Portal Rasmi UPU Sistem Permohonan UPU Online

permohonan upu online
Login ke UPU bagi Permohonan Upu Online

Portal Rasmi UPU Sistem Permohonan UPU Online kini sedang mendapat jumlah carian yang tinggi dek kerana begitu ramai lepasan SPM dan STPM yang ingin mengemas kini dan membuat semakan UPU online mereka berdasarkan keputusan peperiksaan masing-masing.

Seperti yang diketahui umum, laman web UPU merupakan satu sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara dalam talian untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti:

  1. Universiti Awam (UA)
  2. Politeknik Premier
  3. Politeknik Konvensional
  4. Kolej Komuniti
  5. Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Permohonan UPU Online

Log In – Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar

permohonan upu online

Login UPU

Kementerian Pendidikan Tinggi adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat
yang diperolehi dari laman web http://upu.mohe.gov.my (portal rasmi upu) serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi

Untuk paparan dan fungsi terbaik sila gunakan pelayar web Google Chrome atau Mozilla Firefox versi terkini.
© 2017 Jabatan Pendidikan Tinggi•Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

Manual Pengguna UPU Online Bagi Lepasan SPM

  1. Manual Lepasan SPM
  2. Manual Lepasan STPM

Ikut Manual Cara Isi UPU Online di sini.

Tarikh Penting Bagi Permohonan UPU Online

Senarai Tarikh Penting dan Perkara (Kemas Kini 2021)

Berikut merupakan senarai kesemua tarikh penting bagi Permohonan UPU:

Tarikh-tarikh Penting Kemasukan Pelajar Lepasan SPM dan STPM atau Setaraf Sesi Akademik 2021 2022

Panduan dan Syarat Am Permohonan UPU Online

Program Lepasan SPM/ Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:

  • Semua program pengajian di UiTM;
  • Asasi UIAM;
  • Asasi Sains UM;
  • Asasi UNIMAS;
  • Asasi UMS; dan
  • Asasi UniSZA

Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:

  • Asasi Pengajian Islam UM;
  • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
  • Tahmidi USIM;
  • Asasi UKM, UUM; dan
  • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier

Program Lepasan STPM/Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau

iv. MATRIKULASI / ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

DAN

v. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun), iaitu mulai 1 Januari 2012.

 

Soal Jawab Mengenai Permohonan UPU Online

Mari Ketahui Apa itu BPKP JPT?

BPKP JPT adalah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. BPKP JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke :

a) 20 buah UA & 3 Politeknik Premier

  • Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf
  • Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

b) Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

  • Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf
  • Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)

Maksud Meritokrasi dan Penggunaan Meritokrasi dalam Kemasukan Pelajar?

Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai

a) 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke 20 UA dan 3 Politeknik Premier

b) 75% markah akademik, 15% sosioekonomi dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

Apakah Perbezaan antara Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional/METrO?

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan Universiti Awam. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier.

Tiga (3) Politeknik Premier adalah :

  • Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
  • Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

Manakala Politeknik Konvensional pula adalah 25 buah politeknik selain Politeknik Premier seperti berikut :

  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah
  • Politeknik Kota Bharu, Kelantan
  • Politeknik Kuching, Sarawak
  • Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
  • Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Politeknik Melaka, Melaka
  • Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
  • Politeknik Merlimau, Melaka
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
  • Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  • Politeknik Muadzam Shah, Pahang
  • Politeknik Mukah, Sarawak
  • Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
  • Politeknik Jeli, Kelantan
  • Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Politeknik Banting, Selangor
  • Politeknik Mersing, Johor
  • Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sandakan, Sabah
  • Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor

Politeknik METrO adalah adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Lima (5) buah Politeknik METrO adalah:

  • Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
  • Politeknik METrO Kuantan, Pahang (PMKU)
  • Politeknik METrO Johor Bahru, Johor (PMJB)
  • Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMB)
  • Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG)

Apakah Perbezaan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf, Program Lepasan SPM/Setaraf, Program Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Program Lepasan Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)?

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah calon yang mempunyai kelayakan seperti STPM, STAM, Matrikulasi/ Asasi, Diploma, A-Level dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Manakala Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf pula adalah calon yang mempunyai kelayakan SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi, Sijil dan Diploma.

Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia/ Sijil Suruhanjaya Tenaga adalah calon yang mempunyai SKM dan Sijil Pendawaiaan/ Sijil Jentera untuk naik tahap seperti dari SKM Tahap 3 ke SKM tahap 4.

Manakala Sijil Pengajar Vokasional (VTO) pula adalah terbuka kepada semua calon yang mempunyai Sijil/ Diploma untuk mengikuti program menjadi tenaga pengajar Vokasional.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Sistem Permohonan UPU Online ini, anda boleh mendapatkan rujukan yang tepat menerusi:

REVIEW OVERVIEW
Kepentingan Sistem
Pengurusan Sistem
Kebolehpercayaan Sistem
Previous articleLupa Kata Laluan UPU Online
Next articleSenarai Homestay Murah di Kota Bharu Kelantan Semasa Cuti Sekolah
portal-rasmi-upu-sistem-permohonan-upu-onlineSistem yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM ini dilihat sangat bagus dari segi tujuan utama ianya dibina.Kami di SGO berharap sistem pengurusan online semua sistem KPM boleh ditingkatkan dari segi capaian, dan permudahkan segala sistem yang ada untuk diuruskan dalam 1 website.