
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Reka Bentuk Gambar Lampu Isyarat bagi tujuan aktiviti di dalam kelas. Susulan kepada pengenalan kaedah ‘traffic light’ di dalam sesi pembelajaran bilik darjah kami berniat untuk berkongsikan gambar ‘traffic light’ ini.
Daripada gambar gambar ini semestinya kita para guru boleh mengenal pasti tahap pembelajaran dan pemahaman pelajar pelajar semua di dalam kelas.
Tindakan yang perlu diambil adalah sangat ringkas. Para guru boleh download semua ini pada pautan link yang telah disediakan di bawah.
Kemudian bolehlah anda buat cetakan pada kertas bersaiz A4 untuk kegunaan semasa PnP nanti.
Gambar yang paling sesuai adalah di mana anda boleh lihat pelbagai ikon dalam satu gambar beserta warnanya masing masing iaitu hijau, kuning dan merah.
Jadi pada satu gambar ini, para guru bolehlah mencetaknya dan memotong setiap ikon ‘traffic light’ untuk diagihkan kepada pelajar pelajar anda.
Gambar ini admin SGO memetik dari perkongsian Pn Nik Mahzon pada Februari 2016 tahun lalu.
Ribuan terima kasih diucapkan pada Pn kerana berkongsikan gambar gambar yang menarik ini.
Kami harap perkongsian ini dapat membantu sebanyak mungkin para guru dan ibu bapa diluar sana bagi memudahkan sistem pemahaman pelajar pelajar kita semua.
Dapatkan Reka Bentuk Gambar Lampu Isyarat.
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â Reka Bentuk Gambar Lampu Isyarat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan kongsikan kepada rakan rakan ibu bapa yang lain bagi kebaikan bersama.
Teruskan menyokong kami di SGO dan sekian terima kasih.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum