Tawaran Biasiswa ASEAN 2017

Tawaran Biasiswa ASEAN 2017
Tawaran Biasiswa ASEAN 2017

Tawaran Biasiswa ASEAN 2017 bagi pelajar tempatan. Tawaran ini merupakan tawaran dibawah ASEAN Scholarship iaitu dibawah Kementerian Pendidikan Singapura.

Kementerian Pendidikan Singapura menjemput pelajar Malaysia yang berkelayakan iaitu sesiapa yangyang berminat untuk mengembangkan potensi mereka dan melengkapkan diri dengan kemahiran kemahiran penting bagi abad ke 21 ini.

 

Tarikh tamat permohonan : 31 Mac 2017

Kriteria

  1. ASEAN Scholarship : Biasiswa Pra-Universiti One

Terbuka kepada pelajar yang mempunyai kelayakan seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dari tahun 1999 hingga 2001
  • Sedang berada pada Tingkatan 5 atau sudah mengambil keputusan SPM 2016/ Peperiksaan GCE O-Level
  • Cemerlang dalam ujian persekolahan yang lalu
  • Lancar dan cemerlang dalam pertuturan bahasa inggeris
  • Rekod Baik dalam Aktiviti Ko-Kurikulum

2. ASEAN Scholarship : Biasiswa Pra-Universiti Secondary Three

Terbuka kepada pelajar yang mempunyai kelayakan seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dari tahun 2001 hingga 2003
  • Sedang berada pada Tingkatan 2 atau Tingkatan 3
  • Cemerlang dalam ujian persekolahan yang lalu
  • Lancar dan cemerlang dalam pertuturan bahasa inggeris
  • Rekod Baik dalam Aktiviti Ko-Kurikulum

3. ASEAN Scholarship : Biasiswa Pra-Universiti Secondary Three

Terbuka kepada pelajar yang mempunyai kelayakan seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir dari tahun 2003 hingga 2005
  • Sedang berada pada Tahun 6 atau Tingkatan 1
  • Cemerlang dalam ujian persekolahan yang lalu
  • Lancar dan cemerlang dalam pertuturan bahasa inggeris
  • Rekod Baik dalam Aktiviti Ko-Kurikulum

 

Jumlah pembiayaan biasiswa  adalah sebanyak Dolar Singapura 2,400 setahun berserta kemudahan hostel. Penerima juga berupaya mendapat Elaun Awal iaitu Dolar Singapura 500.

Pelajar pelajar juga mampu mendapatkan tiket penerbangan udara tahap ekonomi bagi Semenanjung Malaysia ataupun Dolar Singapura 50 bagi tiket pergi dan pulang ke Malaysia Timur.

Yuran sekolah juga akan ditanggung oleh biasiswa dan tidak tertakluk kepada yuran yuran tambahan yang subjektif.

Yuran bagi mengikuti Peperiksaan GCE O-Level dan A-Level (hanya sekali).

Kos perubatan yang disubsidi dan perlindungan insurans bagi eksiden.

Kursus Biasiswa yang dicari adalah A-Level

Cara nak memohon

Pautan info      : Makluman Berkaitan Biasiswa

Pautan Aplikasi : Aplikasi dalam Talian 

Peringatan Mesra

Pastikan anda semua mengemaskini borang permohonan UPU Online anda kerana ianya akan tutup tidak lama lagi. Semoga berjaya.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum