Skim Ex- Gratia Bencana Kerja Beri Bayaran Sekiranya Pegawai di Timpa Bencana Jalankan Tugas Rasmi

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

Skim Ex- Gratia Beri Bayaran Sekiranya Pegawai di Timpa Bencana Kerja Jalankan Tugas Rasmi
Skim Ex- Gratia Beri Bayaran Sekiranya Pegawai di Timpa Bencana Kerja Jalankan Tugas Rasmi

Skim Ex-Gratia Bencana Kerja bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan telah diperkenalkan pada 20 Oktober 1994 melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 1994(WP 6.2).

Skim ini telah ditambah baik mulai 1 Januari 2001 melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2001 (WP 6.3) daripada segi jenis faedah, pertambahan jenis kecederaan dan penyakit khidmat diiktiraf sebagai bencana kerja. Mengambil kira keadaan semasa dan bagi menjaga kebajikan pegawai serta waris, Kerajaan telah memutuskan agar Skim ini diperkemas dan ditambah baik.

Tafsiran Istilah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja

Melainkan sesuatu istilah itu terjelas maksudnya dalam Pekeliling ini, tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti:

1. ‘Bencana Kerja’ bermaksud:
i. kemalangan yang berlaku di luar kawalan pegawai semasa menjalankan tugas rasmi; atau
ii. kemalangan yang berlaku pada bila-bila masa disebabkan oleh perbuatan anasir-anasir jahat seperti balas dendam dan sebagainya akibat tugas rasmi pegawai; atau
iii. penyakit khidmat.

2. ‘Gaji’ bermaksud gaji yang layak diterima pegawai semasa bencana berlaku;

3. ‘Hilang Upaya Kekal’ (HUK) bermaksud hilang upaya yang berkekalan hingga menghilangkan atau mengurangkan upaya seseorang pegawai menjalankan aktiviti yang oleh dilakukannya sebelum ditimpa bencana kerja. Taksiran HUK adalah ditentukan oleh
Lembaga Perubatan/ Lembaga Perubatan Khas yang  ditubuhkan di Hospital Kerajaan tertakluk kepada kadar yang ditetapkan dalam Jadual di Lampiran B1 dan garis panduan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

4. ‘Ibu bapa’ bermaksud ibu bapa kandung, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang sah di sisi undang-undang Malaysia;

5. ‘Anak bermaksud anak kandung, anak tiri yang disara, anak tidak sah taraf dan anak yang diambil sebagai anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

6. ‘Ketua Jabatan’ adalah termasuk ketua sesuatu cawangan, daerah, daerah kecil, pejabat atau jabatan wilayah.

7. ‘Kursus’ bermaksud:
i. kursus yang diikuti bagi tujuan perkhidmatan; dan
ii. kursus yang diarahkan atau dibenarkan oleh Jabatan tetapi tidak termasuk kursus yang diberi Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Belajar Separuh Gaji atau Cuti Belajar Tanpa Gaji dan Kursus Secara Sambilan iaitu program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan secara sambilan/ separuh masa atau pendidikan jarak jauh.

8. ‘Pegawai’ ertinya semua kategori pegawai yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service);

9. ‘Penyakit khidmat’ bermaksud penyakit yang disebabkan atau berpunca daripada aktiviti dan faktor persekitaran di tempat kerja;

10. ‘Tugas rasmi’ bermaksud:
i. tugas jawatan;
ii. tugas-tugas berkaitan urusan pejabat;
iii. semasa menjalani aktiviti kursus; dan
iv. menghadiri peperiksaan perkhidmatan awam yang melibatkan urusan pengesahan perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tugas hakiki pegawai.

11. ‘Waris’ bermaksud:
i. balu/ duda dan anak; atau
ii. ibu bapa, jika tiada balu/ duda dan anak.

Dapatkan Pekeliling Terbaru ex-Gratia


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Skim Ex- Gratia Bencana Kerja Beri Bayaran Sekiranya Pegawai di Timpa Bencana Jalankan Tugas Rasmi

Selamat mendownload.

WP 6.3 SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

1. TUJUAN
2. LATAR BELAKANG
3. TAFSIRAN
4. LIPUTAN SKIM
5. KUASA MENIMBANG DAN MELULUSKAN PERMOHONAN
6. PENUBUHAN LEMBAGA PERUBATAN RAYUAN
7. KADAR FORMULA DAN SYARAT BAYARAN
8. PERMOHONAN TUNTUTAN
9. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
10. LAIN-LAIN

 

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |