
Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) P9A+ bagi tahun 2017. Ianya merupakan tawaran di bawah Genting Malaysia Scholarship Award (GENM Scholarship).
Tawaran ini adalah kepada pelajar lepasan SPM tahun 2016 yang mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam SPM 2016 dengan minima 9 mata pelajaran diambil untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di dalam negara.
Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.
Peringkat Pengajian
- Program Persediaan
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Matrikulasi
- Asasi*
- Foundation IPTS*
2. Ijazah Pertama
Syarat Penajaan
Syarat Umum
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
- Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama; dan
- Calon-calon bagi bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.
Syarat Khusus
- Menduduki peperiksaan SPM tahun 2016 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
- Mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam SPM 2016 dengan minima sembilan (9) mata pelajaran; dan
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
- Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Cara nak memohon.
- Klik disini untuk mengisi secara online
TARIKH-TARIKH PENTING
- Tarikh Tutup : 22 Mei 2017 jam 5 petang
- e-Profiling dibuka : 3 April 2017
- e-Profiling ditutup : 22 Mei 2017
- Keputusan Penawaran : 2 Jun 2017
Peringatan Mesra
Jangan lupa untuk mengisi atau mengemaskini borang UPU Online anda kerana anda masih ada masa untuk membaikinya mengikut keadaan keputusan peperiksaan anda. Boleh login upu online disini.
Sekian terima kasih dan teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum