
Persediaan Ujian Lisan PT3 2017. Ujian ini merupakan saringan penting bagi Format Terkini PT3 yang bakal dijalankan 3 hari lagi iaitu pada 3 April 2017.
Ujian Lisan PT3 sebenarnya diwujudkan bagi menepati Garis Panduan ujian PT3 yang diperkenalkan pada Tahun 2014 yang lalu.
Ujian Lisan dan bertutur ini akan dikenakan pada dua subjek iaitu Subjek Bahasa Melayu dan Subjek Bahasa Inggeris.
Posting ini bertujuan berkongsikan Ujian Lisan bagi Subjek Bahasa Melayu. Sila dapatkan sampel soalan pada ruangan kotak muat turun di bawah.
Format Ujian Lisan PT3.
- Ujian Mendengar : Pelajar perlu memberi tindakbalas serta jawapan bertulis setelah audio dipasangkan di dalam kelas atau dewan peperiksaan
- Ujian Bertutur : Pelajar perlu memberi jawapan secara bertutur selepas soalan diberi.
- 30 Markah bagi ujian
- Tempoh : 10 – 30 minit.
- Tajuk Soalan diberikan berdasarkan silibus Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.
- Cara Pemarkahan : Tatabahasa, Kosa Kata, Tatasusila, Fasih dan Bermakna dalam sebutan, Intonasi dan Nada.
sumber :Â http://mypt3.com/ujian-lisan-bertutur-bahasa-melayu-pt3
Dapatkan Ujian Lisan Bertutur PT3 bagi persediaan 2017.
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PNG’
Download :Â Ujian Lisan PT3
Soalan ini terkandung kepada 16 jenis soalan meliputi Ujian Lisan dan Ujian Bertutur. Anda bolehlah memuat turun semua bahan dan membuat latihan bersama sama dengan pelaj
Selain itu antara tajuk yang mashur yang boleh anda buat latihan daripada sekarang ialah :
- Memupuk sikap menghormati orang tua
- Kepentingan amalan kerjasama dan gotong royong
- Usaha-usaha membantu Orang Kurang Upaya (OKU)
- Kepentingan Membina Silaturahim
- Kriteria pelajar yang cemerlang
- Cara belajar yang efektif
- Kepentingan Sejarah kepada Rakyat Malaysia
- Usaha-usaha melahirkan atlet bertaraf antarabangsa
- Kepentingan adat dan permainan tradisional
- Perpaduan melalui kesukanan
- Usaha-usaha memajukan industri pelancongan
- Kepentingan Industri kraf tangan
- Kepentingan industri pertanian
- Kepentingan Industri perikanan
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan silakan berkongsi bahan ini kepada sahabat guru serta ibu bapa yang lain agar pelajar kita mencapai kecemerlangan pada peperiksaan akan datang.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum