Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Ujian 1 Bulan Mac 2017

Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Ujian 1 Bulan Mac 2017
Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Ujian 1 Bulan Mac 2017

Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Ujian 1 Bulan Mac 2017 ini menggunakan format 2 kertas iaitu Pemahaman dan Penulisan. Secara asasnya, topik pembelajaran hingga bulan Mac masih lagi sedikit jadi soalannya juga agak asas.

Kali ini admin ingin berkongsi sedikit pandangan mengenai cara menjadi pengawas peperiksaan yang lebih baik.

Cara Mengawasi Kelas Semasa Peperiksaan

Semasa peperiksaan pastinya jadual diatur sama ada secara rawak atau menggunakan jadual asal guru mengajar. Baiklah ini antara tips yang ada.

  1. Jadikan kelas peperiksaan lebih tenang dan bukan persekitaran yang menakutkan. Ada guru yang mulakan peperiksaan dengan nada yang garang agar murid takut untuk meniru atau bising. Sebenarnya cara ini sangat tidak bagus kerana emosi murid akan terganggu.
  2. Pastikan persekitaran bersih dan ada pergerakan angin yang baik. Persekitaran begini dapat membantu murid lebih tenang dalam menjawab peperiksaan.
  3. Pastikan murid menulis nama terutama kelas belakang. Kadang-kadang ada murid yang terlupa menulis nama dan ada yang tidak pandai menulis nama. Kita sebagai guru perlulah memastikan semua kertas soalan ditulis nama dengan baik kerana nanti akan menyusahkan urusan guru matapelajaran tersebut untuk mengenalpasti kertas soalan itu.
  4. Elakkan murid dari terlalu kerap keluar masuk kelas untuk pergi ke tandas. Mereka kadang-kadang hanya ingin bermain. Pastikan mereka keluar bersebab.
  5. Bantu murid yang lemah. Dengan bantuan kita itu diharap mereka lebih yakin pada masa hadapan. Ini sekaligus menaikkan semangat dan keyakinan mereka.

Baiklah, disini admin ingin kongsikan juga selain soalan ujian bahasa melayu ujian bulan mac, admin juga ada menyediakan bank soalan berikut :

  1. Bank Soalan Tahun 2 dan
  2. Bank Soalan Ujian 1 Bulan Mac 2017 Tahun 1 hinggi Tahun 6 KSSR

Dapatkan Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Ujian 1 Bulan Mac 2017


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘microsoft word’.

Download : 

  1. Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Ujian 1 Bulan Mac 2017 Kertas 1
  2. Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Ujian 1 Bulan Mac 2017 Kertas 2
  3. Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Ujian 1 Bulan Mac 2017

Contoh Soalan Bahasa Melayu Ujian 1 Bulan Mac

Isikan tempat kosong bagi melengkapkan cerita di bawah.

pulangpergihadirmandigotong-royong
beradamakanminummemungutbangun

Salam sejahtera, Cikgu Ahmad dan kawan-kawan.  Pada hari ini, saya hendak bercerita tentang aktiviti saya pada pagi hujung minggu.

Saya (1)____________________ daripada tidur pada pukul 6.00 pagi.  Selepas bersenam, saya (2)___________________.

Pada pukul 7.45 pagi, saya ( 3) ________________  ke sekolah.  Semasa saya (4) __________________ di sekolah, aktiviti (5)_______________  hampir bermula.  Banyak kawan saya (6)_____________________ pada pagi itu.

Kami patuh pada arahan guru untuk (7)______________________ sampah di sekitar padang.  Pada waktu rehat, saya (8)_____________________ roti dan (9)______________________ susu.

Saya (10) _________________ pulang ke rumah pada pukul 12.00 tengah hari.  Walaupun letih, saya gembira kerana kawasan sekolah bersih.

Contoh Soalan Bahasa Melayu Tahun 2 Bahasa Melayu tamat. Sila Download di Link di atas untuk dapatkan soalan penuh.

Terima kasih admin ucapkan kepada para guru yang telah berkongsi bahan ini di internet. Admin berharap lebih ramai guru yang akan berkongsi bahan atau soalan seperti ini pada masa akan datang.

Setiap perkongsian anda benar-benar membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah setiap apa yang kita buat akan dicatat amalannya. InsyaAllah. Sesiapa yang ingin berkongsi bahan boleh hubungi admin melalui cara dibawah.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum