
Soalan Sains Tahun 4 Ujian 1 Bulan Mac 2017 mengikut kurikulum KSSR. Soalan yang disediakan ini adalah bagi tujuan saringan satu (1) iaitu Bulan Mac.
Pada posting kali ini admin SGO akan berkongsikan kepada guru guru dan sahabat semua soalan peperiksaan subjek sains ujian 1 iaitu ujian summatif bulan Mac 2017.
Pada bahagian muat turun soalan peperiksaan di bawah anda akan memperolehi dua set soalan peperiksaan Sains bagi Kertas 1 dan Kertas 2.
Format soalan peperiksaan sains adalah ujian objektif sebanyak empat puluh (40) soalan bagi set Kertas 1.
Manakala Kertas 2 adalah berbentuk subjektif dengan mengandungi lapan (8) ataupun sepuluh (10) soalan namun jumlah markah bagi set 2 ini adalah 40 markah,
Contoh bagi soalan kertas 1 adalah seperti berikut.
- Afiq termakan bahan kimia ketika melakukan eksperimen di makmal sekolah. Apakah yang perlu dilakukan olehnya sebagai tindakan keselamatan awal?
- (A) Meludahkan bahan kimia itu dengan serta merta.
- (B) Berlari ke luar untuk mendapatkan udara segar.
- (C) Siramkan air ke seluruh badan.
- (D) Meminta pertolongan guru.
2. Mengapakah kita tidak dibenarkan bergurau di dalam bilik sains?
- (A) Kita tidak akan dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna.
- (B) Kita mungkin terjatuh atau terkena bahan yang berbahaya.
- (C) Kawan-kawan yang lain akan turut bergurau.
- (D) Kita akan kepenatan
Bagi soalan subjektif pula  :
- Tandakan OÂ atau XÂ pada peraturan bilik sains.
Peraturan Bilik Sains | O atau X | |
1 | Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke dalam bilik sains dengan kebenaran guru | |
2 | Boleh makan dan minum di dalam bilik sains | |
3 | Laporkan kepada guru dengan segera sekiranya terdapat sebarang kemalangan, kecederaan atau kerosakan |
Selain itu para guru bolehlah dapatkan koleksi soalan peperiksaan lengkap semua subjek tahun 4 edisi tahun 2017 pada pautan di bawah(Bank Soalan Tahun 4)
Selain itu, disini juga dikumpulkan semua koleksi ujian peperiksaan bagi bulan Mac edisi tahun 2017 untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 juga. Silakan klik pada pautan kedua di bawah.
Bank Soalan Ujian 1 Bulan Mac 2017 Tahun 1 hinggi Tahun 6 KSSR
Dapatkan Soalan Sains Tahun 4 Ujian 1 Bulan Mac 2017
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam word
Download :Â
Soalan Sains Tahun 4 Ujian 1 Bulan Mac 2017 (1)
Soalan Sains Tahun 4 Ujian 1 Bulan Mac 2017 (2)
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua para guru dan ibu bapa sekalian. Kongsikan kepada rakan rakan guru dan ibu bapa yang lain.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum