Tawaran Biasiswa Genting Malaysia bagi Tahun 2017

Tawaran Biasiswa Genting Malaysia
Tawaran Biasiswa Genting Malaysia

Tawaran Biasiswa Genting Malaysia bagi tahun 2017 kini kembali. Ianya merupakan tawaran di bawah Genting Malaysia Scholarship Award (GENM Scholarship).

Untuk pengetahuan SGO, Tawaran ini adalah untuk pemuda pemudi Malaysia bagi menyambung pelajaran dalam dan luar negara.

Genting menawarkan sokongan kewangan kepada pelajar yang cemerlang dan mempunyai rekod kepimpinan yang bagus dalam melanjutkan pelajaran mereka.

Tarikh Tamat  : 30 Mac 2017

 

Kriteria Yang Ditetapkan

  1. Pemohon 23 tahun ke bawah
  2. Menanti tawaran menyambung pelajaran bagi ijazah sepenuh masa dalam dan luar negara.
  3. Mempunyai kelayakan pra universiti
  4. Minimum
    • STPM 3A atau;
    • CGPA Matrikulasi 3.5 dan keatas
    • A-Level 3A
    • TER Australia 90 dan ke atas
    • Kursus Pra-Universiti 3.5 dan ke atas
    • International Baccalaureate : 36.0 dan ke atas
  5.  Kemahiran kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam ko-kurikulum

Jumlah biasiswa tidak dispesifik dan bergantung kepada jenis biasiswa yang akan dipohon.

Kursus Biasiswa yang dicari adalah Hospitaliti, Sains Rekreasi, Pengurusan Majlis, Akaun, Bisnes dan Pemasaran, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan banyak lagi.

Cara nak memohon.

 

Tawaran ini masih lagi dibuka sehinggalah tarikh tutupnya iaitu pada 30 Mac 2017 nanti. Sila sebarkan permohonan ini sekarang juga.

Untuk makluman anda semua, tawaran biasiswa lain telah tamat umpamanya Tawaran Biasiswa Petronas, JPA, Suruhanjaya Sekuriti dan Sebagainya. Namun masih terdapat beberapa tawaran biasiswa yang masih lagi dibuka.

Semua itu akan ditutup dalam beberapa masa sahaja lagi dan maksimum selewatnya pada 30 April nanti.

Mari layari post kami di SGO yang lain untuk melihat tawaran tawaran biasiswa yang lain dan panjangkan kepada calon calon lepasan SPM terutamanya.

Kami harap usaha kami kali ini memberi manfaat kepada anda semua terutama sahabat handai guru guru sekolah.

Peringatan Mesra

Pastikan anda semua mengemaskini borang permohonan UPU Online anda kerana ianya akan tutup tidak lama lagi. Semoga berjaya.

Sekian terima kasih dan teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum