Semak Keputusan SPM 2016 Secara Online

semak keputusan spm 2016 secara online
semak keputusan spm 2016 secara online
Assalamualaikum kepada semua ibu bapa, pelajar SPM 2016 dan guru guru semua.
Semak Keputusan SPM 2016 Secara Online. Bermula jam 10.00 pagi 16 Mac 2017 anda boleh membuat semakan keputusan SPM bagi tahun 2016 menggunakan 3 cara yang berbeza sama ada secara online, sistem SMS atau mengambil sendiri di sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, telah mengesahkan secara rasminya bahawa tarikh keputusan SPM 2016 adalah 16 Mac 2017.
Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan (Result) SPM 2016
   – 16 Mac 2017
   – Khamis
   – 10.00 pagi.
Untuk menyemak keputusan anda, silalah memilih salah satu cara seperti yang dijelaskan di bawah untuk mendapatkan keputusan SPM anda.

Semak Keputusan SPM 2016 Secara Online 

Semakan keputusan peperiksaan SPM secara online disediakan di link aplikasi seperti di bawah,
i.           Tekan Link (SPPAT) ini.
ii.          Sila masukkan No kad Pengenalan dan No Angka Giliran
iii.          Semakan ini hanyalah paparan ringkas keputusan. Keputusan yang lengkap
             hanyalah boleh diambil di Sekolah anda ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
* semakan online boleh dibuat dari 16 Mac 2017, 1000 hrs   – 21 Mac 2017, 2359 hrs.
  

Semak Keputusan SPM 2016 Melalui Telefon (SMS)

– Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

– Contoh:  SPM 991406085221 KC006B055 hantar ke 15888
Semoga maju jaya kepada semua calon SPM 2016 dan mendapat kejayaan yang cemerlang seperti yang telah diinginkan.
Namun tidak lupa kepada yang kurang bernasib baik, usah berputus asa dalam meneruskan hidup dan kuatkan semangat anda untuk berjaya dalam hidup anda.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan kongsikan kepada sesiapa sahaja bagi menjadi panduan memeriksa keputusan SPM 2016.
Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online dan sekian terima kasih.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook |