
Tawaran Biasiswa Bank Negara 2017 bagi pelajar tempatan. Tawaran ini merupakan penganugerahan biasiswa dimana ia menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran atau sedang dalam belajar. Mari sistem guru online bantu anda mendapatkan info mengenai biasiswa Bank Negara 2017 ini.
Biasiswa Bank Negara ini memberi peluang saraan biasiswa dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Undang undang, dan Sains Komputer di Universiti Teratas seperti mana senarai yang diperakui oleh Bank Negara itu sendiri.
Tarikh tamat permohonan : 30 April 2017
Terma dan Syarat
Pemohon ataupun pelajar yang berniat untuk memohon biasiswa ini haruslah mempunyai syarat berikut;
- Mempunyai kebolehan kepimpinan cemerlang dan penglibatan yang aktif dalam ko kurikulum, badan sosial, ataupun aktiviti sukarelawan.
- Pemohon juga mesti mempunyai pencapaian akademik yang luar biasa dan sentiasa konsisten umpamanya;
Program Ijazah Sarjana Muda
- Memperoleh tawaran melanjutkan pelajaran ataupun telah berada pada tahun pertama di Program Ijazah Sarjana Muda pada mana mana universiti yang diperakui Yayasan Khazanah.
- Mempunyai minimum;
- STPM/ A-Level 2A dan 1B
- Lulus SPM dengan Kredit Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- 3A Program GCE A-Level
- Matrikulasi Australia Selatan – ATAR 85%
- Program Asasi Amerika – SAT1 dengan pemarkahan 1200
- CGPA 3.50/ 4.00 Pra-Universiti atau Diploma atau Asasi atau Program Matrikulasi
- dan minimum 3.50/ 4.00 bagi ujian tahun pertama Ijazah Sarjana Muda
- Tidak Melebihi 21 tahun pada tarikh memasuki Program Ijazah Sarjana Muda.
Cara nak memohon biasiswa bagi Program Ijazah Sarjana Muda
Pautan info : Makluman Berkaitan Biasiswa
Pautan Aplikasi : Aplikasi dalam Talian
Ijazah Sarjana (Master)
- Memperoleh tawaran sambung belajar pada universiti yang diiktiraf oleh institusi Bank Negara Malaysia.
- Graduasi Kelas Pertama dengan Kepujian bagi Ijazah Sarjana Muda daripada Univeriti Tempatan dan Luar Negara
- Tidak melebihi umur 30 tahun pada tarikh bermula Ijazah Master.
- Lulus SPM dengan kredit Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Cara nak memohon bagi Program Sarjana Muda (Masters)
Pautan info : Makluman Berkaitan Biasiswa
Pautan Aplikasi : Aplikasi dalam Talian
Disamping itu, calon pemohon biasiswa juga harus menghantar satu mukasurat ringkasan Tesis yang dicadangkan bagi tujuan Ijazah Sarjana.
Surat tersebut boleh dihantar kepada;
Strategic Human Capital Department
Level 11C Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
(Attn to : Bahagian Biasiswa)
Ph.D (Ijazah Kedoktoran)
- Memperoleh tawaran sambung belajar pada universiti yang diiktiraf oleh institusi Bank Negara Malaysia.
- Graduasi Kelas Pertama dengan Kepujian bagi Ijazah Sarjana daripada Univeriti Tempatan dan Luar Negara
- Tidak melebihi umur 30 tahun pada tarikh bermula Ijazah Master.
- Lulus SPM dengan kredit Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Cara nak memohon bagi Program Ijazah Kedoktoran (Ph.D)
Pautan info : Makluman Berkaitan Biasiswa
Pautan Aplikasi : Aplikasi dalam Talian
Disamping itu, calon pemohon biasiswa juga harus menghantar satu mukasurat ringkasan Tesis yang dicadangkan bagi tujuan Ijazah Kedoktoran tersebut.
Surat tersebut boleh dihantar kepada;
Strategic Human Capital Department
Level 11C Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
(Attn to : Bahagian Biasiswa)
Jumlah pembiayaan biasiswa adalah tidak ditentukan dan bergantung kepada jenis biasiswa yang bakal diterima.
Kursus Biasiswa yang ditawarkan adalah bagi kursus:
- Ekonomi
- Perakaunan
- Kewangan
- Sains Aktuari
- Undang Undang
- Sains Komputer
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sekian terima kasih.
Peringatan Mesra
Pastikan anda semua mengemaskini borang permohonan UPU Online anda kerana ianya akan tutup tidak lama lagi. Semoga berjaya.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum