHOLARSHIP PROGRAM 2017 (elaun ~RM 4,300 sebulan)
Kedua dua tawaran ini akan ditutup 31 Mac 2017. Sila mohon sekarang kerana tempoh permohonan hampir tamat.
Sila baca penerangan terperinci biasiswa ini seperti tajuk tajuk di bawah.
Program Huayu Enrichment Scholarship (HES), Year 2017
Objektif : Untuk menerapkan pelajar dari luar Taiwan untuk meningkatkan pemahaman pada Budaya dan Sosial di Negara Taiwan.
Biasiswa : 25,000 New Taiwan Dollar ~ RM 3,500
Tempoh : Mula musim Panas 2017 (Jun, Julai dan Ogos) – 3, 6, atau 9 bulan tempoh pengajian.
Syarat syarat kelayakan;
- 18 tahun ke atas.
- bukan pelajar negara cina
- bukan berdaftar sebagai pelajar dari Mandarin Language Center
- tidak pernah mengikuti program HES sebelum ini
- bukan pelajar pertukaran ke Taiwan sewaktu tempoh biasiswa.
- bukan mendapat bantuan kewangan dari kerajaan Taiwan pada waktu semasa dari institusi pendidikan yang lain
Informasi Informasi lain
- Penelitian dokument dan temuduga personal akan dijalankan kepada pemohon yang disenarai pendek
- pemohon haruslan mengikuti forma normal pemohonan belajar ke luar negara melalui prosedur yang ditentukan oleh kedutaan Taiwan.
- kursus ini mewajibkan pengambilan minimum 15 jam seminggu kursus bahasa cina.
- Pemohon yang layak lebih dari tempoh 6 bulan wajub mengikuti National Health Insurance Program.
- Biasiswa akan terbatal jika pemohon gagal memperolehi markah 80 dari 100 bagi dua semester berturutan.
MOST TAIWAN SCHOLARSHIP PROGRAM 2017
Objektif :Â Untuk membuka peluang rakyat Malaysia menyambung pelajaran Masters atau PhD bermula Ogos 2017
Biasiswa : 30,000 New Taiwan Dollar ~ RM 4,300
Tempoh : Bermula Ogos 2017. Maksimum pengajian 2 tahun bagi Master dan 3 tahun bagi PhD.
Syarat syarat kelayakan;
- Graduasi dari Kolej atau Universiti dengan rekod akademik yang cemerlang.
- buka kenegaraan Taiwan
- bukan pelajar di negara China
- Tidak pernah menjalani kursus pendidikan di mana mana institusi pendidikan Taiwan atau setara dengannya.
- Bukan pelajar pertukaran (Double Degree) dengan Institusi Pendidikan Taiwan menerima Biasiswa.
- Tidak pernah mendapat biasiswa dari ROC (Republic of China) atau pernah ditarik biasiswa oleh Institusi dari Taiwan
- *biasiswa tak termasuk kos tuisyen, rumah, buku, perubaan, dan tiket ke Taiwan.
Informasi Informasi lain
- Pemohon Biasiswa yang layak tidak dibenarkan memonteng kelas dan meninggalkan negara Taiwan tanpa kebenaran kecuali cuti musim panas dan musim sejuk.
- bagi pemohon Masters yang ingin melanjutkan ke peringkat PhD, anda boleh membuatnya apabila ijazah sarjana Masters telah tamat dan memohon sebagai pelajar baru PhD.
Senarai Semak Lengkap bagi permohonan Biasiswa
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Program Huayu Enrichment Scholarship (HES), Year 2017
sumber asal :Â Huayu Enrichment Scholarship Year 2017 Is Now Open For Application
Download :Â
2017_HES International Student Directions
2017_Huayu Enrichment Scholarship Application Form
List of Chinese Language Centers
MOST TAIWAN SCHOLARSHIP PROGRAM 2017 (elaun ~RM 4,300 sebulan)
sumber asal :Â MOST Taiwan Scholarship
Download :Â
Guidelines for the MOST Taiwan Scholarship Program (Malaysia)
Setiap dari tawaran ini adalah tidak bertentangan dengan keadaan sahabat sahabat guru sekalian sekiranya diteliti dengan terperinci.
Para guru boleh memohon biasiswa ini disamping itu melayakkan anda untuk memohon cuti belajar dengan bergaji penuh.
Bukankah ini merupakan peluang yang baik untuk mencuba ataupun mengembangkan karier dalam kerjaya guru?
Oleh itu, jangan berlengah lagi untuk memohon biasiswa ini secepat mungkin.
Disini, admin SGO juga ingin berkongsikan sedikit sebanyak makluman mengenai negara Taiwan dan apakah yang bakal kita nikmati jika menyambung pelajaran di Taiwan.
Negara Taiwan Secara Umum
- Merupakan sebahagian rakan negara kepada Cina iaitu Republic of China (ROC).
- Merupakan salah satu negara yang pesat membangun dalam faktor ekonomi dan sosial.
- Populasi di Taiwan ialah 23.5 juta penduduk dibandingkan malaysia ~30Â juta, manakala saiz tanah Taiwan jauh lebih kecil dari Malaysia iaitu ~36,000 km2 dan Malaysia ~127,000km2.
- Ini bermakna penduduk purata di Taiwan lebih padat dari penduduk di Malaysia.
- Taiwan digelar salah satu dari 4 negara Harimau kerana kepesatan dalam pembangunan ekonomi (Hongkong, Singapura, Cina dan Taiwan)
- Antara Tarikan menarik di Taiwan untuk dilawati








Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca dan sahabat guru sekalian.
Sila kongsikan maklumat ini kepada semua rakan rakan dan teruskan menyokong kami si SGO.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum