Senarai Shortcut Keyboard di dalam Microsoft Word

guna-shortcut-keyboard
guna-shortcut-keyboard

Senarai Shortcut Keyboard dalam Microsoft Word ini sebenarnya ramai yang tidak tahu. Tak percaya? Cuba tanya rakan anda sama ada mereka tahu cara pantas untuk “cut” sesuatu ayat atau perkataan.

Anda pula macam mana? Rata-rata sebenarnya ramai yang tidak tahu. Kalau di tanya, rasanya rata-rata akan menjawab 2 shortcut key ini iaitu CTRL + C untuk “copy” dan CTRL + V untuk “paste“. 2 ini sahaja?

guna-shortcut-keyboard
guna-shortcut-keyboard

Sebelum kita pergi jauh, kita perlu tahu apa itu shortcut keyboard dan kenapa ianya diwujudkan. Sebenarnya shortcut key atau kekunci pantas ini berfungsi untuk membantu kita menyiapkan tugasan menaip dengan lebih pantas. Kewujudan kekunci pantas ini benar-benar telah menjimatkan masa dari menggunakan tetikus. Tak percaya? Anda boleh cuba sekarang juga.

Baiklah berbalik kepada tajuk utama kita ini sebenarnya masih banyak lagi shortcut yang boleh kita pakai. Kenapa tidak belajar jika ianya dapat membantu kita serta memudahkan kita melakukan pekerjaan? Terutama dalam kerja-kerja menaip seperti menaip kertas soalan peperiksaan, membuat sijil penghargaan, menyiapkan kertas kerja program, membuat buku program dan banyak lagi.

Kalau diikutkan ada sangat banyak shortcut yang boleh kita pelajari tetapi pada kali ini mari kita belajar 26 shortcut keyboard dahulu yang boleh kita gunakan di dalam microsoft word nanti. Jangan terkejut jika admin katakan yang shortcut ini sebenarnya adalah bermula dari huruf A sampailah huruf Z. Cukup 26 bukan? Jom kita pelajarinya.

Senarai Shortcut Keyboard di dalam Microsoft Word

  1. CTRL + A : berfungsi untuk memilih keseluruhan (Select All) teks pada lembaran kerja.
  2. CTRL + B : berfungsi untuk mengubah format font menjadi tebal (Bold)
  3. CTRL + C : berfungsi untuk menyalin teks atau gambar (Copy)
  4. CTRL + D : berfungsi untuk membuka menu/kotak dialog Font
  5. CTRL + E : berfungsi untuk membuat teks menjadi rata tengah (Center Text)
  6. CTRL + F : berfungsi untuk membuka menu/kotak dialog Find and Replace
  7. CTRL + G : berfungsi untuk membuka menu/kotak dialog Find and Replace (Go to)
  8. CTRL + H : berfungsi untuk membuka menu/kotak dialog Find and Replace (tab Replace)
  9. CTRL + I : berfungsi untuk mengubah format teks menjadi miring (Italic)
  10. CTRL + J : berfungsi untuk membuat teks menjadi rata kanan dan kiri (Justify)
  11. CTRL + K : berfungsi untuk membuka menu/kotak dialog Insert Hyperlink
  12. CTRL + L : berfungsi untuk membuat teks menjadi rata kiri (Left Text)
  13. CTRL + M : berfungsi untuk menggerakkan First Line Indent dan Left Tab pada page.
  14. CTRL + N : berfungsi untuk membuka dokumen baru (New)
  15. CTRL + O : berfungsi untuk membuka menu/kotak dialog Open (Open)
  16. CTRL + P : berfungsi untuk membuka menu/kotak dialog cetak (Print)
  17. CTRL + Q : berfungsi untuk mengembalikan teks menjadi rata kiri.
  18. CTRL + R : berfungsi untuk membuat teks menjadi rata kanan (Right Text)
  19. CTRL + S : berfungsi untuk menyimpan dokumen (Save)
  20. CTRL + T : berfungsi untuk menggerakkan Left Tab pada page.
  21. CTRL + U : berfungsi untuk mengubah format teks menjadi bergaris bawah (Underline)
  22. CTRL + V : berfungsi untuk menampalkan (paste) hasil teks yang sudah di Copy atau Cut
  23. CTRL + W : berfungsi untuk menyimpan dan terus menutup program yang di pakai
  24. CTRL + X : berfungsi untuk memotong teks (Cut)
  25. CTRL + Y : berfungsi untuk mengulang/meneruskan kembali aktivitas yang dibatalkan (Redo)
  26. CTRL + Z : berfungsi untuk membatalkan aktiviti terakhir (Undo)

Bagaimana? Banyak bukan senarai shortcut yang ada di dalam microsoft word ini. Yang paling menyedihkan ialah begitu banyak dokumen atau kertas kerja yang telah kita taip tetapi baru hari ini kita belajar semua shortcut kekunci ini.

Buat para guru semoga perkongsian ini dapat di sebarkan kepada rakan-rakan lain. Akhir kata semoga semua ilmu ini dapat dimanfaatkan. Semoga berjaya.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |

telegram sistem guru online