
Soalan DST Dunia Sains Teknologi Tahun 1 Ujian 1 Bulan Mac 2017 ialah soalan ujian awal tahun yang biasanya dilakukan selaras di semua sekolah seluruh Malaysia. Ujian Mac atau Ujian 1 atau di panggil juga ujian awal tahun dilakukan setelah 3 bulan pengajian murid.
Ujian Mac ini boleh dikatakan berfungsi atau bertujuan untuk mengukur sejauh mana tahap penguasaan murid setelah mereka belajar 3 bulan pertama. Ujian Mac ini biasanya menjadi titik tolak kepada usaha guru untuk mengenal murid mana yang laju atau perlahan dalam menguasai pembelajaran.
Kelebihan penilaian seperti ini, kita sama ada guru atau ibubapa dapat mengesan masalah dari awal sekiranya anak murid gagal menguasai pembelajaran. Cuba kita bayang jika tiada penilaian seperti Ujian Bulan Mac ini, pasti huru-hara untuk kita mengenal pasti dan mengatasi masalah yang ada.
Baiklah, selain ujian mac bagi subjek dunia sains teknologi atau lebih di kenalai sebagai DST ini. Sebenarnya SGO telah membuat atau membina 1 bank soalan untuk membantu para guru dan ibubapa seperti berikut :
- Bank Soalan Tahun 1 dan
- Bank Soalan Ujian 1 Bulan Mac 2017 Tahun 1 hinggi Tahun 6 KSSR
Disini admin ingin berkongsi soalan ujian DST Tahun 1 Ujian Mac dengan semua.
Dapatkan Soalan DST Dunia Sains Teknologi Tahun 1 Ujian 1 Bulan Mac 2017
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘Microsoft Word’
Download :
Contoh Soalan Dunia Sains Teknologi Ujian 1 Bulan Mac
Kemahiran proses sains.
Lengkapkan deria di bawah bagi kemahiran memerhati.
- Deria sen_ _ han
- Deria pengl_h_ _ _ _
- Deria _ a _
- Deria r _ s _
- Deria pend _ ngara _ .
Terdapat 5 Kemahiran manipulatif. Isi tempat kosong di bawah.
- Menggunakan ________ dan bahan sains
- Mengendalikan _________.
- Membuat _____________
- Membersihkan ________
- Menyimpan __________
Contoh Soalan Ujian DST tamat. Sila Download di Link di atas untuk dapatkan soalan penuh.
Admin berharap semua guru dapat memaksimakan penggunaan soalan ujian DST ini. Jadikan sebagai rujukan atau bahan untuk anda membina sendiri set soalan agar soalan yang dibina lebih rapat dengan anak murid.
Ini kerana, hanya guru yang mengajar anak murid tersebut yang lebih mengenali tahap dan kebolehan seseorang murid itu.
Akhir sekali, admin ingin mengajar semua guru dan ibubapa untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang telah berkongsi bahan ini di ruangan internet. Semoga perkongsian ini mendapat kebaikan buat semua.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum